Auto Feed Blog

Moga Tidak Kalah

Tuesday, March 21, 2017 Fendi Rocka 4 Comments


Moga Tidak Kalah

Di sebalik perkhabaran membanggakan adik aku mendapat semua A dalam peperiksaan, mak aku masih menanti laporan dari pemeriksaan doktor berkenaan sakit beliau. Serta wanita kegemaran aku, sudah meletak jawatan sebagai seorang pekerja untuk mengejar bayang-bayang impiannya.

Adik aku tidak nampak pandainya, mungkin kerana dia jenis merendah diri, mungkin jugak aku tak cukup menguji untuk tahu beliau pandai ke tidak. Dulu aku pernah juga mengajar dia sebelum peperiksaan, masa sekolah rendahlah tapinya, tapi ternyata beliau kini lebih pandai daripada aku, sekurang-kurangnya dalam subjek Matematik Tambahan, Matematik dan Perakaunan. Sebagaimana ikhlasnya seorang guru, mengajar supaya pelajarnya menjadi lebih pandai darinya, aku bangga adik aku lebih pandai. 

Setelah mengadu sakit untuk beberapa bulan, mak aku dimasukkan ke wad. Setelah pemeriksaan awal dijalankan, doktor seakan mahu mengesahkan (secara tidak rasmi) jenis sakit mak aku, dari nada dan tutur, sakit bukan main-main. Seterusnya, kami mendapatkan lagi pemeriksaan di hospital yang pakar, setelah mengalami debaran emosi dan fizikal, hasil diagnosis akan diketahui tidak lama lagi. Sambil itu, beliau turut mendapatkan rawatan alternatif yang punyai kredibiliti begitu baik di kalangan orang kita, yang mengesahkan sakit yang dialami ada berkait dengan jin. Ah sudah.

Demi mengejar dan melaksanakan impian, ada pengorbanan yang dipertaruh di perjalanan yang samsara. Wanita kegemaran ialah seorang yang berani dan aku bukan sebongkah batu yang menghalang. Pemberani harus mara, tanpa membiarkan langkahnya keliru di gelanggang bukan permainan. Punch it or go home.

Tetap. 
Biar berapa E atau A pun yang adik aku ada, tetap beliau adik aku yang membanggakan. Meski apa jenis keputusan pun untuk mak aku, masih beliau mak aku tanpa seinci beza dalam hati kami. Walau sekeras mana impian membawa beliau, moga tidak kalah.





Cuma yang aku kurang pasti, mana lebih jahat, jin atau kanser?

You Might Also Like

4 comments:

cinta said...

Jin n kanser 2 x 5 jahatnya. Dorg geng.
Btw kau dikellilingi perempuan2 yg hebat. Aku ada kenal 2 org cancer survivor. Dua2 perempuan. Everything will b fine. Insya Allah.

Fendi Rocka said...

Amin

Semoga wanita kegemaran kamu berjaya capai impiannya.. tapi awal2 pun dia dah berjaya sebenarnya sebab ada penyokong dan pengizin yang setia seperti kamu.. :)

...

fira said...

semoga mak cepat sembuh ya

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki