Ego dan Angkuh





Aku tak reti nak jawab macam mana. Bila perempuan kegemaran aku mempersoalkan kewajaran aku bercakap dengan bertatasusila setiap kali menghubungi talian hotline tak kira TM, Maxis, mana-mana bank, pizza, kfc atau nombor kereta sewa, homestay lebih-lebih lagi masa nak buat komplen lah. Contohnya, apa perlu mengucap sejahtera kepada pihak yang kita tak puas hati.Aku tak berapa nak yakin macam mana nak jawab dengan jaya.

Pada aku, setiap orang tak kira siapapun, aku akan dahulukan respek sewajarnya atau selayaknya, kemudian-kemudian tu kita cerita kemudian, tapi aku dahulukan respek. Yang aku perasan selalu, orang memang akan beri respek, malah lebih dari itu, ada yang beri sanjungan dan segala kemanisan kepada orang lain, tapi hanya bila mana orang yang dituju itu ada kapasiti untuk membalasnya. Bak kata orang, baik ada makna lah.

Hal ni kita selalu lihat berlaku di tempat kerja misalnya, dengan bos cakap kemain berjaga-jaga tutur kata, senyum tak lekang,kalau boleh cium tangan bos memang sampai siku dia cium, almaklumlah bos berada dalam kapasiti untuk menentukan prestasi kita ye dak. Atau bila bercakap dengan pelanggan, bukan main harum manis bak bunga di taman syurga firdausi, tapi bila bercakap dengan bukan pelanggan yang tak memberi apa-apa pulangan kat dia memang macam lahanat bahasanya. Hal ni jangan kita buat macam baru pertama kali dengar, hal ni adalah perkara biasa, rutin dan tak payah nak bajet inesen sangat ye dak.

Sebab tu, orang kata, kalau nak cari isteri atau suami, perhatikan masa dia nak order makanan, ada betulnya jugak ye tak. Kalau dengan kau dia punya manis sampai diabetes, tapi dengan pelayan kedai yang kononnya dia bayar gajinya dilayan tak sewajarnya, memang kena faham balik lah beza konsep respek orang dan bodek orang. 

Teringat pada kisah seorang yang aku follow kat facebook, beliau mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ni dengan sebuah kereta,  meskipun beliau tahu kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang lagi satu, beliau tetap turun dari kereta dan dengan tenang menghulur tangan mendahulukan salam kepada pemandu tersebut yang mulutnya berbau arak. Malangnya salamnya ditepis. Orang lain mempersoalkan, apa wajarnya dia nak bersalaman pulak dalam keadaan genting, mungkn maki hamun lebih wajar kan. Kenapa tak marah pun kat orang tu? Lelaki separuh abad tu jawab:

"Papa, orang Melayu. Budaya balairong seri. Hulur tangan. Apabila dia tidak sambut salam dan bau nafasnya dapat papa hidu, tahu lah papa keadaan dia. Apabila papa marah marah juga, apa bezanya papa yang waras dengan dia yang mabuk"




Demikianlah kehidupan, katanya.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. memang sewajarnya begitu.. api jangan dibalas api.. ye dak..

    tapi susah nak cari orang macam tu.. kalau ada, patut bersyukur la banyak-banyak.. :)


    ...

    ReplyDelete
  2. Minggu lepas ayah aku eksiden. Dia langgar keta org. Bila minta update dari adik yg tgh tunggu keta kat workshop adik kata ayah gi mnum dulu. Org yg dia langgar tu ajak minum dulu. Kes selesai tanpa cerita panjang.

    Beberapa tahun lepas aku langgar keta sorg awek kat sebuah parkir sebab tak perasan dia tetiba memotong sebelah kiri. Lps 2 ke 3 minit kami berpisah tanpa sebarang tuntutan, masing2 minta maaf, dan berakhir dgn sebuah pelukan. Kes selesai.

    ReplyDelete

  3. Manusia Berubah said...

    memang sewajarnya begitu.. api jangan dibalas api.. ye dak..

    tapi susah nak cari orang macam tu.. kalau ada, patut bersyukur la banyak-banyak.. :)


    >>>>hmmm tak pernah lagilah rumah terbalar bomba bawak api



    cinta said...

    Minggu lepas ayah aku eksiden. Dia langgar keta org. Bila minta update dari adik yg tgh tunggu keta kat workshop adik kata ayah gi mnum dulu. Org yg dia langgar tu ajak minum dulu. Kes selesai tanpa cerita panjang.

    Beberapa tahun lepas aku langgar keta sorg awek kat sebuah parkir sebab tak perasan dia tetiba memotong sebelah kiri. Lps 2 ke 3 minit kami berpisah tanpa sebarang tuntutan, masing2 minta maaf, dan berakhir dgn sebuah pelukan. Kes selesai.

    >>>>sedap sangat air yang dorang minum tu barangkali, boleh saya tahu tak alamat kedai??

    ReplyDelete
  4. amboi melebih la tu sampai ke siku nak dicium

    ReplyDelete