Sebesar Rumah Bermula Dengan Sekecil Bata

Kata-kata penghargaan amat bermakna kepada orang yang telah berkerja dan berhempas sehabisnya.

Kata-kata yang murni pulak mungkin sangat diperlukan oleh mereka yang sedang berada dalam zon sedih.

Bagi yang sedang tertunduk putus asa, kata-kata semangat mungkin pemangkin kejayaannya yang tertangguh.

Walaupun kata-kata selalu dibayangkan setajam mata pedang, ianya bukan menyakitkan dan menikam sahaja. Lakukan sekecil-kecil kebaikan, mungkin kebaikan yang kecil itu lah yang paling menerobos.

Seperti lilin-lilin memberi makna kepada kek harijadi, jika sekadar kek tanpa lilin mungkin hanya biasa saja.

 Dan baru-baru ni aku pernah order roti canai bawang, selalu aku makan roti canai biasa je, bila aku makan roti canai bawang tersebut terus persepsi aku terhadap roti canai berubah, padahal bawang je yang ditambah tapi selera makan roti canai aku mengaum. Nampak tak, bawang yang dihiris kecik-kecik pun memainkan peranan (lihat gambar).


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Gambar roti canai yg biasa2 je pn memberi perspektif yg berbeza kalau dipandang di bln puasa.

    ReplyDelete
  2. Tapi ....
    Kenapa bawang dia kat luar roti canai ..bukan kee..urm...takpelah ..
    hehe.. (bulan puasa tak boleh komen lebih)

    good day.. =P

    ReplyDelete
  3. trims banget untuk tipsnya. blog seperti ini yang saya suka..selalu memberikan informasi yang bermanfaat untuk para pembaca..update trus sob by author ide bisnis camilan unik dan murah dari tahu

    ReplyDelete