Auto Feed Blog

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN dengan menggunakan KANGKUNG

Saturday, February 27, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN dengan menggunakan KANGKUNG

Salah satu perkongsian yang saya terima dari group whatsapp yang saya kira bermanfaat untuk semua, terutamanya bagi saudara saudari yang mengalami masalah bau badan tak harmoni.

Caranya:
1. Petik kangkung yg masih segar dikebun,ambil yang masih muda.
2. Cuci dengan air bersih,buangkan kotorannya.
3. Ikat batangnya satu persatu dengan baik.
4. Kemudian bawa dan jual ke pasar.
5. Wangnya belikan sabun mandi untuk mandi.


SELAMAT MENCUBA...!!!

3 comments:

BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

Friday, February 26, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH






     Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.

   Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

   Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.


ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.

* dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.

* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.

* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.

* memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.

*buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.




    



MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

*mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.

* ilustrasi yang comel dan berwarna warni 

* harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

* saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

* didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk









                        

Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK
dan INSTAGRAM . Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.









2 comments:

Manusia Berubah - aku ingin menulis tentang mimpi-mimpiku

Wednesday, February 24, 2016 Fendi Rocka 4 Comments


MANUSIA BERUBAH - aku ingin menulis tentang mimpi-mimpiku


manusia berubah


Penulis: Manusia Berubah

Blog ini aku tak tahu bagaimana, tapi ada ketikanya aku boleh rasa seperti dekat dengan aku dari segi gaya dan kecenderungannya, macam aku versi perempuan. Setiap orang tentunya ada influnce dalam menulis, mungkin citarasa kami ada persamaan memberi sedikit kesan ke arah itu. Cuma yang blog ini, gayanya lebih kemas dan kupasan lebih mendalam, berbanding Nota Purba yang seakan semberono.


Ada beberapa perkara atau isu yang penulis Manusia Berubah (MB) dapat sampaikan dengan baik menerusi cara dia, yang mana aku cuba nak sampaikan tapi tak sampai-sampai sampailah sekarang. Mungkin kerana penulis MB jenis suka bacaan yang deep-deep, atau selalu berfikir, atau pokok pangkalnya suka membaca dan mungkin juga membebel, jadi penulisan dia nampak ada kematangan dan pemilihan perkataan yang aku rasa cekap dalam menyampaikan emosi dan perasaan.


Untuk blog bacaan umum aku, biasaanya aku lebih cenderung suka pada blog yang tidak menjadikan trafik sebagai ilham untuk menulis. Blog yang berorientasikan trafik ni aku suka bila nak dapatkan maklumat dan info am. Blog yang berorientasikan trafik ni kandungannya jarang sekali mewakili diri penulis, selalunya diisi dengan apa kemahuan orang ramai tanpa ada perasaaan dan sifat pemilikan. Blog Manusia Berubah aku letakkan sebagai blog yang bebas, ada kemahuan tersendiri, tulisan berdasarkan fikiran dan perjalanan peribadi penulis. Blog begini adalah kesukaan aku kerana bila baca entri aku akan rasa seperti berkomunikasi.


Secara peribadi yang aku tahu, penulis mempunyai sebuah lagi blog yang turut dikemaskini secara konsisten. Ini membuatkan aku sedikit kagum dengan penulis atas kerajinan dia. Tambahan pula dia adalah pekerja sepenuh masa lagi di siang hari, aliran idea dan stamina yang dia miliki patut aku hairankan. Mungkin dia minum PAMOGA (iklan tak berbayar).


Antara entri yang aku suka adalah entri bertajuk Laki Garden. 

Laki Garden

Dia mengupas atau menulis review buku (subjek yang aku juga suka) dengan begitu bernas. Boleh rasa dia begitu teruja dengan buku, dia dapat gambarkan kesan buku tu terhadap dia walaupun mungkin secara tak sedar. Bila orang menulis tentang apa yang dia suka secara sukarela, kita boleh dengar isi hati dia. Tak lupa juga ulasan dan sneak-peek tentang buku Desaturasi Merah Jambu


Dalam membaca blog juga kita kebiasannya akan terminat dengan penulisan yang seakan menyampaikan isi fikiran kita, tapi dengan perkataan-perkataan yang lebih elok. Contohnya aku nak beritahu tentang kemalasan untuk bersenam tapi nak lahirkan ayat-ayat tu terasa tak tepat dengan perasaan, tapi tiba-tiba terbaca orang lain tulis tentang subjek yang sama terus terasa waaaahh wahhh ni lah yang aku nak cakap..ni lah yang aku nak cakap. Untuk blog Manusia Berubah ni pun ada beberapa entri yang kena dengan aku, salah satunya entri :

Manusia Berubah - aku ingin menulis tentang mimpi-mimpiku

Kebahagiaan Kita Tanggungjawab Kita Sendiri dan Happy Birthday untuk KAMU

Sebelum ni aku pernah terbaca isu yg sama yang sebenarnya lebih tepat dengan apa yang aku nak cakap, tapi yang kat Manusia Berubah ni bolehlah 80% nak dekat sama. (sebenarnya apa yang aku nak cakap adalah bagaimana manusia mengharapkan orang lain sebagai faktor nombor satu dia tak happy, biasanya dia akan salahkan pasangan padahal sebelum dia jumpa pasangan tu pun dia memang tak happy, contohnya dia salahkan kawan dia sedangkan sebelum dia jumpa kawan dia tu pun dia bukannya happy,so sebenarnya kalau nak happy perkara pertama kena buat adalah jangan nak menyalahkan, nampak tak aku tak reti nak tulis pasal benda ni?)

Keseluruhannya, kandungan blog agak universal, penulis MB merupakan seorang yang bukan gadis-gadis tapi tidak pulak makcik-makcik, pendek kata bolehlah kut aku letakkan sebagai blog kakak-kakak yang steady, berfikiran segar dan moden. (tapi hati-hati jika mahu libatkan sebarang provokasi, sebenarnya beliau garang jugak, really?)

Itu sahaja, aku tulis review ni bukan nak suruh korang masuk baca blog Manusia Berubah pun,anggap sajalah nota aku kali ni berbentuk peribadi sahaja...ececececeh.

Sekian,

Yang benar,
Fnd & The Majistret

Lampiran: Surat kebenaran menulis review.





4 comments:

Babi

Saturday, February 20, 2016 Fendi Rocka 8 Comments

Babi


Aku baru lepas tengok cerita bertajuk 3 Meters Above The Sky. Tentang seorang perempuan cun di sebuah bandar, dilahirkan dalam keluarga yang kaya,  pergi kolej pun dengan kereta mewah dan rumah jangan cerita..kurang-kurang mesti ada sorang satu televisyen.

Cuma walaupun hidup secara elit, kawan-kawan kat kolej semua panggil dia Babi. Eh Babi jom pergi makan. Eh Babi malam ni nak parti kat mana. Eh Babi..kau ni Babi lah. Bukan saja kawan, cikgu pun panggil dia Babi. Malahan adik dan kaum keluarga dia pun semua panggil dia Babi. 

Sampailah satu hari dia berjumpa dengan seorang lelaki tampan (jarang filem takde lelaki tampan), lelaki ni kalau kat Malaysia kita panggil Mat Rempit, seorang yang tak serius dengan hidup, dikelilingi oleh kawan-kawan yang sering buat kacau dan liar.

Walaupun begitu,si tampan tetap macam menginginkan si gadis cun tadi. Nak tahu apa lelaki tampan ni panggil dia? Babi. Dia pun panggil si gadis sebagai Babi, meski mahu mengorat, tapi tetap memanggil dia Babi. Cuba kau nak mengorat awek cun, hai Babi, boleh bagi nombor telefon tak Babi, mesti kau dah kena ludah ye tak 

Tapi gadis ni tak ludah pun, marah pun tak. Sebab nama dia memang Babi dan Babi bukanlah bermaksud khinzir ni Sepanyol. Nenas di Malaysia jugak bukan bermaksud buah nenas di Sepanyol..nenas di sepanyol adalah berlainan sama sekali,orang lah yang cakap, aku pun tak google image lagi.










Dah google?

8 comments:

Tundukkan Playgirl Itu

Thursday, February 18, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


Tundukkan Playgirl Itu


Datin Nuriz sedang duduk goyang kaki di pejabatnya ketika deringan telefon bimbitnya berbunyi. Dilihat pada skrin paparan tertera nama peguam peribadi Datin Nuriz. Selama ini Farhan sememangnya peguam muda yang telah banyak membantu melonjakkan kareer Datin Nuriz, sehinggalah pada hari ini. 

"Datin, kita ada perkara yang sangat penting untuk dibincangkan, kita jumpa di tempat biasa sekarang" ujar Farhan dengan tenang namun ditekankan sedikit nadanya apabila menyebut 'penting'.

"Farhan, saya ada meet..." Belum pun sempat Datin menyebut perkataan meeting dengan sempurna, Farhan telah mematikan talian. Datin Nuriz mulai merasa tidak sedap hati. Mungkin ini ada kaitan dengan maklumat dari perisik yang diupahnya untuk mengintip aktiviti suaminya Dato Harraz Naufal.

Dia terus membatalkan meeting dah bergegas ke sebuah kafe hipster yang terletak 15 minit dari pejabatnya.

Dari luar kafe sudah kelihatan Farhan yang sedang duduk di sudut paling hujung. Tanpa banyak bicara, Datin pun bergegas untuk duduk berhadapan dengan Farhan. 

"Datin nak dengar khabar yang baik dahulu, atau khabar yang...agak kurang baik?" soal Farhan serius. 

" Saya tengok muka kamu macam ni pun dah macam satu perkhabaran buruk" jawab Datin sedikit marah kerana beliau belum sempat duduk sudah ditanya-tanya sebegitu.

"Ok Datin Nuriz Senroseee...yang cantikk...yang comelll....Datin nak dengar khabar yang baik dahuluuuu keee, atau khabar yang...agak kurang baik?" soal Farhan lagi, kali ini dengan senyuman lebar yang dibuat-buat.

"Haaa..macam tu lah, bawak bertenang k. Apa khabr baiknya?" 

"Suami Datin, dia ada jumpa foto yang mengikut perkiraan saya, bernilai lebih dari 1.5 juta , atau dengan kata lain aset Dato Harraz akan bertambah"

"Wow! Ringgit Malaysia?"

"USD"

"Wooowww..woww!" Datin Nuriz sudah dapat membayangkan percutian di Paris,diikuti pula ke Istanbul dan singgah sebentar di Korea. Di dalam fikirannya, dia sudah terbang ke sana, membawa 3 beg besar bersama seorang orang gaji gagah. Melawati gudang beli belah yang terbesar di Eropah. Terbayang jugak jejaka-jejaka kacak Korea yang putih melepak dan berwajah seakan-akan sama ( kerana doktor bedahnya sama).

"Datin, datin...Datin..." seorang pelayan memanggil Datin Nuriz untuk mengambil pesanan.

"OOOoo sorry, saya nak makanan yang paling mahal satu, dengan minuman yang paling mahal satu! Ha Ha. Dan, hari ni Datin Senrose belanja semua orang, masukkan dalam bil saya"

"Tapi Datin..." sambung Farhan. 

"Ye saya tahu..beritahu tentang khabar kurang baik..saya dah bersedia"

"Khabar kurang baiknya berkenaan foto tersebut, sebenarnya ada 3 foto "

"Wow..dah cukup banyak untuk saya, Farhan..Farhan..saya tak setamak yang kamu sangkakan"

"Ketiga-tiganya mempunyai gambaran jelas Datin.."

"Ok, bagus, maksudnya kamera yang digunakan adalah berkualiti lah kan"

"Ketiga-tiganya mempunyai gambaran jelas Datin..bersama anak ikan Datin"

"AAAnnakkk..."

"Tanpa.."

"Ikaaaann.."

"Pakaian . Ye Datin, sekarang saya nak tahu lokasi Azrol anak ikan Datin, supaya kita dapat sembuyikan dia terlebih dahulu "










Bersambung....

2 comments:

Puisi Melayu Yang Mesti Dihayati Semua Orang Melayu

Tuesday, February 16, 2016 Fendi Rocka 6 Comments

PUISI USMAN AWANG

MELAYU 

MELAYU ITU ORANG YANG BIJAKSANA
NAKALNYA BERSULAM JENAKA
BUDI BAHASANYA TIDAK TERKIRA
KURANG AJARNYA TETAP SANTUN
JIKA MENIPU PUN MASIH BERSOPAN
BILA MENGAMPU BIJAK BERALAS TANGAN. MELAYU ITU BERANI JIKA BERSALAH
KECUT TAKUT KERANA BENAR,
JANJI SIMPAN DI PERUT
SELALU PECAH DI MULUT,
BIAR MATI ADAT
JANGAN MATI ANAK.

MELAYU DI TANAH SEMENANJUNG LUAS MAKNANYA:
JAWA ITU MELAYU,
BUGIS ITU MELAYU
BANJAR JUGA DISEBUT MELAYU,
MINANGKABAU MEMANG MELAYU,
KETURUNAN ACHEH ADALAH MELAYU,
JAKUN DAN SAKAI ASLI MELAYU,
ARAB DAN PAKISTANI, SEMUA MELAYU
MAMAK DAN MALBARI SERAP KE MELAYU
MALAH MUAALAF BERTAKRIF MELAYU

DALAM SEJARAHNYA
MELAYU ITU PENGEMBARA LAUTAN
MELORONGKAN JALUR SEJARAH ZAMAN
BEGITU LUAS DAERAH SEMPADAN

SAYANGNYA KINI SEGALA KEHILANGAN
MELAYU ITU KAYA FALSAFAHNYA
KIAS KATA BIDAL PUSAKA
AKAR BUDI BERSULAMKAN DAYA
GEDUNG AKAL LAUT BICARA

MALANGNYA MELAYU ITU KUAT BERSORAK
TERLALU GHAIRAH PESTA TEMASYA
SEDANGKAN KAMPUNG TELAH TERGADAI
SAWAH SEJALUR TINGGAL SEJENGKAL TANAH SEBIDANG MUDAH TERJUAL
MESKI TELAH MEMILIKI TELAGA
TANGAN MASIH MEMEGANG TALI
SEDANG ORANG MENCAPAI TIMBA.

BERBUAHLAH PISANG TIGA KALI
MELAYU ITU MASIH BERMIMPI
WALAUPUN SUDAH MENGENAL UNIVERSITI
MASIH BERDAGANG DI RUMAH SENDIRI.

BERKELAHI CARA MELAYU
MENIKAM DENGAN PANTUN
MENYANGGAH DENGAN SENYUM
MARAHNYA DENGAN DIAM
MERENDAH BUKAN MENYEMBAH
MENINGGI BUKAN MELONJAK.

WATAK MELAYU MENOLAK PERMUSUHAN
SETIA DAN SABAR TIADA SEMPADAN
TAPI JIKA MARAH TAK NAMPAK TELINGA
MUSUH DICARI KE LUBANG CACING
TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIJINJING

MARUAH DAN AGAMA DIHINA JANGAN
HEBAT AMUKNYA TAK KENAL LAWAN
BERDAMAI CARA MELAYU INDAH SEKALI
SILATURRAHIM HATI YANG MURNI
MAAF DIUNGKAP SENANTIASA BERSAHUT
TANGAN DIULUR SENTIASA BERSAMBUT
LUKA PUN TIDAK LAGI BERPARUT

BAIKNYA HATI MELAYU ITU TAK TERBANDINGKAN
SELAGI YANG ADA SANGGUP DIBERIKAN
SEHINGGA TERCIPTA SEBUAH KIASAN:

"DAGANG LALU NASI DITANAKKAN
SUAMI PULANG LAPAR TAK MAKAN
KERA DI HUTAN DISUSU-SUSUKAN
ANAK DI PANGKUAN MATI KEBULURAN"

BAGAIMANAKAH MELAYU ABAD DUA PULUH SATU
MASIHKAN TUNDUK TERSIPU-SIPU?

JANGAN TAKUT MELANGGAR PANTANG
JIKA PANTANG MENGHALANG KEMAJUAN;

JANGAN SEGAN MENENTANG LARANGAN
JIKA YAKIN KEPADA KEBENARAN;

JANGAN MALU MENGUCAPKAN KEYAKINAN
JIKA PERCAYA KEPADA KEADILAN

JADILAH BANGSA YANG BIJAKSANA
MEMEGANG TALI MEMEGANG TIMBA
MEMILIKI EKONOMI MENCIPTA BUDAYA
MENJADI TUAN DI NEGARA MERDEKA

-USMAN AWANG

6 comments:

Tips Memujuk Suami

Monday, February 15, 2016 Fendi Rocka 9 Comments

Tips Memujuk Suami



Garu kepala jugak aku bila nak tulis berkenaan perkara ini. Bagaimana mahu memujuk lelaki yang merajuk? Persoalan yang berat sebenarnya untuk aku memandangkan aku berkemungkinan akan menulis sebanyak satu perenggan saja. Iyelah, lelaki merajuk kan biasanya pendek je durasi masanya, perempuan merajuk yang muncung panjang macam keretapi tanah melayu.

Jadi aku pun buatlah sedikit penyelidikan dan bancian secara tak rasmi. Kalau nak rujuk pada pengalaman sendiri makanya tak menyeluruhlah sebab aku tak boleh mewakili semua lelaki, dan lain-lain lelaki juga tak boleh mewakili aku, itu yang aku tak faham bila perempuan kata semua lelaki ni sama je, macam lah dia dah merasai semua lelaki,pui.

Berbalik kepada topik memujuk lelaki, ianya tentu berbeza dengan cara memujuk perempuan. Setelah membaca beberapa nota berkenaan cara memujuk isteri / cara memujuk gadis, salah satunya ditulis oleh rakan sekelab aku YB Shehan di blog Shehanz Studio di entri berjudul Orang Perempuan Banyak Cekadak . Maka, dengan itu aku terpanggil untuk memberi pencerahan pula dari pihak lelaki tentang cara untuk memujuk lelaki, terutamanya suami.

Tips Memujuk Suami

Tips Memujuk Suami / Lelaki:


1. Sediakan masakan kegemaran beliau. 

Bak kata pepatah perut kenyang hati senang, ini sangat membantu dalam pada nak amik semula hati suami. Tidak kira sama ada anda masak sendiri atau beli dari kedai, tapi pastikan masakan tu sedap, air pun jamu yang terbaik punya. Bila dah kenyang, bisik kat telinga suami "I minta maaf" kemudian kiss ciked. Muah.

2. Duduk atas riba. 

Cara ni dikongsikan oleh seorang rakan sekelab (mungkin tak merujuk kepada YB Shehan), katanya dia akan duduk di atas ribaan dan kuis-kuis janggut suami. Hamboi, kemain lagi dia..pandai cari suis. Cara ini aku tak nafikan keberkesanannya, kerana lelaki ni dia tak kuat dengan objek-objek yang manjakani. Dia akan mudah hanyut. Cuma kalau berat melebihi muatan, mohon jangan amalkan cara ni..nyendeng-nyendeng pun ok dah, kalau gagah sangat risau juga lepas tu suami sebulan berak tak lawas.

3. Hadiah. 

Kalau merajuk disebabkan kes berat-berat, mungkin kena jugak sogok dengan hadiah. Takkan perempuan je nak hadiah ye tak, tapi takdelah bagi emas permata. Antara hadiah yang dikatakan memberi kesan positif adalah seperti cd games, kasut bola, butang baju melayu atau pun madu asli (baik untuk kesihatan). Cara ni perlukan modal sikitlah, yang penting beli pakai duit sendiri, kalau beli pakai kad kredit suami lebih baik tak payah susah-susah nak pujuk suami biar je dia mereput jadi baja kompos.

4. Berbincang, berkomunikasi atau berlakon. 

Dengan lemah lembut, merdu dan lunak bak Luna Maya, cuba mulakan perbualan dengan bijak. Kalau sebelum ni asik memetir, cuba masa nak pujuk ni je suara tu kasi sedap macam bunyi gesekan biola, tak lama mana pun..sekejap je. Sambil-sambil bercakap tu buat-buatlah tersentuh ke, terjentik ke, terjatuh ke pangkuan ke..ala kata biasa tengok cerekarama, berlakon lah sikit. Tapi bagi suami yang dah kenal taktik perempuan begini, teruskan perbualan dengan sopan dan menyelesaikan isu yang membelenggu emosi si suami.

5. Tak payah pujuk, dalam erti kata lain beri ruang kepada suami untuk bertenang dan sembuh dengan sendiri.

Esok pagi lepas bangun tidur mungkin dia pun dah lupa, lagipun lelaki kan lebih pemaaf, antara sebab dipilih untuk jadi ketua keluarga kan. Senyap ni sebenarnya cara lelaki menguruskan emosi dia sendiri, jangan pulak semasa dia senyap kau baling dia dengan soalan-soalan yang provokatif dan meluat.  Apapun, siapa yang tak sayang isteri ye tak, lama-lama nanti dia sendiri jugak yang akan peluk isteri. Sebab tu isteri selalu ambil kesempatan, bila suami merajuk..bukan dia nak pujuk tapi dia pulak nak merajuk tak semena-mena. Suami pun akhirnya mengalah sebab sayangkan isteri dan tak sanggup lama-lama tengok muncung bini yang kalau dibiarkan boleh cecah ke lantai.

Ok cukup!

Semestinya selain dari yang aku cadangkan dia atas, ada juga cara-cara lain mengikut kesesuaian masing-masing. Aku tak dapat menyatakan semua kerana ini adalah sebuah blog bukan buku teks universiti kebangsaan. Kalau buku teks, tentunya aku akan tulis beratus-ratus cara kerana akan dibaca oleh beribu-ribu mahasiswa, dalam masa yang sama aku akan dapat berduit-duit royalti. Tapi, buat masa sekarang cukuplah cara yang aku berikan tadi.

Bagaimana pula cara anda memujuk suami / lelaki?

Apapun, sebagai peringatan buat lelaki dan perempuan, usah jadikan merajuk sebagai alat untuk memenuhi segala kemahuan anda, kekanak-kanakan sangat itu ye. Sekian.

Selamat memujuk. Muah!

9 comments:

Nota Hartanah - KEUNTUNGAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA ANGKA

Sunday, February 14, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

KEUNTUNGAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA ANGKA

KEUNTUNGAN BUKAN HANYA TERLETAK PADA ANGKA




nota kacak: kalau kau rasa terjojol bijiik mata nak baca tulisan kecik ni, kau klik lah pada gambar bagi besar.

3 comments:

Tips Mencari Isteri Hilang di Pusat Membeli Belah

Friday, February 12, 2016 Fendi Rocka 8 Comments

Tips Mencari Isteri Hilang di Pusat Membeli Belah

Tips Mencari Isteri Hilang di Pusat Membeli Belah


Lelaki kalau keluar dengan isteri ke pusat membeli belah, biasanya lelaki akan jalan ke depan dan isteri akan hilang kat belakang entah mana-mana. Hilang dalam konteks ni maksudnya isteri akan singgah atau dipukau masuk kemana-mana kedai yang berada di kiri dan kanan. Bila suami toleh ke belakang atau ke tepi, dah ghaib. 

Itulah yang orang kata elok jalan berpegangan tangan supaya tak mudah hilang kawalan kan, tapi kalau hilang jugak.. jenis rakus (gaji / BR1M baru masuk), aku ada tips dan cara mudah dan ringkas untuk mendapatkannya semula dengan kadar segera. Jangan risau, aku takkan suruh tanam cip pengesan ke dalam tulang belakang isteri anda yang tentunya menelan belanja ribuan ringgit.

Langkah-langkahnya seperti berikut:

1. Cuba call dulu. Pastikan telefon bimbit anda mempunyai baki kredit mencukupi, kalau tak cukup pergilah tambah nilai takkan tu pun aku nak ajar. Lepas tu kalau isteri tak angkat jugak panggilan, baca nombor 2.

2. Pandang sekeliling, cari gadis yang paling lawa, seeloknya yang muda-muda.

3. Tegur gadis tersebut dengan assalamualaikum, sebolehnya suara lunak macam Hafiz Hamidun.

4.Kemudian tanyakan apa khabar dengan raut wajah sekacak Sonaone.Kalau dah memang tak kacak,bayangkan je lah (fikir positif)

5.Bila gadis tersebut dah bagi respon, ajaklah bersembang, tanya gadis tinggal di mana, suka pergi karaoke tak, belajar kat mana, rajin membaca tak, yang paling penting dapatkan facebook atau instagram si gadis.

6. Tak lama kemudian, tadaaaaaa.... isteri anda akan muncul di sebelah atau di belakang secara tiba-tiba. (Kadang-kadang datang dari atas bergantung pada ilmu  persilatan yang dipelajari)

Itu saja tips aku untuk segmen tips kali ini, mudah bukan? Diharapkan dapat membantu para suami. dalam menghadapai dilemma isteri hilang di pusat membeli belah. Sebarang risiko kecederaan dan malapetaka adalah tanggungjawab sendiri. 

Semoga berjaya. 



8 comments:

Ada Apa Dengan Maaf

Thursday, February 11, 2016 Fendi Rocka 1 Comments

Nota dari SOO EWE JIN yang dipetik dari  laman web The Star 

What it means to forgive

OF late, friends have been referring to me as Bapak Jokowi. I am told I look uncannily like him, and the match would be perfect if I wore a white shirt and rolled up my sleeves.
I guess it is okay to look like somebody who is generally well regarded by the people, but it would be quite a nightmare if we were to bear resemblance to some of the most hated people on this planet, alive or dead.
Jokowi has been creating waves with his new approach as president of Indonesia. His simple lifestyle, and that of his family members, is refreshing in political circles.
One recent news item about him which piqued my curiosity was how he forgave the satay vendor who was detained by the police for allegedly defaming him online.
Jokowi forgave Muhammad Arsyad during a meeting with the satay vendor’s parents, Mursidah and Syafrudin, at the State Palace last Saturday.
“I forgive him 100%. I forgave him through his parents,” Jokowi said.
According to the report in The Jakarta Post, Jokowi also called on the public to learn from Arsyad’s case and promote decency and respect for others online.
Without moving into the realm of politics, I would like to share some thoughts about what it means to forgive, because it is something that affects all of us, whether we are powerful and famous, or just ordinary people.
The first thing about unforgiveness is it creates burdens that can wear us down.
It could be something frivolous like a quarrel with your girlfriend or a nasty encounter with a sales person. Or something more serious like a family dispute or a business deal gone awry.
Whatever the case, when we do not move on, we end up with a burden that gets heavier by the day.
A friend quipped the other day that when his wife gets angry with him over something, she becomes both “hysterical and historical”.
“Imagine, she is mad over something and I have to listen to her go on and on over things that happened years ago,” he said.
“I thought she had forgiven me.”
Those of you who follow my column know that I can be quite historical and sentimental. But the things I choose to remember are good things – precious memories that continue to inspire and make me live life to the fullest.
I choose not to remember the things that are negative, or have had hurtful implications, simply because they never lead to anything good.
In fact, even the people who have wronged us can turn out to be our best friends eventually under different circumstances.
But it will never happen if we look at them as though they are frozen in that particular period of time when we got hurt by what they said or did.
I believe that even the most racist people in this country are capable of change if they are touched by the right circumstances.
Imagine, for example, if a person who regularly goes on a tirade against people who are different, suddenly getting a new lease of life because the very people he condemned provided the organs and the blood to save his life.
As a cancer survivor, I know that while cancer affects many parts of our body, there is no such thing as “heart cancer” in the medical sense.
But an unforgiving spirit is like cancer of the heart.
If we do not know how to let things go, if we continue to harbour hatred, we are just allowing the heart to fester in acidic thoughts that slowly and surely eat us away – just like cancer.



1 comments:

Belum Terbuka Hati Untuk Bertudung

Tuesday, February 09, 2016 Fendi Rocka 10 Comments

Aku ni bukan siapa-siapa, jadi bila ada orang tak dikenali follow di instagram rasa ingin tahu jugak siapa gerangannya. Namun selalu jugak aku patah hati bila asik-asik penjual tudung online je yang follow aku.

Minta maaf banyak-banyak, aku masih belum terbuka hati untuk bertudung dan rasa lebih selesa free hair. Mohon jangan kecam.





10 comments:

Terlanjur Dengan Bos

Friday, February 05, 2016 Fendi Rocka 7 Comments


Aku ni bukan seorang yang licik dalam bergaul mesra,mulut pun tak semanis kurma, peramah apatah lagi memang tak sesuai untuk sesiapa menyebut ciri-ciri ini untuk menggambarkan tentang aku. Tak kiralah lokasi di mana, lebih kurang begitu jugalah simptomnya. Cuma dari aspek mempamer senyuman tu ada banyak peningkatan, itupun selepas aku masuk pertandingan 'senyuman paling menawan' di sebuah blog dan tak semena-mena jadi juara bagi kategori lelaki, dari situlah baru aku sedar yang senyuman aku ni boleh jual jugak rupanya.Kahkah.

Nak dijadikan cerita, bos aku punya bos punya bos selalu juga datang ke pejabat untuk meeting atau urusan kerja dia sebagai bos aku punya bos punya bos. Beliau pada aku walaupun sangat fokus dan particular dalam hal kerja, namun dari aspek bersosial dan kebolehan berinteraksi tanpa kekangan tingkat dan tahap jawatan patut dipuji. Kalau lihat cara dia bercakap dan menegur staff memang bagus. 

Nak terjadi cerita, dia ni jenis suka pulak menegur aku. Itu yang aku pelik dan jadi segan, aku punyalah tak ramah ni jugak yang selalu jadi target. Setiap kali terserempak bos aku punya bos punya bos  ni akan tegur dan tanya khabar.

"Hi Fendi! How are you?" setiap kali memang ini lah yang dia tanya. Kadang dia akan tegur guna dialog yang berlainan sedikit tapi dia punya intro dan intipati memang tak jauh beza.

Dan pilihan jawapan aku cukup dengan "Goood......" atau "Great, bos" dan tak lupa disulami dengan senyuman yang kononnya menawan tadi. Memang jawapan aku serba ringkas dan padat, terselit elemen positif dan semangat kental. Sebagai bukan senior, aku rasa macam belum penuh ilmu di dada nak bincang hal lain, jadi cukuplah ringkas sahaja jawapan aku.

Oleh kerana kami dah seringkali berjumpa atau terjumpa, aku dah boleh agak dia punya timing dan dialog. Memang tak pernah salah perkiraan.


"Hi Fendi! How are you?"

"Gooood" (senyum)



"Hi Fendi! How are you?"

"Great, bos" (senyum)



"Hi Fendi! How are you?"

"Gooood" (senyum)



"Hi Fendi! How are you?""

"Great, bos. How are you ?" (senyum)



Sampailah di suatu hari, ketika aku sedang enak duduk kat sofa ofis. Bos aku punya bos punya bos muncul membawa dialog biasa.


"Hi Fendi! Dah makan?"

Aku boleh plak pergi jawab "Goooood!" 

(Tak jadi nak senyum).





Inilah yang orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlanjur kata...hmmm mungkin dia nak melatih aku supaya fokus dan particular seperti dia.


7 comments:

Kisah Cemas Kemalangan Jalan Raya

Wednesday, February 03, 2016 Fendi Rocka 3 Comments


Kisah Cemas Kemalangan Jalan Raya


Ketika aku dengan Lan sedang sibuk dengan kerja masing-masing, seorang rakan sepejabat berstatus awek datang kat aku mintak sambung kerja dia. "Kawan i accident, kat depan tu, i nak pergi tengok sekejap" kata dia tergesa-gesa dan separuh serak suaranya, macam ada tangisan di hujung nada. Aku terus 'ok ok ok' kan aje, kalau awek buat suara serak aku memang tak boleh nak sembang lama-lama, dengar pun sedih.

Selang 15 minit, aku perati  rakan sepejabat berstatus awek tadi masih ada kat pejabat, kata tadi nak aku sambung kerja dia. Lepas 30 mnit pun dia masih ada kat pejabat, aku nak pergi tanya apahal tak keluar lagi tapi cemas jugak sebab dia tengah sedih kang dia nangis kat aku macam mana nak respon.

Tiba-tiba dia datang mengadu "Kawan i dah takde..." 

Aku dengan Lan yang sedikit terkejut berhenti sekejap buat kerja. Kami cuba menjadi rakan yang baik, cuba merasa empati dan memberi respon yang tak mengguris hati rakan sepejabat berstatus awek tersebut. Dengan berhati-hati kami tanyakan apa sebenarnya yang terjadi, kemalangan yang macam mana, bila dan di mana tempat kejadian. Rakan sepejabat berstatus awek pun membalas dan menceritakan serba sedikit tentang kemalangan jalan raya tu, sambil bercerita dia seringkali mengulang ayat "Kawan i dah takde.."

Tapi dari rumusan cerita dia, aku tak dapat tangkap lagi macam mana boleh menjurus kepada kawan dia yang dah takde. Aku tengok Lan pun macam tak berapa nak faham, tapi kami masing-masing tak berani nak tanya, kami dua memang tak berani nak mendalami benda sensitif, jenis malas nak tengok air mata tumpah. 

Tapi dalam pada tak berani tu aku sempat pulak tanya "Sekarang, kawan you kat mana?" 

"Kawan i dah takde.." dia ulang.

Lan diam, Aku pun diam. Nak tanya ke tak nak ni. Nak tanya ke tak nak. Nak ke tak ni.

'Kenapa you tak pergi lagi..?" aku tanya lagi.

"Kawan i dah takde..!" rakan sepejabat berstatus awek ulang.

"Takde...tu..maksudnya..apa?" lelaki berstatus tampan tanya lagi (aku lah tu)

"Takde, sudah balik" jawab dia dengan muka pelik apsal aku tanya macam tak faham-faham.

Aku dengan Lan terus pandang komputer sambung buat kerja. Sambil mulut membebel. Dari tadi dok cerita kawan i dah takde.kawan i dah takde.kawan i dah takde...cakaplah dah balik..geram pulak aku...aissssh aku ingatkan dah meninggal, banyak nau tengok drama. Puii.









3 comments:

5 Reasons You Must See OLA BOLA

Monday, February 01, 2016 Fendi Rocka 6 Comments

5 Reasons You Must See OLA BOLA

5 Reasons You Must See OLA BOLA

5 Reasons You Must See OLA BOLA

5 Reasons You Must See OLA BOLA

5 Reasons You Must See OLA BOLA

5 Reasons You Must See OLA BOLA







6 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki