Auto Feed Blog

Jangan dengar cakap orang

Friday, April 29, 2016 Fendi Rocka 1 Comments

Sebenarnya falsafah atau pendirian 'pekakkan telinga dan jangan dengar cakap orang' ni sesuai bila kita buat perkara-perkara yang berlandaskan lunas yang tak menyimpang jauh je. Perkara tak elok jangan pulak pekakkan telinga.

Bukannya kalau teringin nak makan harta anak yatim, meniru semasa peperiksaan, masuk simpang tak bagi signal pun kau nak perjuangkan falsafah 'pekakkan telinga dan jangan dengar cakap orang', itu memang tak boleh pergilah.

Macam orang selalu bagitahu kita perlu jadi positif barulah dapat mencarik cas-cas positif dalam hidup. Tapi bukan semua perkara kau kena positif, terutamanya positif dadah.

1 comments:

I Tell You

Monday, April 25, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


Love 
is not 
based on 
common sense.

If you are 
in love,
you ready to 
risk everything,
or else, 
you are not in love

It is hope.
Maybe a common miracle.
Or
It is a doomed?
But for sure we love it.
I tell you.
We love it.

2 comments:

Penjara Keresahan

Saturday, April 23, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

falsafah risau gagal

Orang ada kata aku ni jarang risau, kurang tepat tu. Sebenarnya aku juga tidak setenang mana. Cuma mungkin keluhan aku biasanya dalam senda gurau dan senyum tawa, cara tu aku rasakan lebih sesuai dengan aku. 

3 comments:

Makin Tua Makin Bergetah

Wednesday, April 20, 2016 Fendi Rocka 1 Comments


Makin Tua Makin Bergetah

Aku paling tak suka kalau kena teka umur orang berapa. Tak kiralah orang tu sendiri yang suruh teka out of thin air, atau aku tanya kemudian dijawabnya 'cuba teka' atau 'rasa-rasanya berapa?"

Kalau perempuan yang suruh teka memang leceh sikit sebab kena pakai formula:

(Berapa yang aku teka ikut ikhlas hati) - 3 tahun = Jawapan yang  aku perlu bagi

Contoh, 30 - 3 = 27 tahun.


Itu kalau perempuan lah, kalau lelaki aku terus jawab ikut ikhlas hati. Ini bukan bermaksud aku tak ikhlas dengan perempuan, secara lazimnya aku sentiasa ikhlas, tapi kau tahulah perempuan macam mana bila hal umur ni, aku taknaklah memburukkan lagi insecurity dalam diri mereka pada awal perkenalan.

Cuma yang tak berapa sedap, mnggu lepas lelaki pun ada jugak yang nak suruh aku teka-teka umur dia, wadehel, tak suwit langsung tahu tak.

Malas nak debat panjang, aku teka je la "24-25 lah kut.."

Kemudian dia salam aku, dia jawab "Haha..terima kasih, saya dah masuk 40 tahun"

Pastu aku rasa menyesal, bertambah menyesal bila kena tengok muka dia tersenyum bangga. Aku nak cover balik kekhilafan aku membuat perkiraan tapi dah kucar-kacir.

Jadi hari ni, aku nak buat formula untuk lelaki.


(Berapa yang aku teka ikut ikhlas hati) + 8 tahun = Jawapan yang aku perlu bagi

Contoh, 25 + 8 = 33 tahun.


Geram punya pasal kan. 

Walau apapun, kita memang tak boleh nafi, lelaki memang kadang makin tua makin bergetah / menggatal

Life begins at 40 lah kononnya. (tapi mati tak mengenal umur)

Makin Tua Makin Bergetah


1 comments:

Selamat Malam

Tuesday, April 19, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


Di meja makan ketika menanti hidangan, seorang rakan seperjuangan mencucuh api rokok, untuk kali yang seterusnya.


"Kurangkan merokok..untuk kesihatan" tegur si polan disebelahnya, sambil rokok terselit di bucu bibir.

"Tidur kang berhenti lah" jawab rakan seperjuangan, asap terus berpusaran.

Menguatkan kepercayaan aku bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan, malah mengurangkan indeks pencemaran udara. 

Selamat Malam.

2 comments:

Mengenal jenis orang ketagihan buku

Sunday, April 17, 2016 Fendi Rocka 9 Comments

 Mengenal jenis orang ketagihan buku.


Mengenal jenis orang ketagihan buku.


Bibliomania - gila buku. Beli buku untuk kumpul buku.
Bibliofil - beli buku untuk baca dan ambil ilmu dari buku.
Bibliotaf - gila buku dan mahu buku-bukunya dikuburkan bersamanya.
Bibliokas - suka rosakkan buku. Contohnya dia pergi perpustakaan dan koyakkan halaman yang dirasakan menarik.
Bibliofagi - suka makan buku. Contohnya bakar buku, abunya dicampur air dan diminum.
Biblionarsisis - terpesona dengan koleksi buku sendiri. Gemarkan koleksi buku yang hebat hebat dengan tujuan berlagak.

Rujukan: Keanehan dan Keunggulan Buku, Shaharom TM Sulaiman & Salasiah Abd Wahab, Utusan Publication, 2002.

p/s: Tambahan dari aku, Bibmanabukuaku - suka pinjam buku tapi tak pernah pulangkan.

9 comments:

Berhati-hati kepada perempuan berskirt mini.

Saturday, April 16, 2016 Fendi Rocka 1 Comments




Berhati-hati kepada perempuan berskirt mini atau pendek. Lebih-lebih lagi bila memijak lantai yg baru di mop.


Tergelincir tu satu hal.

Satu hal lagi yang besar adalah lantai yang baru di mop ni refleksinya lain macam tajam, kejelasannya mampu menembusi seluruh alam.

Dah lah orang-orang alim selalu pesan supaya lelaki menundukkan pandangan apabila berdepan dengan perempuan.

Sekarang dah jadi serba salah pulak nak tunduk ke tidak. Lantai dah serupa cermin.

Kau rasa? Tepuk dada, tanya selera. Wassalam.

1 comments:

Foto Hari Ini 15/4/2016 : Chase What You Want.

Friday, April 15, 2016 Fendi Rocka 0 Comments

Great struggles make for great stories.

0 comments:

Kelebihan Orang Yang Rendah

Thursday, April 14, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Kelebihan Orang Yang Rendah

Kelebihan Orang Yang Rendah

1. Kelihatan Muda

Siapa yang tak suka kelihatan lebih muda dari usia ye tak. Kelihatan muda ni pada aku terhad hingga umur 40 tahun. Selepas dari tu kalau pendek macam mana pun tak berapa nak nampak muda sangat. Tapi kalau dah berusia 30-an misalnya, bolehlah nampak macam 20-an. Kalau 20-an boleh nampak macam belasan, gitu. (rujuk terma & syarat)


2. Selesa dalam ruang sempit.

Ini termasuklah masa nak naik LRT, Kapal terbang atau kereta. Orang lain punyalah kena mampatkan jisim badan supaya dapat memenuhi ruang tapi kau dah memang kecik dan rendah boleh chill chill je la. Kalau nak tidur pun mudah, kalau orang kaki panjang kaki mungkin akan rasa lenguh-lenguh kalau dapat katil yang tak cukup sentimeter, tapi untuk golongan yang tak cukup sentimeter ni boleh sesuka hati tidur melintang atau menegak, silap-silap bawah katil pun muat. Kalau tak cukup katil, kalau tak kisah mungkin boleh tidur ceruk almari atau bucu rak televisyen.


3. Kelebihan bergambar formal

Bila nak bergambar, terutamanya yang formal dan rasmi,yang pendek akan diminta atau diwajibkan oleh jurugambar untuk duduk/berdiri di hadapan. Ini adalah sesuatu yang memeberi keberuntungan kepada si pendek kerana nanti gambar nampak penuh, sedangkan yang panjang gambar nampak kepala je macam zirafah. 


4. Mudah cari baju.

Sebab apa aku kata mudah cari baju, sebab walaupun dah dewasa dia masih boleh cari pakaian kat bahagian kanak-kanak atau remaja. Nak ubah dari panjang ke pendek pun senang nak potong, tapi kalau pendek nak ubah jadi panjang mana boleh.


5. Mudah Nak Menyorok

Kalau nak hindarkan diri dari seseorang pun senang, katalah kau terjumpa kawan yang kau malas nak layan kat shopping mall, kau selit-selit di celahan peha orang ramai pun dah susah member nak cari. Kalau pergi wayang pun takyah risau kepala blocking orang belakang, entah-entah orang belakang pun tak perasan ada orang kat depan dia.



Itu antara kelebihan orang rendah dan pendek lah, kalau korang ada pengalaman dengan kelebihan kependekkan sendiri jangan segan-segan kongsi di sini.  Kalau aku ada tersalah tulis, tolong betulkan.

3 comments:

Jajan Zaman Aku Membesar

Wednesday, April 13, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Jajan Zaman Aku Membesar




MANA SATU KEGEMARAN ANDA?


Jajan Zaman Aku Membesar

Jajan Zaman Aku Membesar

Jajan Zaman Aku Membesar








Rujukan Gambar : http://www.mob.com.my/

3 comments:

Terang dan Gelap

Monday, April 11, 2016 Fendi Rocka 6 Comments


Ada hal yang walau macam mana pun orang beritahu kita, tetap kita tak dapat nak faham, sehinggalah kita sendiri yang alaminya, baru otak kita nak bergetar (asik tulang rusuk je bergetar).

Sebab tu aku suka buku dan tengok filem,dalamnya ada refleksi kehidupan yang difiksyen dan disenikan. 

Sebagai seorang yang memakai spek mata, sudah menjadi kebiasaan untuk aku menukar spek mata yang baru bila terasa mahu kelihatan fresh (bosan jugak tengok muka sendiri walaupun kacak). Beberapa tahun lepas aku menempah spek mata dengan cermin yang berteknologi baru (pada masa tersebut).

Berteknologi baru tu bukannya boleh melihat menembusi dinding atau menembusi pakaian orang, cumanya cermin tu bertukar gelap seperti sunglasses apabila terdedah pada cahaya matahari. Teorinya mudah, semakin terik cahaya matahari, semakin gelap cermin tersebut akan bertukar.

Apa yang terjadi, bila aku memakai cermin mata tersebut, seringkali berlaku situasi seperti:

Orang 1: Kau dah kenapa duduk tengah-tengah panas ni?? 
Aku: (Dongak langit) Mana ada panas, biar betul macam ni pun panas.


Orang 2: Taknak lah pergi sana, tengah panas kut sekarang.
Aku: (Tengok sekeliling dan berasa hairan ) Redup je ni aku tengok..

Orang 3: Eh tak panas ke tunggu kat sini?
Aku: (Bukak cermin mata, pegang badan) Wow..panas siot, tak perasan, nampak macam redup. (Terus menggelupur cari tempat redup)

Bila aku tak nampak pun 'kepanasan' tu, aku rileks je macam melepak di tepian pantai kekdahnya, bila aku ubah pandangan (yang lain kekal sama), tiba-tiba otak aku bagitahu aku sesuatu yang berlainan pulak, tindakan aku pun berubah (menggelupur).Ni lah kut yang orang kata bila kita mengubah bagaimana kita melihat, kita dapat mengubah bagaimana kita berfikir dan bertindak. 

Kalau tak faham takpe, mungkin belum masuk waktu lagi.



6 comments:

Microphone Family Karaoke

Sunday, April 10, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Microphone Family Karaoke pandan indah
Lokasi Kejadian
Nama Pusat Karaoke: Microphone Family Karaoke
Macam mana boleh jumpa: Ditemukan oleh Google. Kebetulan aku ada di Kampung Pandan dengan kawan seperjuangan, aku pun cadangkan lah program untuk mengeratkan sillaturahim.
Alamat: No. 1 - G, 1-1, 1-2, 1-3, Jalan Pandan Indah 4/33, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon: 60 3-4292 9090
Parking: Masa aku datang tu waktu malam, macam mudah je nak dapat parking.
Harga: Rm120 sebilik untuk pilihan pakej 2 jam percuma 1 jam atau 2 jam percuma 1 jug air. Kami pilih 2 jam + 1 jam. Lain-lain pakej sila hubungi dorang terus, tak teringat pulak aku nak snap gambar pakej.
Keselesaan bilik: Kami masuk 6 orang tak rasa sempit , tempat duduk memuaskan, pengudaraan tak berapa nyaman. 
Tandas: Bolehlah. Berselera juga nak membuang.
Seleksi Lagu: Puas hati. Remote dan skrin sentuh untuk pilih lagu pun laju dan lancar tanpa gangguan.
Sistem Bunyi:Telinga tak rasa menyampah tapi masih kena tingkatkan kualiti.
Mikrofon: Hawau jugak mikrofon bilik kitaorang. Bunyi hilang-hilang sekejap, kemudian okey. Satu mikrofon je lah yang prestasi memuaskan. 
Antara lagu yang aku beri nafas baru pada malam tersebut: Sinar (May), Laukku Cukup Masih (Spider), Isabella, Zahir Tak Terucap (nyanyi serupa kucing nak mengawan)
Makwe Kaunter: Sopan dan Kasual
Peristiwa menarik: Terserempak dengan adik Emma Maembong.
Nota: Aku sebenarnya dalam keadaan batuk dan berkahak, tapi sebagai seorang profesional aku tetap jugak menjalankan tanggungjawab untuk menghiburkan kawan-kawan/ memeriahkah majlis.

3 comments:

Buku Hutan

Saturday, April 09, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Jika anda mahu tonton filem yang CGI / visual yang dibina seakan realiti, ada binatang pelbagai spesis berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih, penceritaan yang mudah dan straightforward, mahu mengenali spesis binatang, permulaan dan pengakhiran yang selamat sebagaimana filem Disney, sekadar suka-suka tanpa pengisian berat dan mesej yang tertentu, humor paras sedarhana, atau nak tengok binatang comel-comel tapi malas pergi zoo sebab sekarang musim panas, jawapannya...pergilah tengok filem The Jungle Book di pawagam yang berdekatan. 

Selamat Berhujung Minggu!

filem jungle booj

2 comments:

Facebook/Instagram tidak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.

Wednesday, April 06, 2016 Fendi Rocka 4 Comments

Facebook/Instagram tidak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.


Apabila hendak menulis status, aku memilih perkataan yang aku rasakan tepat. Tapi belum tentu apa yang dipilih adalah paling tepat, mungkin aku terbawa-bawa dengan kecenderungan peribadi aku, mungkin aku prejudis dalam menyampaikan sesuatu mengikut kehendak aku. Boleh jadi jugak aku ada niat atau agenda tertentu. Soalnya, belum pasti status aku menerangkan tentang aku.

Apabila aku hendak post gambar, aku akan pilih gambar yang aku nak tunjukkan, dalam 10 gambar tu mungkin aku akan pilih 1 gambar paling okey dan semua orang dapat lihat, tapi sebenarnya ada lagi 9 gambar selekeh yang korang tak dapat lihat. Jadi tak patut juga kalau gambar-gambar dapat menceritakan kehidupan sebenar. Itu tak kira lagi gambar paling okeh tu pun dah siap diubahsuai.

Pokok pangkalnya, kehidupan sebenar yang kita rasakan benar pun sebenarnya fatamorgana, inikan pula facebook atau instagram yang dicipta oleh manusia tentulah bukan satu realiti yang sebenar. Malah, kebanyakkan yang cantik-cantik tu sebenarnya berbayar dan bertugas untuk menjual sesuatu brand.

Mungkinlah, mungkin disebalik facebook dan instagram terdapat inspirasi (memang suka benda-benda gitu), namun jika 'kesempurnaan atas talian' seakan jadi obsesi, ada eloknya juga rehat sekejap dari terlalu mendesak, supaya dapat alihkan fokus kepada perkara yang lebih bermakna dan lebih manusia.

Chill.

4 comments:

Restoran PLA PLA Seafood

Tuesday, April 05, 2016 Fendi Rocka 6 Comments


Restoran PLA PLA Seafood



Restoran PLA PLA Seafood

Restoran PLA PLA Seafood
Gambar pinjam dari http://shopaholicandlife.blogspot.com/2014/12/entry-makan-makan-part-1.html

Nama Restoran : PLA PLA Seafood

Kat mana: Lot 17G, Jalan Equine 1A, Persiaran Dr. George Lim Ah Soo, Seri Kembangan.

Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam.

Kepakaran: Namanya pun dah seafood, jadi aku anggap restoran ni menjurus kepada makanan laut yang bercitarasa Thailand.

Order apa: Aku order yang pakej 3 orang makan, sebab kebetulan kami memang 3 orang (siakap masa 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam campur, ayam goreng kunyit, nasi putih 3=RM49)

Rasa: Boleh tahan jugak, yang lagi 2 orang tukang makan kata sedap, muka pun puas hati.

Servis: Cepat. Mesra tak sangat.

Kebersihan: Memuaskan.

Konsep/Dekorasi: Menarik, meja dan kerusi selesa. Suasana juga relaks. Dari luar terasa terpanggil untuk singgah.

Parking: Terbentang luas, tak payah kalut.

Peristiwa menarik: Terjumpa kawan ofis yang duduk di meja sebelah.

Peristiwa sangat menarik: Orang belanja makan, makan free lah ni kiranya. Alhamdulilah.

Restoran PLA PLA Seafood

Restoran PLA PLA Seafood




6 comments:

Refleksi & Retrospektif

Friday, April 01, 2016 Fendi Rocka 5 Comments

Refleksi 

Beberapa langkah dari tempat tinggal aku ada orang jual laksa. Tempat tu rupa-rupanya agak dikenali ramai, bila aku beritahu lokasi tempat tinggal aku beberapa kali juga orang akan kaitkan dengan laksa tersebut. Bila aku makan laksa tersebut buat pertama kali dulu memang diakui sedap, tapi aku tak rasa thrill.

Sehinggalah minggu lepas aku pekena laksa yang kalau main bola patut kena kad merah je pada minit pertama perlawanan dimulakan, tak menyesal makan tapi rasa seperti dikecewakan kekasih. Kemudian untuk membuang kenangan pahit tu, aku makan laksa lah laksa yang beberapa langkah dari rumah aku tu..kali ni barulah aku rasa laksa yang sedap harus diraikan dengan pingat dan piala serta disyukuri.

Itu yang orang kata, kalau tak pernah kalah macam mana kau nak rasa nikmatnya kemenangan.

Retrospektif

Pernah berlaku juga kat aku masa zaman menimba ilmu. 

Semester pertama tiba-tiba aku dapat anugerah dekan (pointer power lah ni kiranya) walaupun aku tak try hard pun, puncanya mungkin sebab banyak dapat tips dari senior dan otak masih murni. Bila keluar keputusan periksaan tu, aku perasan kawan-kawan pun pandang lain macam,respek, ucap tahniah kemain lagi. Sedangkan aku, tak tahu apa pun apa bestnya dekan-dekan ni.

Kebetulan lagi, semester kedua dapat jugak dekan. Semester ketiga pun secara tiba-tiba dapat jugak (beruntung). Tapi aku tak rasa bagus, seriously, rasa happy pun tak berapa. Sedangkan kawan-kawan yang tak dekan bukan main anggap aku pandai padahal aku tak pandai macam depa pun (pandai tak kira ikut keputusan peperiksaan sebenarnya).

Sehinggalah, pada suatu hari, bukan nak kata dekan, 3 tahun seterusnya bayang-bayang dekan pun tak nampak sampai aku habis pengajian kat situ,bukan takde mencuba.. aku cuba juga mencari semula aura dekanis tu dengan melipatgandakan usaha dan strategi, tapi...hanyut, kat situ aku mula merasakan betapa nikmat dan manisnya anugerah dekan itu, sesuatu yang telah hilang dari aku.

Itu yang orang khabor, benda dah hilang barulah kita nak hargai.

Bila aku refleks dan fikir-fikirkan, mungkin ini sebabnya kenapa ada masanya bila ada makanan yang kelasnya duduk di hotel dimasak oleh chef antarabangsa, bila dijamu depan mata kita, entah ke mana hilangnya rasa gembira itu. 

Sedang, ada masanya, ada insan yang bila dijamu dengan makanan seringkas mungkin pun boleh menangis hatinya kegembiraan. Bukan memiliki segalanya yang membawa bahagia, tapi mencintai apa yang dimiliki? 

Kerana keberadaan dan keadaan, akan membolak-balikkan deria rasa yang tak dilabelkan.

Mungkin tiada salahnya dengan password , mungkin username kita yang tak kena. 

5 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki