Auto Feed Blog

Tikus Tak Comel

Thursday, June 30, 2016 Fendi Rocka 3 Comments


Tikus Tak Comel


1.Sejak declare war dengan tikus kat rumah ni, dah 2 ekor berjaya kami tumpaskan dengan bantuan perangkap tikus yang dibeli di MR D.I Y.

2. Aku cukup hairan bagaimana media mampu mengambarkan tikus (atau sejenis dengannya) sebagai comel dan loveable. Tengok saja Mickey Mouse dan Stuart Little (dan banyak lagi kartun yang berwatak tikus), bukan main menggeletek hati bila kita tengok di televisyen, tapi tikus yang aku tangkap ni mendidihkan hati.

3. Kos kemusnahan yang disebabkan oleh serangan tikus ni aku anggarkan tak banyak, cuma yang dibimbangkan adalah kebersihan dan kesihatan. Tak lupa juga keharmonian jiwa raga.

4. Aku sungguh tak boleh hadam bila perempuan kegemaran aku larang aku sebut 'tikus' dalam rumah, katanya itu merupakan punca tikus datang ke rumah. Petua tu memang lama dah aku dengar, orang siap bagi gelaran lagi, paling popular Cik Ti.  Nonsense lah, aku sebut Elizabeth Tan banyak kali takde pulak Elizabeth Tan datang rumah.

5. Maafkan aku tikus, amaran dan notis telah diberi, terlalu banyak keroskan dalaman telah kau lakukan, tiada jalan lain melainkan perang ini harus diteruskan. Tempur.

3 comments:

Bukan Perkara Rahsia

Sunday, June 26, 2016 Fendi Rocka 0 Comments


Suratan dan kitaran hidup ni bukan perkara yang kita boleh putuskan. tidak secara hak kuasa perseorangan, titah raja-raja, tidak juga melalui referendum.

Sebagaimana malam-siang, makan-berak, minum-kencing, kita juga dihadapkan dengan suratan atau kitaran 'kejam', contoh bila masa yang telah ditetapkan kita akan melihat mak ayah kita menjadi tua dan meninggalkan kita, atau jika kita ada anak, kita akan melihat anak-anak menjadi dewasa dan meninggalkan kita untuk hidup mereka sendiri.

Kita pastinya tidak dapat mengelak daripada merasa seakan dikejami, meskipun kita sedar yang perkara itu sebenarnya antara perkara paling semulajadi dalam dunia, telah terjadi sejak zaman-berzaman. 

Terima. Mak-ayah yang melihat dan melepaskan anaknya hidup sendiri, tentunya merasa bangga akan anaknya. Juga anaknya yang kehilangan ibu-ayah, pasti merasa beruntung pernah mempunyai mereka pada suatu masa. Dan masa terus berlalu menjadi kenangan abadi. 

Sama seperti malam dan siang, makan-berak, minum dan kencing, sekiranya ditahan tetap juga akan terjadi seadanya, macam yang aku petik tadi, the most natural things in the world.

Tapi bila ianya akhirnya berlaku pada kita, tetap juga kita rasa /react seperti dianayai. Emosi manusia memang bukan seperti air yang mengikut apa sahaja yang membentung. Seperti kita melihat depan mata seekor harimau mengokak seekor rusa, pasti timbul sedikit rasa sedih si rusa diperlakukan sedemikian rupa. Itulah suratannya, takkan harimau nak call 1-300-888-333 Domino Pizza order Beef Pepperoni extra cheese pulak. Harimau mana ada telefon bimbit.

"Hi Domino, saya Mr Harimau nak order Pizza Pepperoni dengan Vege Spicy, because membaham rusa is too mainstream"

(ianya lebih kejam jika kita dengan hati dan niat yang baik, mengurung si harimau di dalam sangkar dan memberi beliau makan Frieskis.)

0 comments:

Keratan Dunia Hari Ini

Saturday, June 18, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


2 comments:

Dari Mana Datangnya Rasa Haus?

Wednesday, June 15, 2016 Fendi Rocka 7 Comments

air bazaar


 Dari Mana Datangnya Rasa Haus?


Dalam aktiviti harian kita, seperti bekerja, bersenam, kincin, atau bernafas pun kita akan kehilangan air. Air yang dah dikumbahkan tersebut harus diganti supaya peratusan air yang diperlukan dalam badan kita kekal harmoni. Yang kurang murni berlaku bila air yang telah hilang tidak diganti dengan yang baru. Yang kejadian ketidakcukupan air dalam badan tu lah yang menghasilkan laporan ke kepalaotak yang kemudiannya menghantar signal tu ke mulut dan tekak...itulah yang dinamakan kehausan.

Nampak macam benda main-main, tapi sebenarnya rasa haus ni adalah keperluan asas untuk manusia meneruskan kemandirian spesis. Cuba bayangkan jika manusia dihilangkan deria haus, mesti kita tak minum air pun, kalau minum pun sebulan sekali sampai tak sedar dalam badan dah ketandusan air. Umpama kita cabut meter minyak kat kereta lah, tiba-tiba kereta terhenti tengah highway sebab tak perasan minyak habis.

Jadi, rasa haus ni macam satu rahmat yang perlu disyukuri dan diraikan. Haaaaausssss! Haaauaaaasss!

air bazaar

7 comments:

Keterlupaan Yang Harus Diingati

Tuesday, June 14, 2016 Fendi Rocka 0 Comments


Mempunyai seorang pasangan yang pelupa merupakan satu perkara yang boleh dilihat dari dua sudut pandangan.

Pertama,sebagai rahmat bila mana dia akan mudah melupakan kesilapan dan kebodohan anda.

Kedua, juga boleh dilihat sebagai sesuatu yang memenatkan bila mana pasangan anda sering terlupa temujanji,terlupa barang, terlupa apa yang anda pernah cakap/beritahu/cerita/cakap lagi, beritahu lagi/cerita lagi.

Sebagai seorang yang sendiri tidak mempunyai ingatan yang jitu, aku takdelah melatah macam ikan patin masak stim bila dalam keadaan tenang dan tuma'ninah tiba-tiba beliau teringat benda-benda penting yang perlu diselesaikan, atau nak pergi sana sini, aku dah lah tak gemar kelam-kabut macam siput sedut masak lemak.

Kalau bidang tertinggal barang meskipun kami sama-sama mahir, tapi dari segi kekerapan aku rasa aku kalah. Acap kali bila dah masuk kereta beliau akan tertinggal spek mata beliau, lagi mercik macam ayam percik madu cicah sos bila dah dalam perjalanan, terpaksa berpatah balik. Spek mata tu contoh je, tak kira sekali telefon bimbit, kasut atau beg. 

Dan baru-baru ni ada satu kejadian yang telah sahkan perkara ni, kalau aku dikatakan ada degree dalam hal tertinggal-tertinggal ni, beliau patut dinobatkan dengan PHD /kedoktoran.

Dalam pukul 6:30 pagi aku tenang-tenang  atas katil. Dia pulak kelam kelibut bersiap. Melihatkan aku relaks dia pun tanya aku tak pergi kerja ke pada hari tu. Aku dengan relaks juga bagitahu dia yang aku cuti pada hari tersebut. 

Bila dah siap lawa, cantik dan anggun sepertimana seorang profesional yang bila-bila masa sahaja bersedia membentangkan idea-idea bijak kepada CEO COO CFO, dia pun tanya aku "Kenapa amik cuti hari ni? Saja je la? Tak bagitahu pun cuti"

Soalan-soalan ni mungkin ditanya kerana sudah timbul satu perasaan yang disebut sebagai 'cemburu' , dalam konteks ini cemburu melihat aku kesedapan di atas katil sambil memeluk bantal dan tablet di tangan. "Memang cuti hari ni" aku jawab ringkas dalam keadaan masih lagi relaks, walaupun aku mulai sedar apa yang sedang berlaku.

"Kenapa pulak cuti...eh hari ni hari isnin kan" katanya ragu-ragu, aku tak terus menjawab tapi senyuman seperti seorang juara aku mengaktifkan cas common sense yang menyelinap perlahan ke dalam dirinya. Dia tanya lagi dan akhirnya rebah di atas katil bila jawapan itu datang sendiri.

Dalam banyak-banyak tertinggal, tertinggal hari Ahad ni lah yang paling segar dalam ingatan.




0 comments:

Keep It Up

Tuesday, June 14, 2016 Fendi Rocka 2 Comments


2 comments:

Teknik Peniaga Yang Tidak Diingini

Thursday, June 09, 2016 Fendi Rocka 4 Comments


Peniaga: Mai beli mai beli....mai beli mai beli...
Pelanggan: Berapa harga ni?
Peniaga: Murah-murah saja..murah-murah saja. Bukan 100 ringgit, bukan 90 ringgit...
Pelanggan: berapa ringgit?
Peniaga: Bukan 80 ringgit..
Pelanggan: ...
Peniaga: Untuk abang, saya bagi promosi, bukan 70 ringgit, bukan 50 ringgit!
Pelanggan:Abis tu
Peniaga:45 ringgit sajaa...
Pelanggan: Saya nal beli lah!
Peniaga: Baik, berapa nak bang?
Pelanggan: Bukan 10, bukan 9!
Peniaga: Berapa nak?
Pelanggan: Bukan 9, bukan 8
Peniaga: ......
Pelanggan: Bukan 8, bukan 7.
Peniaga: berapa
Pelanggan: bukan 7, bukan 9
Peniaga: hmmm
Pelanggan:tapi...
Peniaga:hmmm.
Pelanggan: mungkin lain kalilah saya beli. terima kasih
Peniaga:hmmm


4 comments:

Keyword Search Notapurba.com This Week

Thursday, June 09, 2016 Fendi Rocka 0 Comments


0 comments:

Sebesar Rumah Bermula Dengan Sekecil Bata

Monday, June 06, 2016 Fendi Rocka 4 Comments

Kata-kata penghargaan amat bermakna kepada orang yang telah berkerja dan berhempas sehabisnya.

Kata-kata yang murni pulak mungkin sangat diperlukan oleh mereka yang sedang berada dalam zon sedih.

Bagi yang sedang tertunduk putus asa, kata-kata semangat mungkin pemangkin kejayaannya yang tertangguh.

Walaupun kata-kata selalu dibayangkan setajam mata pedang, ianya bukan menyakitkan dan menikam sahaja. Lakukan sekecil-kecil kebaikan, mungkin kebaikan yang kecil itu lah yang paling menerobos.

Seperti lilin-lilin memberi makna kepada kek harijadi, jika sekadar kek tanpa lilin mungkin hanya biasa saja.

 Dan baru-baru ni aku pernah order roti canai bawang, selalu aku makan roti canai biasa je, bila aku makan roti canai bawang tersebut terus persepsi aku terhadap roti canai berubah, padahal bawang je yang ditambah tapi selera makan roti canai aku mengaum. Nampak tak, bawang yang dihiris kecik-kecik pun memainkan peranan (lihat gambar).


4 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki