Auto Feed Blog

Keterlupaan Yang Harus Diingati

Tuesday, June 14, 2016 Fendi Rocka 0 Comments


Mempunyai seorang pasangan yang pelupa merupakan satu perkara yang boleh dilihat dari dua sudut pandangan.

Pertama,sebagai rahmat bila mana dia akan mudah melupakan kesilapan dan kebodohan anda.

Kedua, juga boleh dilihat sebagai sesuatu yang memenatkan bila mana pasangan anda sering terlupa temujanji,terlupa barang, terlupa apa yang anda pernah cakap/beritahu/cerita/cakap lagi, beritahu lagi/cerita lagi.

Sebagai seorang yang sendiri tidak mempunyai ingatan yang jitu, aku takdelah melatah macam ikan patin masak stim bila dalam keadaan tenang dan tuma'ninah tiba-tiba beliau teringat benda-benda penting yang perlu diselesaikan, atau nak pergi sana sini, aku dah lah tak gemar kelam-kabut macam siput sedut masak lemak.

Kalau bidang tertinggal barang meskipun kami sama-sama mahir, tapi dari segi kekerapan aku rasa aku kalah. Acap kali bila dah masuk kereta beliau akan tertinggal spek mata beliau, lagi mercik macam ayam percik madu cicah sos bila dah dalam perjalanan, terpaksa berpatah balik. Spek mata tu contoh je, tak kira sekali telefon bimbit, kasut atau beg. 

Dan baru-baru ni ada satu kejadian yang telah sahkan perkara ni, kalau aku dikatakan ada degree dalam hal tertinggal-tertinggal ni, beliau patut dinobatkan dengan PHD /kedoktoran.

Dalam pukul 6:30 pagi aku tenang-tenang  atas katil. Dia pulak kelam kelibut bersiap. Melihatkan aku relaks dia pun tanya aku tak pergi kerja ke pada hari tu. Aku dengan relaks juga bagitahu dia yang aku cuti pada hari tersebut. 

Bila dah siap lawa, cantik dan anggun sepertimana seorang profesional yang bila-bila masa sahaja bersedia membentangkan idea-idea bijak kepada CEO COO CFO, dia pun tanya aku "Kenapa amik cuti hari ni? Saja je la? Tak bagitahu pun cuti"

Soalan-soalan ni mungkin ditanya kerana sudah timbul satu perasaan yang disebut sebagai 'cemburu' , dalam konteks ini cemburu melihat aku kesedapan di atas katil sambil memeluk bantal dan tablet di tangan. "Memang cuti hari ni" aku jawab ringkas dalam keadaan masih lagi relaks, walaupun aku mulai sedar apa yang sedang berlaku.

"Kenapa pulak cuti...eh hari ni hari isnin kan" katanya ragu-ragu, aku tak terus menjawab tapi senyuman seperti seorang juara aku mengaktifkan cas common sense yang menyelinap perlahan ke dalam dirinya. Dia tanya lagi dan akhirnya rebah di atas katil bila jawapan itu datang sendiri.

Dalam banyak-banyak tertinggal, tertinggal hari Ahad ni lah yang paling segar dalam ingatan.




You Might Also Like

0 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki