Lumba

Hingga sampai satu ketika, aku nekad untuk berlumba. Ayie perlu aku tewaskan untuk mencapai objektif utama aku. Ketika pesat kami bersaing seiiringan, sehingga kedudukan ketika itu 4-5, dimana aku berada di kedudukan ke-4 dan Ayie ke-5, tiba-tiba 3 lagi peserta yang sedang mendahului jauh terkehadapan kelihatan sedang berhenti dan berpatah balik, dari jauh katanya tersalah jalan, terlepas simpang! Elok.

Aku dengan Ayie betul-betul berada di simpang yang betul, hanya perlu membelok dan terus mendahului kedudukan menjadi 1-2 antara aku dan Ayie. Ah, peluang keemasan. Aku pandang Ayie, dia tergelak geli hati melihat gelagat pesaing-pesaing lain tersalah jalan. Aku pun tak sampai hati untuk mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata itu, meski peluang ini sah dan tidak menyalahi mana-mana peraturan.Peluang itu kami biarkan terlepas pergi. 

Aku gelak bersenda dengan Ayie sambil menunggu peserta 1,2 dan 3 kembali mengambil kedudukan di hadapan kami untuk kami meneruskan kembali perlumbaan yang tergendala. Aku anggap ini sebagai 'gentleman code' yang kami turut secara luar sedar. Lagipun, marathon ni aku masuk free, hadiah pun aku bukan tahu mende, objektif peribadi aku hanyalah untuk menewaskan Ayie agar dapat suntik dendam untuk dia kalahkan aku di perlumbaan-perlumbaan akan datang. Siapalah Batman tanpa Joker.

Meski Ayie memulakan awal perlumbaan berada di hadapan aku, namun aku tidak membiarkan ia lama, aku  menambah urgency dan terus memotong Ayie. Memandangkan perlumbaan masih awal, aku tidak terus mengepam tenaga maksimum sehingga menyebabkan pada suatu masa yang kama aku dan Ayie seiringan atau bersebelahan. Kami sempat berbual dan membahan rakan-rakan yang yang berada di hadapan. 

Dalam diam aku menyedari Ayie begitu laju sehingga tercungap aku mahu menyainginya. Ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana kali terakhir aku berlumba dengan Ayie, begitu mudah aku mengula-gulakan dia. Menyedari hal ini, aku cuba untuk berbual dan berbasa-basi dengan Ayie, supaya dia tidak menyedari yang dia berada dalam momentum yang baik untuk menjarakkan diri dengan aku. Ternyata, Ayie termakan dengan taktik di luar sedar aku itu. 

Sehinggalah di pecutan yang terakhir, ketika itu aku dan Ayie berada di kedudukan 3-4. Aku nampaknya semakin struggle sedikit di hadapan Ayie untuk mengekalkan momentum dan jarak. Ayie masih bersungguh untuk memotong pada bila-bila masa sahaja. Tekak terasa begitu menghakis, aku sambut air mineral yang dihulur sukarelawan. Lepas 2-3 gogok dan menutup kembali botol. Tiba-tiba, botol air tu secara tak sengaja terjatuh dari aku.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment