Kisah Pilu

Tuesday, March 08, 2016 Fendi Rocka 6 Comments


Bersempena dengan hari wanita, aku nak cerita sedikit perihal wanita yang bukan mudah untuk kita fahami ('Kita' merujuk kepada lelaki dan juga perempuan). Antara pendedahan yang membuatkan aku terkesima adalah ketika aku makan bersama dua orang wanita yang sama fakulti dengan aku beberapa tahun lalu. Yang tak perlu diwarkan lagi, mereka akan mengambil masa yang lama untuk memesan makanan, lepas tu marah makanan lambat sampai, kalau tak percaya boleh tanya pelayan kedai makan.

Sambil menanti makanan yang dipesan tiba, kami pun bercerita tentang perkara rutin sebagai seorang pelajar. Diselang-selikan juga dengan hal-hal peribadi yang santai-santai. Bila pesanan sampai, kami pun menjamu selera sambil menonton televisyen yang antara dengar dengan tidak. Semuanya berjalan dengan lancar, cuma nyamuk saja sekali-sekala mendambakan keenakkan darah remaja kami.

Sehinggalah dengan tak semena-mena wanita sama fakulti yang duduk depan aku tadi, tiba-tiba menangis. Air mata berjejeran, wanita sama fakulti yang seorang lagi menghulur tisu yang disediakan di meja makan kami. Aku yang tengah makan depan beliau ni dah mula keliru, makanan dah sampai, air pun dah sampai, lelaki tampan pun dah ada depan mata. apa lagi wanita ni nak? Kiranya aku jem lah sekejap...stoned kat situ. Kalau menangis sikit-sikit aku boleh buat tak nampak,  ini sampai 2-3 tisu nak lap, aku diam je biar wanita yang sorang lagi handle kerana lebih memahami ye tak.

Setelah nampak macam dah redha sikit, dia dah senyum-senyum kucing aku pun tanyalah antara nak puaskan perasaan ingin tahu dan juga nak pastikan aku takde buat sumbang apa-apa. Apa yang dia beritahu adalah satu pendedahan baru untuk aku pada masa tu. Katanya, dia menangis sebab tayangan cerekarama di televisyen tu sangat sedih. Ya, tengok gitu-gitu pun sedih. Aku pun cuba selami cerekarama tu sambil menyakinkan diri bahawa cerekarama ini adalah sangat sedih. Aku gagal dan aku sambung makan nasi goreng cili padi. 

You Might Also Like

6 comments:

haha....itulah hebatnya wanita, tengok gitu-gitu pun boleh menghayati..

Suriaamanda said...

cisss.....penat akak baca...dah agak dah..ending macam tu..

"lelaki kacak dah depan mata.." tu kan.. punchline sangaaatttttt... huuuhhh...!!

:p

ehh.. tapi betul lah.. pempuan kalau order makanan lambat2.. lepas tu bila makanan lambat sampai, marah pula.. haiihhh...!! sejenis hormon apakah ini... *garu dahi*

aRz MoHa said...

Hahaha apa kena sempena Hari wanita ni...

Ada maksud mendalam ni...

kisah earty said...

Hahahaha..betol betol menghayati drama tu.. #sensitip

Ekekeke. Itu namanya multitask. Sambal makan sambil tengok cerekarama sambil menghayati cerekarama. :D

Supermodel

Google+ Followers

Exchange Feed Group

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki