Auto Feed Blog

Diari Seorang Gemuk

Sunday, May 29, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


cara senaman, motivasi senaman, kuat senam, gaya hidup sihat, orang gemuk


Minggu lepas pergi Kl Sentral jumpa brader Meor tengah busking, dia kata 'eh..badan dah berisi sikit'

Keluar gambar kat whatsapp group, member komen 'perut cover sikit'

Wanita kegemaran aku ketawa bila orang kata aku gemuk, dia kata padan muka aku. Hakikatnya, aku sangat menghargai bila orang pandang aku atas bawah seraya meriwayatkan "eh kau dah gemuk". Ini adalah respon yang aku suka. Ini bukan sarkastik, ini bukan cobaan, ini adalah betul-betul. 

Aku seorang yang suka bersenam, seronok, tak payahlah aku cerita faedah bersenam bagai tapi cukuplah kita sedar yang bersenam ni peranannya besar pada rohani dan jasmani,kalau bukan sekarang mungkin pada hari tua. Tapi, bersenam saja-saja sebenarnya bosan juga, terutamanya bersenam yang rutin.

Untuk mendapatkan thrill dan daya adrenalin yang kuat untuk bersenam, perlunya merasa diri gemuk. Permainan psikologi begini perlu untuk menambah kualiti senaman dan menjana motivasi luar sedar. Macam ada bahaya yang sedang mengejar di belakang, larian pun tanpa disedari menjadi kencang. Maksudnya, ada cabaran yang kita sandarkan dan matlamat yang kita nampak di hadapan. Sebab tu aku terima dengan baik bila orang kata aku gemuk, terasa nak bersenam dibuatnya.

Sama macam belajar, orang yang merasa diri bodoh dan perlu memerah keringat untuk belajar lebih cenderung untuk mendapat natijah dari isi pembelajaran, berbanding yang sudah merasa pandai dan serba tahu mereka lebih cenderung untuk bersikap kurang ajar dan kemudian tidak berkembang kepada apa-apa.

2 comments:

Extravagant Anticipations

Wednesday, May 25, 2016 Fendi Rocka 1 Comments


Do not enter where too much is anticipated. It is the misfortune of the over-celebrated that they cannot measure up to excessive expectations. The actual can never attain the imagined: for to think perfection is easy, but to embody it is most difficult. The imagination weds the wish, and together they always conjure up more than reality can furnish. For however great may be a person’s virtues, the will never measure up to what was imagined. When people see themselves cheated in their extravagant anticipations, they turn more quickly to disparagement than to praise. Hope is a great falsifier of the truth; the the intelligence put her right by seeing to it that the fruit is superior to its appetite. You will make a better exit when the actual transcends the imagined, and is more than was expected. – Baltasar Gracian

Kebiasaannya pada pagi isnin, sampai sahaja di pejabat, sambil mata menatap komputer, kami (lelaki kacak duduk bersebelahan) akan berbual / update berkenaan perlawanan-perlawanan bola sepak yang berlaku hujung minggu, terutamanya liga inggeris. Namun, memandangkan liga inggeris telah pun tamat bagi musim 2015-2016 (dimenangi oleh Leicester City), agak terkejut jugak dengan soalan yang keluar dari tekak kawan sepejabat yang selalu bersembang pasal bola sepak inggeris. Di luar jangkaan.


"Semalam Clever Girl siapa menang?"


Aku tak pernah tengok program celever girl ni, terserempak pernahlah, tapi kebetulan tahu jawapannya, sebab dari malam sebelum lagi keputusannya dah bersusun kat mukabuku. Fatin menang.


"Haha, kau ingat aku ada masa ke nak tengok cerita tu", aku jawab tanpa memberitahu siapa pemenangnya supaya tak nampak macam berpengetahuan tinggi.


Hakikatnya memang aku tak tengok pun program tersebut,  punyalah beriye nak tunjuk perempuan ni pandai, sampai dibuatnya satu program bernama Clever Girl (tak menafikan perempuan memang pandai). Haha sebenarnya aku sendiri pun bukan pandai, kalau aku dapat masuk program clever boy ke clever man mesti kena kecam orang cakap harapkan rupa jer kacak dan tampan tapi tak clever pun ( sebenarnya aku ok je kalau orang cakap camtu)

Aku fikir, berat jugak aku makhota clever girl nak letak atas kepala,expectation orang dah lain. Kena clever-clever lah bawak diri lepas ni. Sama macam Leicester City, bila dah namanya pun champion, penyokong mesti dah naik tocang, dah takkan berpuashati kalau sekadar biasa-biasa.

Macam aku kat ofis, aku ada lah buat kelakar yang mengena 3-4 kali, biasalah kan semua orang ada buat kelakar, yang paling last sekali aku buat kelakar pakai email, yang pakai email ni dua kali berturut dorang laughing out loud dalam erti kata yang sebenar. 

Lepas dari situ, apa yang berlaku, setiap kali aku nak buku mulut, dorang akan pandang aku macam aku nak keluarkan benda kelakar dari mulut, bila ada emel yang perlu dibalas pun dorang akan bagitahu aku, supaya aku akan balas dan dorang nak baca. 

Sudahnya, aku jadi malas nak try hard, just because aku taknak live up to their expectation.

Bahaya bila expectation dah set, apa-apa yang tidak menepati apa yang diimiginasi akan dianggap seperti palsu dan akhirnya membawa kepada kekecewaan. Kekecewaan is bad. Tak seronok lah berenang in a sea of other people’s expectations, rasa tak aman dan melemaskan. 

Expectation can kills.When you stop expecting people to be something you imagine, you can like them for who they are, setuju tak dengan quote ni?





1 comments:

Hero Masyarakat -KTM Guy

Tuesday, May 24, 2016 Fendi Rocka 1 Comments


1 comments:

Puisi: Tenang-tenang

Monday, May 23, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Tenang-tenang


mengayuhku mengharungi
bait-bait ceritera
tulisan takdirmu
tenang-tenang

menelusuri
sungai pengharapan
menuju ke mana arah
cetek dan dalam
keruh dan jernih
bergelumang sentosa
tenang-tenang

luka-luka hiris
lopak-lopak kenangan
dipijak dunia tiada kasihan
jatuh tumbang hiba tangis
kobar hidup tiada habis
tenang-tenang

jika cinta berlaku
pasti tawar resahku
seperti gelita disinari.

Tenang-tenang.

22/5/2016


3 comments:

Simple

Sunday, May 22, 2016 Fendi Rocka 1 Comments

Ada orang kata aku makin gemuk(terutamanya perut), sebilangan kata aku kurus perlu tambah makan.

Aku senang je.Bila lapar aku rasa kurus, bila kenyang rasa gemuk lah pulak.

Rasa bodoh, pergi baca, bertanya dan belajar.

Those who have simple thought tend to find happiness easily.

1 comments:

Photo of The Day : Pelan Jangka Pendek

Wednesday, May 18, 2016 Fendi Rocka 0 Comments


0 comments:

Guru Pembakar Diri

Monday, May 16, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Sejak dulu lagi masyarakat amat memandang tinggi profesion seorang guru, sampai ada ayat klasik guru umpama lilin yang membakar diri. Selain dipandang tinggi, guru juga diletakkan pengharapan yang tinggi, koyak-koyak bahu guru nak memikul semuanya. 

Sehinggalah di tingkatan 4, aku sedar yang guru juga adalah insan biasa yang punya kehidupan sama macam kita, apabila masa lepak berdua dengan guru tiba-tiba dia dengan sayu nyanyi lagu sejarah mungkin berulang, kemudian minta izin nak pergi hisap rokok kat belakang bangunan.

Selamat Hari Guru. We Love You.

2 comments:

PBAKL 2016 di MAEPS

Sunday, May 15, 2016 Fendi Rocka 5 Comments



Tak sempat pergi.

5 comments:

Promosi Hebat

Friday, May 13, 2016 Fendi Rocka 5 Comments




Tak dinafikan kecenderungan atau cara fikir lelaki dan perempuan berbeza.

Beberapa kali aku bergelut untuk memahami logik orang perempuan, salah satu yang aku aku terpaksa lawan adalah bila nak beli baju misalnya.

Kalau beli 2 helai harganya Rm 100. Beli 3 harganya 135. 

Orang perempuan akan nampak lebih untung beli 3 sebab dapat jimat RM15.

Orang lelaki nampak dia dah rugi RM35 sebab dia datang nak beli 2 baju, buat apa nak tambah RM35 untuk dapat jimat RM15 yang tak perlu.

Cuma kalau aku rasa nak beli 3 baju dan tawaran harganya menarik, beli lah jugak kan, tapi sebenarnya kena berhati-hati dengan tawaran gaya gitu. 

Aku pernah jumpa kedai bagi diskaun 20% untuk seluar berharga RM100, jadi lah RM80 selepas diskaun. Tapi aku tak terus beli sebab dah rancang akan datang lagi minggu depannya, lagipun aku kan seorang Fendi yang inesen (saja tulis).

Minggu depannya dia buat promosi diskaun 50%, giler gempak, memang tertarik habis lah, nasib tak beli awal-awal, lepas tu aku tanyalah berapa harga selepas diskaun. Dia jawab RM80.

Aik? Dalam hati aku buat kira-kira menggunakan ilmu matematik moden yang aku belajar dulu, lepas tak jumpa jalan penyelesaian aku cuba pulak guna ilmu matematik tambahan dan kemudian ilmu ekonomi asas, masih juga tak dapat jawab kenapa bila diskaun 20% harga jadi RM80 , bila diskaun 50% pun harga jadi RM80? 

Rupa-rupanya harga asal dah jadi RM160. Itulah rahsianya. Dalam masa seminggu harga seluar dah naik mendadak, lagi untung orang buat pelaburan seluar daripada buat pelaburan emas.

5 comments:

Salam Hormat

Thursday, May 12, 2016 Fendi Rocka 5 Comments

Terima kasih pada yang melawat nota aku di sini, terima kasih lagi kerana memberi input menerusi komen-komen yang menambah atau menolak apa yang aku conteng (great minds can agree to disagree without becoming unkind). Bagi yang dah biasa dengan aku, mesti dah maklum yang aku jarang balas komen di blog, sebab pada aku tak semua hal kena balas, ada yang perlu simpan dalam-dalam dan hadam diam-diam. (lagipun aku rasa kotak komen aku ni tak mesra dan responsif macam facebook)

At the end of the day yang perlu korang tahu, tiada komen yang terlepas dari aku, semuanya aku baca dan kenang.  Termasuklah komen berbentuk iklan tudung dan komen spam dari PAK SLEMET seperti di bawah.

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

5 comments:

Bacaan Lewat Malam - Jangan Nangis

Wednesday, May 11, 2016 Fendi Rocka 3 Comments

Buku the Magic Strings of Frankie Presto (Mitch Albom). Bab 8



Setelah setahun baru Frankie diberikan instrumen. "First you ears, then your hands"

Diajar pula tentang chords, scales dan sebagainya (banyak terma muzik yang bukan makanan aku). El Maestro pantang kalau kuku jari tangan tidak dipotong, kerana kuku yang panjang menghalang merasakan muzik yang dimain di jari, terutamanya gitar. Disuruhnya potong.

"Dengan itu baru dapat rasakan kesakitan di setiap nota-nota muzik"

Frankie hanya bersetuju dan bersetuju. Dia sendiri amat gila dengan muzik dan pelajaran muzik. Sudah berbulan-bulan dia berlatih bermain gitar, walaupun dia mahu memainkan lagu sebagaimana gurunya, tapi setakat ini hanya latihan sahaja yang diberikan.

"Jari saya sakit, Maestro" adu Frankie.

"Music adalah menyakitkan" jawab Maestro.

Frankie tidak mahu memberitahu Maestro bahawa ada masanya jarinya akan berdarah ketika berlatih dengan tali-tali gitar tersebut, bukan kepalang keghairahan yang ada, sehingga Frank terpaksa lap darah dengan bajunya.

Apabila El Maestro sendiri bertanya, Frankie mengakuinya dengan suara bergetar (mungkin cuba disembunyikan tapi tak dapat kerana seorang maestro muzik pastinya peka dengan sebarang getaran bunyi).

" Do not cry over losing blood. Nor for something you love" kata Maestro.

Lupa aku nak katakan, Maestro adalah seorang yang buta dan tidak tahu Frankie baru berumur 6 tahun. 

3 comments:

Bacaan Lewat Malam - Perlumbaan

Tuesday, May 10, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


 Buku the Magic Strings of Frankie Presto (Mitch Albom). Bab 7.

Talent is a piece of God’s shadow. And under that shadow, human stories intersect” – page57

Baffa membawa anak kecil bernama Frankie untuk belajar muzik dengan seorang pemuzik tempatan yang masyur (dan juga pemabuk). Setelah gagal mendaftar di sekolah muzik atas alasan Frankie terlalu muda, El Maestro (nama samaran pemuzik masyur tersebut) adalah harapan terakhir Baffa untuk mengejutkan bakat dalam tubuh Frankie.

Buat sekian lama, apa yang El Maestro lakukan dalam kelasnya adalah : Bermain muzik. Frankie akan duduk di kerusi, melihat dan menghayati gurunya El Maestro bermain muzik. Hingga cukup masa, diucapnya selamat tinggal. Itu saja berkali-kali.

Tiada gitar. Tiada sheet music, tiada asignment. Nehi.

Sampai suatu masa, Baffa bertanyakan kepada El kenapa tiada instrumen untuk Frankie. Tidak dijawab, malah El Maestro menukar perbualan. 2 minggu selepas itu, mengenangkan yuran tetap dibayar, Baffa tanyakan lagi persoalannya. Kali ini berjawapan.

"Tak boleh menulis kalau tak membaca"

"Tak boleh makan kalau tak kunyah"

"Dan, tak boleh main muzik, kalau tidak mendengarnya dengan betul dahulu"

Tamat bab 7, memberi perspektif kepada aku tentang pentingnya proses dan tertib. Hidup bukan satu perlumbaan yang harus segera ke garisan penamat.

2 comments:

Reviu 'About The Author - John Colapinto '

Monday, May 09, 2016 Fendi Rocka 5 Comments


Reviu 'About The Author - John Colapinto '

About The Author - John Colapinto

(Post ni aku tulis 5 tahun lepas di sebuah blog yang lain)

Just how did Cal Cunningham -- a twenty-five-year-old bookstore stockboy who is new to Manhattan and who has never written anything -- publish a bestselling novel that sells to the movies for a million dollars?

1. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada MACMILAN English Dictionary kerana membantu aku membaca dengan lebih kefahaman lagi, buku ni memang kemain banyak perkataan yang aku tak kenal, setiap page mesti nak kena semak kamus, kadang setiap perenggan. Ayayai. Pengalaman membaca buku ni macam aku mengulangkaji untuk peperiksaan, penat tapi menyeronokkan sebab dapat berkenalan dengan perkataan-perkaatan baru yang 

2. About the author karya John Colapinto merupakan sebuah karya yang unggul bagi aku. Keindahan kata yang digunakan John agak berlainan namun menjadikan ceritanya lebih berkesan dan mendebarkan. Satu-satunya buka John Calapinto yang aku baca. Selepas buku ini tak ada lagi dah aku jumpa buku dia kat kedai buku, bahkan buku ni pun aku tak jumpa kat kedai sekarang.

3. Walaupun buku ini dikatakan bergenre thriller, ianya lebih banyak bermain dengan aksi dalaman melalui emosi dan pemikiran watak berbanding fizikal. Janganlah kau bayangkan pertumpahan darah atau aksi kejar-mengejar di atas jambatan.

4. Menceritakan tentang seorang lelaki bernama Cal yang punya cita-cita tinggi untuk menjadi penulis laku keras (best seller),namun impian seringkali tertangguh kerana belum dapat menghasilkan karyanya yang betul-betul masterpiece. Sementara nak mencapai karya agung tu dia tinggal di flat secara ala kadar bersama Stewart.

5. Sehinggalah di suatu hari, rakan serumahnya bernama Stewart itu menunjukkan sebuah karya yang ditulisnya kepada Cal. Stewart meminta Cal untuk memberikan pendapat tentang karya penulisannya sebelum dihantar kepada penerbit. Stewart ni pun masih amatur, yakni tidak yakin pada karyanya sendiri.

6. Lepas baca sikit penulisan rakan serumahnya, Cal memang tak ragu-ragu lagi..Cal terkesima dengan karya Stewart, betul-betul Masterpiece. Di negara orang putih, sebuah buku yang bestseller sudah cukup untuk menjadikan penulisnya terlajak kaya-raya dan tak perlu jual produk turun berat badan atau produk pemutih. Ini membuatkan Cal meramalkan masa depan Stewart sangat cerah, sedang dalamannya berperang dengan rasa cemburu.

7. Esoknya, Stewart terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mati di tempat kejadian. Zero. Wassalamu.

8. Di kesempatan itu, Cal mengambil draft karya masterpiece arwah (baik orangnya) yang dah siap, dia menghilangkan semua bukti-bukti yang mengatakan Stewart adalah penulis asal, lalu dia menghantar karya itu kepada penerbit dengan menggunakan nama dia. Opportunis.

9. Karya yang berjudul 'Almost Like Suicide' itu bukan saja dapat dijual dengan harga yang tinggi, tapi turut menarik perhatian penerbit filem. Sejak dari situ, hidup Cal berubah jadi senang lenang. 

10. Tapi..tapi..disangka hujan sampai ke petang,rupanya taufan pulak datang. Rupa-rupanya,sebelum Stewart kemalangan dia sempat hantar karya masterpiece tu kepada seorang perempuan misteri bernama Janet. Kiranya Janet ni ada bukti yang Cal bukan penulis asal tapi mencuri karya Stewart.

Bertitik tolak dari situ, Cal pun mencarilah perempuan bernama Janet dan apa hubungan dia dengan arwah Stewart. Pengolahan cerita sedikit perlahan namun mendebarkan..berbaloi-baloi. Lebih mendebarkan lagi apabila Cal jatuh cinta dengan Janet.

5 comments:

Ada Apa Dengan Cinta 2

Sunday, May 08, 2016 Fendi Rocka 6 Comments


Ada Apa Dengan Cinta 2

 Ada Apa Dengan Cinta 2

Filem ini mudah saja kira-kiranya, perjalanan meneroka cinta lama yang terkandas. Yang menarik adalah pada jalan kira atau penceritaannya. 

Menyingkap kembali hubungan Rangga dan Cinta yang terpisahkan (berantakan) antara New York dan Jakarta, sebab dan alasannya tidak dapat tidak terpaksa juga anda menonton sendiri. Setiap kebingungan sejak sekian lama harap dikunyah dan dihadam perlahan.


Apa kabar hari ini? Lihat tanda tanya itu,jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi.

Ada Apa Dengan Cinta 2, filem susulan menampilkan sisi matang Rangga dan Cinta, pertama sekali dapat dilihat pada bicaranya. Pasangan sejoli ini lebih tenang-tenang aja gitu, sedia mendengar untuk memahami,  tidaklah seperti dulu asyik saja nak tersinggung di sana sini.

Dihiasi dengan keindahan seni dan budaya, sebagaimana ditonjolkan oleh dua watak perdana Rangga dan Cinta yang masing-masing mempunyai perjuangan seni dalam profesion, maka, tiada yang lebih tepat menemukan mereka selain dilatar kota budaya Yogyakarta.

Yang paling penting, puisi. Tidak mengecewakan apabila filem ini masih mengangkat puisi sebagai elemen utama dalam bercerita. Suka bangat (sangat) aku dengan puisi tentang New York tu.


Tidak Ada New York Hari Ini

Tidak ada New York hari ini.
Tidak ada New York kemarin.
Aku sendiri dan tidak berada di sini.
Semua orang adalah orang lain.

Bahasa ibu adalah kamar tidurku.
Kupeluk tubuh sendiri.
Dan cinta-kau tak ingin aku
mematikan mata lampu.
Jendela terbuka
dan masa lampau memasukiku sebagai angin.
Meriang. Meriang. Aku meriang.
Kau yang panas di kening. Kau yang dingin di kenang.

Kekuatan filem ini aku rasa terletak hampir penuh pada keserasian (chemistry) Rangga dan Cinta. Lontaran dialog tubuh dan tutur mereka mengikat penonton untuk terusan dibuai untuk menanti langkah-langkah mereka seterusnya. Mantap dari kedua-duanya, sangat ikonis dan menghiburkan. Mungkin sebab ini lah aku berani mengaku aku suka filem ni.

 Ada Apa Dengan Cinta 2


Secara pribadi, Rangga adalah fenomena kerana dia adalah satu sosok yang jujur kelihatan, tuturnya juga jujur, apatah lagi puisinya juga kedengaran jujur (dan enak). Rangga bertindaklaku seperti seorang pengembara yang hidupnya tidak selalunya selesa tapi senang dengan adventure. Boleh saja filem ini dijudulkan sebagai ' Ada Apa Dengan Rangga' kerana dia jelas lebih tampak hidup dari yang lain-lain. 

Cinta pula, hmm lebih cantik parasnya bila sudah melepasi fasa remaja. Kalau dulu comot sikit kan masih sekolah, sekarang dah bersolek nampaklah ayu dan metropolitan gitu, kena dengan usia.

Kurang sedikit pada runut bunyi filem kali ini, yakni tidak sefenomena dulu iye dak? Tapi dari segi kualiti persembahan visualnya nyata lebih baik. Seakan menonton sebuah video klip, boleh terbuai dari satu potong babak ke babak lain, cukup lancar dan boleh dinikmati. Kadang terlalu 'indah' seperti tempelan atau iklan, di mana tidak memberi makna tapi sekadar mahu mencantikkan suasana. 

Sudahnya, tidak kira Rangga atau Cinta, mahupun kita sendiri, harus berdamai dengan masa lalu (tidak bermaksud perlu cari kekasih lama dan ajak berpacaran semula), kerana kalau masih tergantung hidup antara masa lalu mu dan masa sekarang, takut nanti hidupmu separuh-separuh, tak puas macam berak tak lawas.

6 comments:

Pilihan Raya Sedang Berlangsung

Friday, May 06, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


Pilihan Raya Sedang Berlangsung


Nick Vujicic ada habaq kat kita "Often people ask how I manage to be happy despite having no arms and no legs. The quick answer is that I have a choice. I can be angry about not having limbs, or I can be thankful that I have a purpose. I chose gratitude"

Yalah, nak gembira pun satu pilihan, stress dan kesakitan tu tetap akan ada sini sana, pilihan kita untuk respon dan reaksi bagaimana. Setuju, ada harinya semua serba tak kena dan pilihan agak terhad dan menyukarkan. Be miserable. Or motivate yourself. Whatever has to be done, it's always your choice.

Pilihan yang terlalu banyak jugak boleh menyebabkan kebarangkalian tersilap pilih bertambah besar. Umpamanya ada kawasan parking yang banyak, dalam diri berperang nak pilih mana yang terbaik, hingga menyebabkan was-was dan rasa tidak senang tak kira mana pun yang dipilih.There's always something to suggest that you'll never be who you wanted to be. Your choice is to take it or keep on moving.



Peti undi sentiasa terbuka untuk semua yang layak.

2 comments:

Kritis

Wednesday, May 04, 2016 Fendi Rocka 2 Comments

Depa dok kata kalau nak jimat letrik, bila dah abis pakai barang letrik tu sila cabut dengan plugnya sekali sebab kalau off suis saja elektrik masih mengalir.

Semalam sebelum tido aku pasang plug nak cas henfon, tapi boleh pulak terlupa nak on suis, takde pun bangun pagi bateri naik 0.1%? Kata elektrik masih mengalir walau off suis?

Huraikan (10 Markah)

2 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki