No one has ever become poor by giving

Sempena sambutan hari raya aidilfitri, company aku (tempat aku bekerja bukan syarikat kepunyaan aku) telah memberi sampul raya (kosong) kepada semua staff-staff yang berkenaan. Ini boleh dikatakan sebagai 'hadiah' dan dalam masa yang sama sebagai pelan penjenamaan sebab kat sampul raya ada logo company.

Aku terkejut sebab bukan main banyak dia hadiahkan kepada setiap orang. Kawan sebelah aku yang sedar dengan keterkejutan aku tu, mencadangkan supaya beri saja pada dia kalau rasa banyak sangat, atau dalam dialog asal "kalau taknak, bagi aku"

Aku tanya balik jumlah anak buah yang dia ada. Katanya isteri dia saja ada 8 adik-beradik, anak buah puluh-puluh dah. Mulanya dia nak kira secara tepat berapa ramai anak buah dia, tapi aku fahamlah kalau dah susah sangat nak kira tu memang ramai lah (kecuali dulu dia gagal subjek matematik memang susah sikit suruh kira-kira). Lalu aku pun hulurkan 4-5 packet sampul raya.

Seminggu sebelum raya, datang pula seorang bekas staff untuk urusan peribadi dan keusahawanan. Pun aku bagi 2 packet sampul raya (kawan aku yang nak bagi sebenarnya, tapi pakai sampul aku dulu).

Kemudian di pagi raya hari yang mulia ni, kakak ipar aku pagi-pagi buta sebelum mandi sunat hari raya dah tanya " Ada sampul raya lebih tak?" Aku pun bagilah jugak. Dipendekkan cerita, kalau tak dapat pahala duit raya, dapat pahal sampul raya pun okeh ye tak. Inilah yang orang kata "No one has ever become poor by giving", terutamanya kalau bagi sampul raya.

(alamak macam tak sampai je alasan gini)

Peace. Maaf Zahir Batin (muka garang)

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment