Bukan Perkara Rahsia


Suratan dan kitaran hidup ni bukan perkara yang kita boleh putuskan. tidak secara hak kuasa perseorangan, titah raja-raja, tidak juga melalui referendum.

Sebagaimana malam-siang, makan-berak, minum-kencing, kita juga dihadapkan dengan suratan atau kitaran 'kejam', contoh bila masa yang telah ditetapkan kita akan melihat mak ayah kita menjadi tua dan meninggalkan kita, atau jika kita ada anak, kita akan melihat anak-anak menjadi dewasa dan meninggalkan kita untuk hidup mereka sendiri.

Kita pastinya tidak dapat mengelak daripada merasa seakan dikejami, meskipun kita sedar yang perkara itu sebenarnya antara perkara paling semulajadi dalam dunia, telah terjadi sejak zaman-berzaman. 

Terima. Mak-ayah yang melihat dan melepaskan anaknya hidup sendiri, tentunya merasa bangga akan anaknya. Juga anaknya yang kehilangan ibu-ayah, pasti merasa beruntung pernah mempunyai mereka pada suatu masa. Dan masa terus berlalu menjadi kenangan abadi. 

Sama seperti malam dan siang, makan-berak, minum dan kencing, sekiranya ditahan tetap juga akan terjadi seadanya, macam yang aku petik tadi, the most natural things in the world.

Tapi bila ianya akhirnya berlaku pada kita, tetap juga kita rasa /react seperti dianayai. Emosi manusia memang bukan seperti air yang mengikut apa sahaja yang membentung. Seperti kita melihat depan mata seekor harimau mengokak seekor rusa, pasti timbul sedikit rasa sedih si rusa diperlakukan sedemikian rupa. Itulah suratannya, takkan harimau nak call 1-300-888-333 Domino Pizza order Beef Pepperoni extra cheese pulak. Harimau mana ada telefon bimbit.

"Hi Domino, saya Mr Harimau nak order Pizza Pepperoni dengan Vege Spicy, because membaham rusa is too mainstream"

(ianya lebih kejam jika kita dengan hati dan niat yang baik, mengurung si harimau di dalam sangkar dan memberi beliau makan Frieskis.)

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment