Auto Feed Blog

Asam Pedas Claypot JR, Dataran Pahlawan.

Wednesday, March 30, 2016 Fendi Rocka 6 Comments

Asam Pedas Claypot JR

Nama Restoran :Asam Pedas Claypot JR
Lokasi : Betul-betul berhadapan Dataran Pahlawan, Melaka. Bersebelahan Mahkota Parade. Sangat strategik.
Menu Yang dimakan: Seperti dalam gambar di atas.
Tahap Kesedapan: Bolehlah.
Harga : Orang lain yang bayor.
Kos Bayar Model di atas: 2 ribu, ansuran.
Pergi Bila : 29 haribulan March 2016, dalam pukul 2 petang.
Pergi dengan siapa: Kau tak perlu tahu
Peristiwa menarik: Depan meja aku ada Nazmi Faiz sedang makan dengan makwe beliau.
Makwe Nazmi Faiz : Bolehlah.
Kebersihan: Bagus.
Layanan/servis : Laju dan baik (tapi sibuk nak berselfie dengan Nazmi Faiz)
Mood: Okay

6 comments:

Bawa Kamu ke Bulan

Monday, March 28, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Bermodalkan henfon Nokia tanpa kamera suatu ketika dahulu, aku ber-sms dengan perempuan kesukaan aku. Suasana malam yang tenang, menitiskan kata pujangga dari jemari aku.

"Nak ke bulan pun saya boleh bawa kamu" . Aku send.

"Bulan mana?" perempuan kesukaan reply.

"Bulan March, minggu depan kan dah sampai bulan March".



Jangan nak chia chia chia sangat.

3 comments:

Cara Menonton Televisyen di Telefon Bimbit secara PERCUMA!

Saturday, March 26, 2016 Fendi Rocka 8 Comments

Cara Menonton Televisyen di Telefon Bimbit secara PERCUMA!


Dalam kesibukan zaman kini, selain suratkhabar atau buku dah boleh dibaca melalui telefon bimbit (smartphone), sekarang siaran televisyen kegemaran pun kita boleh tonton menerusi telefon bimbit. Yang penting, ianya PERCUMA! PERCUMA! (baca secara bergema)

Percuma di sini maknanya tak perlu bayar, tak ada terma dan syarat, yang ada cuma cara-caranya sahaja. Nanti korang ikut sahaja cara-caranya di bawah, boleh buat selagi mana menteri tak buat undang-undang baru. Antara siaran yang boleh akses adalah ASTRO,HYPPTV dan kalau sekitar Johor boleh dapat siaran TV Singapura. Semuanya melalui telefon bimbit anda! anda! (bergema lagi)


Cara Menonton Televisyen di Telefon Bimbit secara PERCUMA.


1. Pertama sekali, untuk setting telefon bimbit anda supaya dapat siaran, pastikan televisyen ON. Tak kiralah tv di rumah atau kat mana-mana pun.

2. Kat TV tu boleh cuba bukan mana-mana channel.

3. Pergi kat telefon bimbit anda, tekan pada ikon CAMERA.

4. Bila kamera telefon dah beroperasi, tujukan kamera tu pada skrin televisyen tadi. Kualiti gambar anda boleh adjust guna setting camera pada telefon bimbit.

5. Sekarang anda sudah berjaya menonton televisyen menerusi telefon bimbit anda.




Enjoy!!

8 comments:

Tahukah anda?

Friday, March 25, 2016 Fendi Rocka 6 Comments


Tahukah anda, tahu saja tidak cukup?


Banyak lagi perkara yang diperlukan untuk melengkapi pengetahuan. Dan itu sesungguhnya tidak mudah. Bahkan, tahu itu lebih mudah.

Sedangkan syaitan nirrajim pun tahu dan kenal tuhan sekian lama, tapi tahu saja tidak cukup untuk mereka patuh. Bayangkan pulak aku yang ilmu kalau ditimbang jarumnya tak goyang pun.

Pendek kata, kita semua tahu yang bangun pagi-pagi dan bersenam itu bagus untuk kesihatan. Kalau ditanya kepada 100 orang, semua sekali akan angkat tangan bersetuju bersenam itu bagus untuk kesihatan, cuma mungkin 2-3 orang tak angkat tangan sebab tengah main smart phone.

Tapi bila ditanya pula, siapa yang pagi tadi ada bersenam, atau siapa yang semalam atau kelmarin atau minggu lepas ada bersenam atau melakukan aktiviti untuk kesihatan, boleh jangka tak sampai separuh yang angkat tangan, selebihnya buat-buat tengok smartphone. 

Padahal semua tahu bersenam itu bagus dan menyihatkan. 

Jadi, kita perlu tahu yang tahu saja tidak cukup. 

6 comments:

Kisah Pilu

Tuesday, March 08, 2016 Fendi Rocka 6 Comments


Bersempena dengan hari wanita, aku nak cerita sedikit perihal wanita yang bukan mudah untuk kita fahami ('Kita' merujuk kepada lelaki dan juga perempuan). Antara pendedahan yang membuatkan aku terkesima adalah ketika aku makan bersama dua orang wanita yang sama fakulti dengan aku beberapa tahun lalu. Yang tak perlu diwarkan lagi, mereka akan mengambil masa yang lama untuk memesan makanan, lepas tu marah makanan lambat sampai, kalau tak percaya boleh tanya pelayan kedai makan.

Sambil menanti makanan yang dipesan tiba, kami pun bercerita tentang perkara rutin sebagai seorang pelajar. Diselang-selikan juga dengan hal-hal peribadi yang santai-santai. Bila pesanan sampai, kami pun menjamu selera sambil menonton televisyen yang antara dengar dengan tidak. Semuanya berjalan dengan lancar, cuma nyamuk saja sekali-sekala mendambakan keenakkan darah remaja kami.

Sehinggalah dengan tak semena-mena wanita sama fakulti yang duduk depan aku tadi, tiba-tiba menangis. Air mata berjejeran, wanita sama fakulti yang seorang lagi menghulur tisu yang disediakan di meja makan kami. Aku yang tengah makan depan beliau ni dah mula keliru, makanan dah sampai, air pun dah sampai, lelaki tampan pun dah ada depan mata. apa lagi wanita ni nak? Kiranya aku jem lah sekejap...stoned kat situ. Kalau menangis sikit-sikit aku boleh buat tak nampak,  ini sampai 2-3 tisu nak lap, aku diam je biar wanita yang sorang lagi handle kerana lebih memahami ye tak.

Setelah nampak macam dah redha sikit, dia dah senyum-senyum kucing aku pun tanyalah antara nak puaskan perasaan ingin tahu dan juga nak pastikan aku takde buat sumbang apa-apa. Apa yang dia beritahu adalah satu pendedahan baru untuk aku pada masa tu. Katanya, dia menangis sebab tayangan cerekarama di televisyen tu sangat sedih. Ya, tengok gitu-gitu pun sedih. Aku pun cuba selami cerekarama tu sambil menyakinkan diri bahawa cerekarama ini adalah sangat sedih. Aku gagal dan aku sambung makan nasi goreng cili padi. 

6 comments:

Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru

Monday, March 07, 2016 Fendi Rocka 11 Comments


Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru


Orang sekarang yang pergi makan pun bukan boleh nak makan diam-diam, mesti nak tangkap-tangkap gambar upload kat faceebook instagram, kemudian viral.Kita ni bila ada kedai makan yang viral je mesti rasa nak menjejer air liur, mulalah kaki gigil nak pergi buat lawatan. Tengok gambar saja pun bukan boleh kenyang mesti nak jugak pergi makan jugak ye dak.


Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru
Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru yang kaya dengan hidupan laut


Setelah lama memendam rasa, Isnin lepas aku dengan geng pun buat keputusan spontan nak ke Kundang untuk mengkaji tentang Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru. Kalau ikut pada foto-foto yang tersebar meluas di media sosial, char kuey tiow tersebut kaya dengan hidupan laut seperti udang, sotong dan tak lupa juga encik ketam. Sebagai seorang pencinta hidupan laut, benda macam ni tak sepatutnya dibiarkan begitu saja.

Kalau berdasarkan ilmu geografi dan metafizik (ikut waze), perjalanan dari rumah aku ke Kundang tu amik masa dalam 40 minit kalau tak silap. Dalam perjalanan tu sempat jugak aku baca ulasan dari pengunjung Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru, dari segi rasa ramai yang kata puas hati tapi yang tak sedap hati bila ramai yang beri maklumbalas yang terpaksa menunggu sehingga lebih 2 jam.

Punyalah lama, filem Munafik pun kalau tengok baru 98 minit je.

Bila dah kena tunggu sampai 2 jam ni aku expect dia punya sedap biarlah tahan sampai 2-3 hari, setidak-tidaknya layanan dia nanti biarlah elok tak rasa sampai nak cancel order ye tak. Tempat kalau boleh kalau tak bersih sangat pun janganlah pulak kotor. Walau apapun yang dikatakan orang di media massa, sebolehnya aku taknak terpengaruh, seeloknya bila sampai nanti..biar tekak aku yang alami sendiri, gitu.

Bila waze pun dah bagi petanda you have reach the destination. Kami pun memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Tak sabar rasanya nak menikmati Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru. Tak banyak yang aku boleh beritahu, melainkan kedai tu tutup pada hari Isnin. Kami pun berpatah balik dan cari kedai makan lain. Tak jadi pulak tsunami.

11 comments:

Minggu ini merupakan minggu yang tidak produktif untuk aku

Friday, March 04, 2016 Fendi Rocka 1 Comments

Minggu yang tidak produktif
Lek lu...tido sat...

1 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki