Auto Feed Blog

Reviu pendek filem-filem 2016 (Secara Jamak)

Monday, December 12, 2016 Fendi Rocka 7 Comments


Reviu pendek filem-filem 2016 ( Secara Jamak )


Hanyut


Filem hanyut ni dah bertahun-tahun hanyut,aku sempat tengok filem ni di 1 Borneo semasa aku melampiaskan cuti di Sabah. Tak pasti sama ada filem ini memang kurang mendapat sambutan atau orang Sabah memang tak layan wayang sangat, sebab dalam panggung ada 5 orang je termasuk aku. Sebelum filem ni, aku hanya bepeluang menonton sebuah lagi filem U-Weii bertajuk Buai Laju-laju yang nyata tidak mengecewakan. Kali ni, secara luar sedar aku telah meletakkan harapan yang tinggi pada hanyut, selain kerana nama besar pengarahnya, kosnya juga menelan belanja bukan sejuta dua tiga juta, lebih! Visually, filem ni ke depan berbanding filem tempatan lain, namun apa yang lebihnya filem ini, seperti juga filem buai laju-laju, naratifnya mengujakan. Ada sedikit unsur suspen dan teka-teki. Lakonan Peter O'Brian sebagai Almayer aku bagi 5 bintang, susah nak cakap kalau ada pelakon lelaki tempatan yang paling dekat dengan kualiti yang beliau tunjukkan. Filem ni akan beri lebih kepuasan sekiranya anda terus menikmati ia tanpa peduli pada kos peberbitannya.


The Fallen


Filem ni sebenarnya tiada dalam perancangan aku, kalau dilihat pada trailer pun aku kurang minat. Apapun, kerana timing tak berapa kena untuk menonton filem lain, Maka The Fallen jadi pilihan yang tidak direstui sangat. Secara keseluruhannya, filem ni menghampakan. Lakonan macam tak berapa sampai, jalan cerita  memang tak kemas dan tak menyakinkan. Awal lagi aku dah boleh agak filem ni suam-suam, sebab tu sebelum beli tiket tu aku sekadar tanya "Heroin dia sapa, ok tak?". Sebab expectation aku pun tak tinggi mana.


Doctor Strange


Filem Doctor Strange ni awalnya aku rancang nak tengok pukul 12am, aku pun belilah tiket secara atas talian kemudian 11:45pm aku dah berada di depan wayang. Lepas aku collect tiket, rupa-rupanya filem tu main esoknya pukul 12pm / 12 tengahari, ah buat hal betul lah, terpaksa datang balik esok, jahanam..jahanam. Filem ni alhamdulilah tak rugi masa dan tenaga walaupun kena datang dua kali. Mengisahkan tentang seorang Doktor bernama Strange, yang pakar dalam bidangnya, begitu angkuh pada kehebatan diri sehinggalah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Sebagai seorang doktor pakar, Dr Strange hanya percaya 100% pada sains menerusi bidang yang dikuasainya, tidak pernah beliau menyangka begitu banyak ilmu yang bukan dalam pengetahuannya. Kat situ ada unsur spritual, magis dan kerohaniaan yang banyak dilepas pandang oleh perubatan barat. Aksi-aksi dalam filem ini tidak terlalu ganas, para penjahat pun tidak terlalu menakutkan, dari segi jalan cerita pula dia punya kompleks tidaklah seperti Inception, magis pula tidaklah sepenuhnya seperti Harry Potter, namun secara keseluruhan merupakan filem yang menghiburkan tanpa kelihatan dangkal. Layan.


The Warriors Gate


Secara ringkasnya menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang tidak semena-mena diberi tanggungjawab menjaga seorang puteri raja, bila puteri raja terlepas ke tangan orang jahat, lalu remaja tersebut tak semena-mena perlu menyelamatkannya pula. Ada unsur cinta remaja sedikit tapi tidak keterlaluan.Sebuah filem yang menhiburkan, jalan cerita dan perkembangan watak yang kemas. Cuma bila dah terlalu kemas terasa macam tadika kemas sedikit. Sangat sesuai untuk tontonan musim cuti sekolah. Naratif yang mudah, tidak terlalu mencabar seorang penonton. Menghiburkan, heroin tidak terlalu letup, tapi bolehlah. 


Suicide Squad



Hal yang meninggalkan kesan melalui filem in iadalah watak Joker dan Harley Quinn. Joker ni memang peminat filem Batman / Dark Knight macam aku dah mengikuti serba-serbi paparan wataknya, bila muncul pula Harley Quinn rasa macam ada sesuatu yang baru di skrin, ada perkembangan sedikit berbanding watak-watak Joker yang aku kenali sebelum ini. Selain dari itu, Suicide Squad tidak mengewakan meskipun tidaklah begitu hebat untuk diletakkan sebagai all time favourite. 


The Girl On The Train


Commuter Rachel Watson (Emily Blunt) catches daily glimpses of a seemingly perfect couple, Scott and Megan, from the window of her train. One day, Watson witnesses something shocking unfold in the backyard of the strangers' home. Rachel tells the authorities what she thinks she saw after learning that Megan is now missing and feared dead. Unable to trust her own memory, the troubled woman begins her own investigation, while police suspect that Rachel may have crossed a dangerous line. Penceritaan yang agak meleret, berjaya mengelirukan dan sedikit memeningkan. Twist yang agak baik juga. Berbaloi jugak menyaksikan pergolakan watak utama filem ini Rachel Watson dalam menyelesaikan petembungan kehidupan masa lampau beliau dan masa sekarang. Pada suatu ketika, penonton tidak tahu yang masa satu benar dan yang mana satu palsu. Apabila menonton filem ini teringat pula pada filem Gone Girl (yang ni terbaik).


Rock Bro! - Kembali Ke Pangkal Jalan


Rock Bro meneruskan pengembaraan Rimba Bara, sama seperti filem terdahulu, kali ini Mamat Khalid mengolah dan memberi pengakhiran yang selayaknya kepada kisah pahit maung sekumpulan rocker memperjuangkan muzik rock. Tidak banyak yang baharu nmelainkan kesinambungan dari filem terdahulu, cuma cerita dan olahan pergi lebih dalam dan meninggalkan kesan kepada emosi penonton. Aku sememangnya ada soft spot dengan filem Mamat Khalid kerana kemelayuaannya. Filem ini meski tidak mensasarkan kepada sebarang anugerah, namun trilogi Rock ni berjaya sebenarnya merekod sedikit sebanyak kegemilangan zaman rock melayu yang kemudiaanya beransur-ansur goyang dibawa gelombang hip-hop sebagaimana diparodikan melalui Zul Kapan yang beralih arah. Ditunjukkan juga bagaimana masyarakat kita yang tidak menghargai bakat tempatan, semua nak percuma, kalau tengok konsert pun sanggup panjat pokok daripada beli tiket walaupun ditawar tiket pada harga rendah, mungkin budaya begini yang membuat Yuna lebih berjaya di luar, atau kalau Kurt Cobain lahir kat Malaysia beliau takkan jadi siapa-siapa dengan bakat yang tidak diraikan.

You Might Also Like

7 comments:

Zhi said...

Tak ada 1 pun yang saya tonton kecuali Suicide Squad. Itu pun saya rasa filem tu overrated. Menyampah saya dibuatnya. Antara filem best yang saya tonton baru-baru ni ..

Snowden
Bridge of Spies (2015)
Inferno
The Infiltrator
Spectral

Haritu cuba tengok Dr. Strange. Awal-awal dah rasa tak menarik filem tu. Jarang kecewa dengan Marvel. hmmm Tapi mungkin nanti saya cuba juga tengok sampai habis.

itu saja.
tQ

dah kenapa salah tengok tarikh tiket wayang...? hahahahaha.. ada juga orang macam hang ni ekk.. adoiiii.. sib baik aku takde kat tempat kejadian, kalau ada for sure aku gelak sakan.. :p

Rock Bro bagi aku kureeeeennnggg.. hampir hambar.. dan kacau bilau perjalanan cerita. Pun begitu sebagai peminat filem2 Mamat Khalid, aku tetap terhibur dan sokong apa jua hasil karya dia. Ending Rock Bro berjaya buat aku sebak.. tapi tak sampai menitiskan airmata.. Watak Ella what so ever tu tak payah la, fokus pada perjuangan Jijoe dan Rimba Bara melawan peredaran masa dan perubahan fenomena industri muzik pasti lebih best..!

Seingat aku, industri rock Malaysia bukan sahaja jahanam sejak Tok Mat haramkan rambut panjang, kehadiran 4U2C KRU dan Nico.. tapi juga dengan ledakan lagu2 balada tangkap leleh dan kemunculan Siti Nurhaliza menjadikan muzik rock kapak perlahan-lahan 'hanyuuuutttt'... aku nak tengok bagaimana kumpulan rock ni survive dalam melawan fenomena Balada - Rock Leleh - Irama Malaysia - Pop Duo - sampai lah ke Aiman Tino sekarang ni.. ahh..! alangkah best Rock Bro kalau Mamat Khalid boleh bawa kita merentasi masa...

:)

p/s : teringinnnnnn sangat nak tonton Hanyut dan The Girl On The Train tu.. tapi udah terlepas pula.. tunggu online lah kalau ada.. :)


...


Fendi Rocka said...

Zhi, senarai kau tu, satu pun aku tak tengok. haha. citarasa tak bertembung.

itu saja. TQ.


Manusia Berubah,

>dah kenapa salah tengok tarikh tiket wayang...? hahahahaha.. ada juga orang macam hang ni ekk.. adoiiii.. sib baik aku takde kat tempat kejadian, kalau ada for sure aku gelak sakan.. :p
=aku percaya kau takkan gelak kalau kau ada di tempat kejadian, sebab tersalah beli tiket hanya kelakar bila terjadi kat orang lain bukan kat diri sendiri.percayalah cakap aku.

>Rock Bro bagi aku kureeeeennnggg.. hampir hambar.. dan kacau bilau perjalanan cerita. Pun begitu sebagai peminat filem2 Mamat Khalid, aku tetap terhibur dan sokong apa jua hasil karya dia. Ending Rock Bro berjaya buat aku sebak.. tapi tak sampai menitiskan airmata.. Watak Ella what so ever tu tak payah la, fokus pada perjuangan Jijoe dan Rimba Bara melawan peredaran masa dan perubahan fenomena industri muzik pasti lebih best..!
=banyak watak yang ditambah sekadar nak cukupkan seri, tapi impaknya kurang.sekadar nak menghiburkan dan menambah rasa dalam filem.

Seingat aku, industri rock Malaysia bukan sahaja jahanam sejak Tok Mat haramkan rambut panjang, kehadiran 4U2C KRU dan Nico.. tapi juga dengan ledakan lagu2 balada tangkap leleh dan kemunculan Siti Nurhaliza menjadikan muzik rock kapak perlahan-lahan 'hanyuuuutttt'... aku nak tengok bagaimana kumpulan rock ni survive dalam melawan fenomena Balada - Rock Leleh - Irama Malaysia - Pop Duo - sampai lah ke Aiman Tino sekarang ni.. ahh..! alangkah best Rock Bro kalau Mamat Khalid boleh bawa kita merentasi masa...

=aku harap ada yang akan buat filem pasal hip hop pulak..sebab aku pun hip hop jugak orangnya.kah kah..perangai macam zul kapan

:)

>p/s : teringinnnnnn sangat nak tonton Hanyut dan The Girl On The Train tu.. tapi udah terlepas pula.. tunggu online lah kalau ada.. :)
=kalau kau nakttengok Girl on the train , kau pergi jelah kat stesen lrt/MRT..banyak kat sana macam2 jenis

cinta said...

Satu hari nanti di masa hadapan kau akan buat review cerita2 mcm Boboiboy Kuasa Tujuh Tingkat, Upin Ipin Treng Teng Teng, Disney Bawal,Mo Ana, Freezing dsb. Hee..

Thanks Fendi sebab buat review filem yang banyak macam ni!

Untuk Girl On the train tu saya suka! Sebab jalan cerita dia berterusan dengan watak utama bergolak dengan diri sendiri dengan masalah kesihatan yang dikatakan terjadi pada diri dia yang berpunca dari alkohol.

Suka jalan cerita dan bagaimana watak-watak dalam cerita ditemukan.
Yaa bila tengok cerita ni dekat wayang haritu terus teringat dengan Filem Gone Girl!

Macam ada yang sama kalau nak bandingkan keduanya, Girl On The Train hampir dan agak memuaskan!

www.lakiterok.com

Fendi Rocka said...

Cinta >>>>tak mustahil tapi tak rajin sangat tengok kartun kat panggung

Syakir>>>>kalau tak silap aku filem ni adaptasi dari novel, bila dibayangkan, rasa cerita sebegini memang syok bila dibaca, ada drama dan saspen. walaupun tak ramai tengok tpi berbaloi jugak

Nik Ainaa said...

semua filem tu xtgk lagi. rajin betul abg ondi layan filem ya

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki