Auto Feed Blog

Penulis blog

Sunday, November 20, 2016 Fendi Rocka 4 Comments




Tidak sampai sebulan lepas, kami ke Perlis. Tujuannya tidak jelas, perjalanannya mengambil masa kira-kira 6 jam. Aku dan Perlis mempunyai jalinan sejarah selama 5 tahun, sebelum kami berdakap dan mengambil haluan masing-masing. Panjang ceritanya tapi itu cerita lain.

Ini adalah kali pertama menjejak Perlis setelah aku tinggalkan buat 5-6 tahun lepas.Selesai letak barang di tempat penginapan, kami tak banyak songeh terus menyinggah di sebuah restoren makanan barat yang diusahakan oleh kawan aku anak jati Perlis. 

Hujan turun agak lebat membasahi, kami tiba di restoran dengan aku sedikit basah tapi tidak apa-apa. Kehadiran aku di sana sedikit menggamit memori lama. Dan sekarang di restoran itu, berjumpa pula kawan dari masa lama, seperti memori itu hidup semula di depan mata disertai dengan bau-bau masakan barat dan bau hujan.

Kawan aku menyapa aku, memberi senyuman yang tidak pernah berubah seperti dahulu. Dari wajahnya, aku perhatikan langsung tidak dimakan usia, wajah aku? Mungkin untuk wajah aku boleh disimpulkan melalui kata-kata orang puteh Old is gold. Kawan aku duduk tenang di depan aku yang baru sahaja melalui perjalanan sejauh 510km. 

Dia bertanya, "Blog hang macam mana? Ada tulis entri lagi". Dalam perjalanan sejauh itu, sempat berhenti beli mangga dan berak di RNR, sekian lama tidak berjumpa, tak pernah aku menyangka dia akan bertanya tentang blog aku, sebagai pembuka bicara. 

Aku terkesima sejeda. " Blog?" balas aku. Kepala aku berpusing dengan laju, blog apa yang aku ada pada 5-6 tahun lepas semasa aku di Perlis. Aku tidak ingat jika dia pernah membaca blog aku, aku juga tidak pasti apa yang aku tulis di blog ketika itu yang masih meninggal kesan. Yang pasti blog itu sudah meninggal dunia. Katanya, dia suka membaca blog aku suatu ketika, dia tak pernah beritahu tapi dia minat aku merepek secara bertulis begitu.

Ohhh. Aku cuba navigasi ke topik yang lain.

You Might Also Like

4 comments:

aswaleyla said...

kite pun kat perlis fr. kwn fr western restaurant kat mana? mne tahu boleh try nnti

Fendi Rocka said...

sat nak PM ,mungkin ang dah pernah pi kut.

gulew kapas said...

kenapa setiap perenggan penulisan nya bagus sekali. saya jatuh cinta dengan tulisan Abam Fendi

hahahahaa...
terkasima sejeda.. lama tu.. :p

aku harap raut wajah "old is gold" kau masa tu tak bertukar jadi 'red is love" pula masa diajukan soalan begitu.. hikssss.. blogger lagenda juga kau ni kann.. :)

next year boleh try masuk Gegar Vaganza..!


Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki