Auto Feed Blog

Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2 - The Magnificent Seven , The Jungle Book , Jack Reacher )

Thursday, December 22, 2016 Fendi Rocka 0 Comments

Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2)

The Magnificent Seven

Filem ni aku berani layan sebab ada Denzel Washington, terus terang cakap. Tak pernahlah aku tengok filem Denzel yang sia-sia membakar duit. Denzel ni kalau tiba-tiba keluar filem tajuk 'Mesin Basuh LG 2.5' atau '123 ABC' pun aku cenderung untuk beli tiket tanpa perlu selidik sinopsis terlebih dahulu. Punyalah yakin dengan Denzel. 

Seperti yang dijangka, filem ni tak mengecewakan, walau ada beberapa babak yang agak superhero sebagai seorang manusia biasa, tapi masih boleh terima tanpa paksa. Jenaka-jenaka dari Chriss Pratt pun aku dapat terima dengan senangnya. Mengisahkan tentang perpaduan dalam menentang kezaliman (serta mempertahankan kedaulatan), 7 orang perwira (dan penjenayah) dikumpulkan bagi melawan pentadbir yang berkuasa (kejam). Secara keseluruhannya filem ini ada gaya dan membawa satu keberanian. Bak kata Jack Horne dalam filem ini: Though I walk through the valley of the shadow of death, I will have no fear! 



Jack Reacher: Never Go Back



Satu lagi filem aksi lakonan Tom Cruise, filem Jack Reacher yang kedua ni adalah kesinambungan yang tidak banyak berkembang dari yang terdahulu, malah jalan ceritanya juga agak klise seperti filem-filem aksi yang memaparkan kisah kehidupan bekas tentera yang punyai skill bertempur tahap gaban.

Filem ini bagaimanapun masih lagi mampu hidup tanpa segan  kerana adanya Tom. Tom kalau nak terus buat duit mudah dengan berlakon memang kena pegang watak jadi tentera bersara lah kut kerana faktor usia, muka pun dah nampak kedutan. Seperti biasa, Tom kali ni terperangkap dalam konspirasi dalaman military, lebih kurang sama kes dengan watak yang dilakonkan dalam Mission Imposible. Sebagai seoarang yang mengikuti banyak filem beliau, teringin juga nak tengok Tom bawak watak yang tak klise seperti selalunya, jadi abang cleaner yang kehilangan penyapu dan mop ke? Lelaki pelabur ASB ke?


The Jungle Book


Amat jarang aku tengok filem animasi kat wayang, nasib baiklah filem ni tak buat aku menyesal. Naratif yang mudah dan ringkas. Mengisahkan tentang budak bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala di hutan, lakonan Neel Sethi sabagai Mowgli bagi aku cukup baik dan comel dalam menonjolkan sisi seorang manusia yang hidup sebagai serigala. Sesuai dengan kumpulan sasarannya, filem ini meninggalkan penonton dengan moral dan pengajaran yang tidak kompleks, iaitu manusia boleh menjadi khalifah untuk memelihara alam atau menjadi pendosa dengan memusnahkannya. Satu perjalanan visual yang menyenangkan.

You Might Also Like

0 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki