Yang Paling Dalam Yang Paling Peribadi


Ketika melihat foto-foto lama, cuba menyelami kejadian seperti dalam foto, persoalan-persoalan muncul, di mana foto diambil, bilakah waktunya,pakaian yang dipakai, bagaimana rasanya.
Tapi seringkali yang kita lupa, tak dapat diingat melalui foto adalah perkara yang paling dekat dan paling dalam, juga paling peribadi dengan kita, ia bukannya kasut yang kita pakai, sama sekali bukan fesyen pakaian atau gaya posing, ianya adalah fikiran dan perasaan.

2 perkara ini jangan nak harapkan sangat untuk orang lain ingatkan pada kita kerana sama ada mereka tidak tahu pun atau taknak amik tahu, kita sendiri yang perlu semat dengan cermat, biasanya dah dimakan waktu dan tertimbus dengan fikiran dan perasaan lain yang bersilih ganti. Melainkan perkara yang betul-betul memberi impak padu, kita cenderung untuk lupa terus pada fikiran-fikiran atau perasan yang pernah singgahlalu di trafik minda kita.

Mana tidaknya, aku sendiri seperti mimpi apabila  membaca semula fikiran yang aku tuliskan di facebook dan blog. Aku terlupa yang menulis itu adalah diri aku pada suatu masa yang dulu. Terasa seakan berada di dimensi atau entiti yang berbeza. Pelik. Bagaimana aku boleh lupa perkara yang paling dekat dan paling dalam, juga paling peribadi dengan aku?

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. hikmah juga bila kita mampu melupakan hal-hal masa lalu.. jadi kita tidak lagi tersangkut di mesin masa sambil tak habis-habis dengan perangai yang sama.. rasa lupa itu juga boleh buat kita selaluuuuuuuuuuu merasa rindu kepada diri kita yang lalu (sebahagiannya)..

    rindu itu kan manis.. :)

    ReplyDelete