Auto Feed Blog

Tips Mencari Isteri Hilang di Pusat Membeli Belah

Friday, February 12, 2016 Fendi Rocka 8 Comments

Tips Mencari Isteri Hilang di Pusat Membeli Belah

Tips Mencari Isteri Hilang di Pusat Membeli Belah


Lelaki kalau keluar dengan isteri ke pusat membeli belah, biasanya lelaki akan jalan ke depan dan isteri akan hilang kat belakang entah mana-mana. Hilang dalam konteks ni maksudnya isteri akan singgah atau dipukau masuk kemana-mana kedai yang berada di kiri dan kanan. Bila suami toleh ke belakang atau ke tepi, dah ghaib. 

Itulah yang orang kata elok jalan berpegangan tangan supaya tak mudah hilang kawalan kan, tapi kalau hilang jugak.. jenis rakus (gaji / BR1M baru masuk), aku ada tips dan cara mudah dan ringkas untuk mendapatkannya semula dengan kadar segera. Jangan risau, aku takkan suruh tanam cip pengesan ke dalam tulang belakang isteri anda yang tentunya menelan belanja ribuan ringgit.

Langkah-langkahnya seperti berikut:

1. Cuba call dulu. Pastikan telefon bimbit anda mempunyai baki kredit mencukupi, kalau tak cukup pergilah tambah nilai takkan tu pun aku nak ajar. Lepas tu kalau isteri tak angkat jugak panggilan, baca nombor 2.

2. Pandang sekeliling, cari gadis yang paling lawa, seeloknya yang muda-muda.

3. Tegur gadis tersebut dengan assalamualaikum, sebolehnya suara lunak macam Hafiz Hamidun.

4.Kemudian tanyakan apa khabar dengan raut wajah sekacak Sonaone.Kalau dah memang tak kacak,bayangkan je lah (fikir positif)

5.Bila gadis tersebut dah bagi respon, ajaklah bersembang, tanya gadis tinggal di mana, suka pergi karaoke tak, belajar kat mana, rajin membaca tak, yang paling penting dapatkan facebook atau instagram si gadis.

6. Tak lama kemudian, tadaaaaaa.... isteri anda akan muncul di sebelah atau di belakang secara tiba-tiba. (Kadang-kadang datang dari atas bergantung pada ilmu  persilatan yang dipelajari)

Itu saja tips aku untuk segmen tips kali ini, mudah bukan? Diharapkan dapat membantu para suami. dalam menghadapai dilemma isteri hilang di pusat membeli belah. Sebarang risiko kecederaan dan malapetaka adalah tanggungjawab sendiri. 

Semoga berjaya. 



You Might Also Like

8 comments:

Alongxp said...

Tips yang reasonable, cume... takut Tula kali terakhir kita bercakap ngan manusia, takut lepas amalkan tips ni, kita x dpt nk ckp ngan manusia Dh Sbb sibuk menjawab soalan munkar nakir hehehehe

hahahahaaa...!! memang kena menuntut ilmu persilatan la gamaknya nii.. :p

Ummul Azkee said...

Pnh buat la tu. Miahaha

YB Shehan said...

No 4 tu.. hahaha

Okay tak kahwin lagi. No komen. Tapi dah komen. Okay.

Hahahhaa ! Amboi sangat. Ada jugak yang tidur luar lepas tu. Kahkahkah !

Amboi tips. Diyakini berkesan eh? Haha. Tapi kalau isteri muncul secara tiba-tiba tu baguslah. Maknanya 6th senses dia hebat sangat :D

Hahaha... Ish⁴... Lawak sengal sungguh tips ni. Memang mencari nahas suami macam tu. BTW. Thanks bagi akak gelak baca entri nih

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki