Auto Feed Blog

Hanyut

Tuesday, November 29, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

1.Rupa-rupanya hari ni aku cuti, semalam aku kata aku tak sabar nak pergi kerja kan, rupa-rupanya hari ni aku cuti lagi. 

2.Banyak perkara nak tulis, tapi bila dah banyak, benda jadi tak terurus dan biasanya akan hilang dalam kesesatan. 

3.Dalam kepala ni bila banyak perkara yang aku fikir dengan pantas dan proses serentak, percakapan jadi laju dan perkataan saling berhimpit, orang tak dapat nak hadam. 

4.Itu juga sebab kenapa tulisan aku menyerupai cakar arnab, masa aku tulis tu aku berfikir lebih pantas dari jari aku bersedia untuk tulis/ catat, aku dah fikir ke depan tapi jari tak dapat catch-up maka tak tentu arah lah dia.

5. Jenis gopoh pun iye jugak. Orang kata jenis camni dikira bijak, perghh..bijak rupanya aku ni. Harap artikel yang aku baca tu tak membohong. Sesetengah artikel ditulis memang nak bagi sedap orang baca je.

6. Masa aku sedang tulis point nombor 6 ni, sebenarnya aku dah fikir point nombor 10, dah tahu nak tulis apa.Tapi aku tak boleh nak tulis serentak, jadi aku kena bersabar dulu tulis satu persatu dan kena sedar yang aku sedang berada di nombor 6, bangang.

7. Alamak, aku dah lupa apa aku nak tulis apa tadi, sebab ni lah kenapa aku tak suka nak tulis lambat-lambat, rasa nak tulis cepat-cepat. Mungkin inilah yang orang katakan, kalau kita terlalu fikirkan yang dihadapan, kita akan terlepas yang sekarang.

8. Menurut artikel tu lagi, orang jenis begini biasanya  akan buat banyak kesilapan ejaan, tapi aku lain sebab alergik pada typo. Kalau ada typo walau satu huruf ,aku akan betulkan, kalau kau masih jugak jumpa typo aku, maknanya memang aku sengaja atau memang aku tak reti nak eja perkataan tu.

9. Hilang dah, tak tahu nak tulus apa, ni yang aku cakap tadi, hilang dalam kesesatan.

10. Habis.

You Might Also Like

3 comments:

kau dah tonton filem Rock Ooo.. ??
lebih kurang hanyut juga jalan cerita dia.. macam tulisan kau la ni.. tiba part klimaks ; hilang terus...! pfffttt...!

hahahahahaa.. :p

ehh.. tonton Hanyut jom..?
filem ala-ala in-ter-na-sio-na-le katanyaaaaa... :)



Fendi Rocka said...

lu pergilah tengok...gua dah tengok pilem hanyut tu

cinta said...

Tetiba rasa nk tahu apa sebab kau cuti?
*dasar kepochi. Heee..*

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki