Reviu 'About The Author - John Colapinto '


Reviu 'About The Author - John Colapinto '

About The Author - John Colapinto

(Post ni aku tulis 5 tahun lepas di sebuah blog yang lain)

Just how did Cal Cunningham -- a twenty-five-year-old bookstore stockboy who is new to Manhattan and who has never written anything -- publish a bestselling novel that sells to the movies for a million dollars?

1. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada MACMILAN English Dictionary kerana membantu aku membaca dengan lebih kefahaman lagi, buku ni memang kemain banyak perkataan yang aku tak kenal, setiap page mesti nak kena semak kamus, kadang setiap perenggan. Ayayai. Pengalaman membaca buku ni macam aku mengulangkaji untuk peperiksaan, penat tapi menyeronokkan sebab dapat berkenalan dengan perkataan-perkaatan baru yang 

2. About the author karya John Colapinto merupakan sebuah karya yang unggul bagi aku. Keindahan kata yang digunakan John agak berlainan namun menjadikan ceritanya lebih berkesan dan mendebarkan. Satu-satunya buka John Calapinto yang aku baca. Selepas buku ini tak ada lagi dah aku jumpa buku dia kat kedai buku, bahkan buku ni pun aku tak jumpa kat kedai sekarang.

3. Walaupun buku ini dikatakan bergenre thriller, ianya lebih banyak bermain dengan aksi dalaman melalui emosi dan pemikiran watak berbanding fizikal. Janganlah kau bayangkan pertumpahan darah atau aksi kejar-mengejar di atas jambatan.

4. Menceritakan tentang seorang lelaki bernama Cal yang punya cita-cita tinggi untuk menjadi penulis laku keras (best seller),namun impian seringkali tertangguh kerana belum dapat menghasilkan karyanya yang betul-betul masterpiece. Sementara nak mencapai karya agung tu dia tinggal di flat secara ala kadar bersama Stewart.

5. Sehinggalah di suatu hari, rakan serumahnya bernama Stewart itu menunjukkan sebuah karya yang ditulisnya kepada Cal. Stewart meminta Cal untuk memberikan pendapat tentang karya penulisannya sebelum dihantar kepada penerbit. Stewart ni pun masih amatur, yakni tidak yakin pada karyanya sendiri.

6. Lepas baca sikit penulisan rakan serumahnya, Cal memang tak ragu-ragu lagi..Cal terkesima dengan karya Stewart, betul-betul Masterpiece. Di negara orang putih, sebuah buku yang bestseller sudah cukup untuk menjadikan penulisnya terlajak kaya-raya dan tak perlu jual produk turun berat badan atau produk pemutih. Ini membuatkan Cal meramalkan masa depan Stewart sangat cerah, sedang dalamannya berperang dengan rasa cemburu.

7. Esoknya, Stewart terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mati di tempat kejadian. Zero. Wassalamu.

8. Di kesempatan itu, Cal mengambil draft karya masterpiece arwah (baik orangnya) yang dah siap, dia menghilangkan semua bukti-bukti yang mengatakan Stewart adalah penulis asal, lalu dia menghantar karya itu kepada penerbit dengan menggunakan nama dia. Opportunis.

9. Karya yang berjudul 'Almost Like Suicide' itu bukan saja dapat dijual dengan harga yang tinggi, tapi turut menarik perhatian penerbit filem. Sejak dari situ, hidup Cal berubah jadi senang lenang. 

10. Tapi..tapi..disangka hujan sampai ke petang,rupanya taufan pulak datang. Rupa-rupanya,sebelum Stewart kemalangan dia sempat hantar karya masterpiece tu kepada seorang perempuan misteri bernama Janet. Kiranya Janet ni ada bukti yang Cal bukan penulis asal tapi mencuri karya Stewart.

Bertitik tolak dari situ, Cal pun mencarilah perempuan bernama Janet dan apa hubungan dia dengan arwah Stewart. Pengolahan cerita sedikit perlahan namun mendebarkan..berbaloi-baloi. Lebih mendebarkan lagi apabila Cal jatuh cinta dengan Janet.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. singgah http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Alamak cam best.
    tp kena beli dgn kamus skali lah ni.

    ReplyDelete
  3. Alah..kenapa cm best jek..nk bli gk la.

    ReplyDelete
  4. Kedai buku xjual ke buku ni?
    online kat msia xde.
    kecewa.

    ReplyDelete
  5. aku beli kat Popular dulu, mungkin sebab penerbit dan penulis buku tu tak berapa popular dan tak bestseller maka dah tak dijual.mungkin juga buku tu rupanya ditulis oleh orang lain,konflik hakcipta karya kemudian diharamkan utk di pasarkan.

    ReplyDelete