Pengalaman Berkhatan


Pengalaman Berkhatan



Pengalaman berkhatan aku takdelah menarik mana. 

Bukan nak berbual, tapi aku boleh dikatakan tak gentar dalam episod berkhatan ni. Cukup tenang dan cukup berketrampilan. Kerana apa yang bakal aku ceritakan ini, mungkin doktor yang perlu gentar, bukan aku. Aku hanyalah lelaki inesen yang punya burung untuk diupdated.

Hari yang dinanti pun tiba, sedang temasya berlangsung, perkara yang aku cukup risau  (selain kalau-kalau doktor adalah seorang wanita) tiba-tiba berlaku, rasa nak terkencing tu datang. Aku awal lagi dah bajet, ni kalau time nak khatan kalau biliknya sejuk, kemungkinan untuk terkucil sangat cerah walau aku dah kawal minum dari malam sudah. Aku memang jenis tak tahan sejuk bai.

Pada mulanya seperi bisikan, lama-kelamaan ia menjadi kenyataan. Aku cuba tidak memikirkan rasa itu, aku cuba berunding dengan pundi agar beliau memilih jalan kedamaian.

Rundingan gagal. 

Aku khabor kat bapak aku tentang perasaan yang datang itu, bapak aku cuba pula berunding dengan aku, dia memegang tangan aku supaya tidak bergerak dari pembaringan, sambil dia seperti memerhati doktor jika temasya ini boleh diberhentikan seketika untuk memberi laluan pada iklan. 

Tidak.

Pada ketika itu alat-alat sudah tersedia, burung di persada sudah bersedia memandang ke atas seperti meriam, nampaknya tiada jalan keluar, sejuk itu menusuk, dalam sekelip mata ia terjadi, air kencing meletus ke udara dengan laju. Seperti meraikan kemenangan.

Tak puas dengan itu , disusuli pula dengan percikkan ke kiri- kanan, aku tak boleh berbuat apa-apa sebab ketika itu tangan aku dah kena lock. Dia auto-pilot. Kau pun paham, kencing yang paling puas adalah kencing yang ditahan-tahan. Masa tu aku tak tahu sama ada nak menghela puas atau harus tunjukkan penyesalan. 

Bapak aku menampakkan juga riak penyesalan melihatkan doktor dah kucar-kacir. Aku yakin memang terkena lah sikit kat baju doktor, lencun juga sarung tangan beliau dibuatnya, sebab masa kejadian itu berlaku doktor memang ngam-ngam tengah pegang burung, tak terpancut dalam mulut dah kira selamat, yang selainnya kita anggap sajalah sebagai job hazard seorang doktor. Redha is the keyword. 

Lepas bersihkan mana yang patut, operasi diteruskan semula setelah aku yakin pundi sudah berdamai. Dalam hati aku juga berharap agar doktor tidak terbawa-bawa dengan kejadian sebentar tadi, forgive and forget lah orang puteh khabor. Alhamdulilah nasib aku baik tidak dapat doktor jenis kuat berdendam, sebab masa depan aku kini aku serah betul-betul di tangan beliau, tangan yang aku kencingkan. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. XD
    kesian oi kat doktor.
    kalau kena tok mudim kampung aku tak tahu apa nasib kau. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tiada gambar disertakan dalam entry kali ni.

    ReplyDelete