Berlibur di Sunway Lagoon dan Hotel-hotel Sunway

Bercuti dan Berlibur di Sunway Lagoon


Bukan main excited budak-budak ofis aku bila bos cakap Family Day nak pergi Sunway Lagoon. Awal lagi dah beria-ria nak main Vuvuzela la, Rollercoster la, tido hotel la..ada pulak kata nak beli rumah kat Sunway, mende lah dorang ni takde kena mengena kut. Aku tak boleh nak tunjukkan keria-ngan sangat, aku mengaji berenang pun separuh jalan kan.

Dari dulu lagi aku memang suka kolam renang, duduk saja-saja atau duduk berendam main-main air, aku menganggap kolam ni macam life, kalau aku masuk mesti aku terkapai-kapai sebab tak tahu kedalamannya,nak jejak ke dasar kaki tak sampai, jika nak survive perlu bergantung pada apa yang aku ada,ketenangan, strength, stamina, knowledge, skills.


Aku pergi dengan wanita kegemaran aku dan adik beliau. Family day macam biasalah, kita ada joget-joget , kemudian ada sukaneka gitu. Lepas tu semua dibebaskan untuk bercucuk tanam bertaman tema.

Kawasan Sunway Lagoon ni memang luas, kalau ikutkan naluri kanak-kanak yang berombak di dada memang lepas je dari pintu masuk terus aku meluru ke dalam air. Tapi aku memilih untuk berperwatakan dewasa kacak  pada hari kejadian, aku buat lawatan terlebih dahulu dari satu tempat ke satu tempat. Kalau taknak serabut, sila ikut signboard atau baca phamplet yang dia bagi, tak payahlah pembaris sangat pakai Waze kat dalam tu.

Lepas simpan barang kat Locker, aku meninjau tempat mandi yang ala-ala di tepian pantai. Ini memang Sunway bikin suasana seolah-olah di pantai, pasir dia memang terhampar  halus macam kat pantai tu siap dengan ombak. Meriah pulak aku tengok pelancong asing main bola tampar pantai kat situ, sambil yang berjemur bawah sinar matahari pun tak kurang ramai. Siapa kata dalam bandar takde pantai kan, jangan-jangan kalau rezeki baik boleh jumpa ketam atau tapak sulaiman kat situ.


Luas yang amat, banyak kalori boleh bakar ni.

SUNWAY LAGOON WATER PARK

Memandangkan aku pun tak arif sangat selok-belok dalam Sunway Lagoon ni, aku pilih tempat yang macam layan je nak berendam-rendam terus aku masuk. Tempat yang aku pilih ni tempat yang rilek-rilek lah orang kata, aku pun taknak bukak sangat teknik-teknik renangan yang bukan-bukan, cukuplah berenang ala-ala kuda laut dah lah, kedalaman pun tak berapa dalam. kahkah.

Kalau nak thrill, pergi layan Surfing lah..situ macam ada surfing simulator, kalau kau rasa nak Baywatch sangat bolehlah meluncur di atas ombak pantai. Atau, main gelongsor air, Vuvuzela misalnya adalah tarikan utama yang melariskan jualan tiket. Kalau tak thrill jugak tak tahulah nak kata, mungkin wayar thrill belum cukup bergabung.

Bagi yang ada bawak kanak-kanak, memang kejang lutut lah nak melayan sebab macam-macam jenis playground ada, gelongsor-gelongsor mini yang biasa tu pun banyak, silap-silap dorang tak mau balik. Apapun, pastikan keselamatan diutamakan dengan mengawasi anak-anak di setiap masa.

SUNWAY LAGOON EXTREME PARK


Cari pasal


Kat sini ada ATV, Go-kart, archery dan yang paling ekstrim ialah Bungy Jump. Kau tahu tak Bungy Jump ni mende? Dia ikat kaki kau pakai tali pastu kau lompat dari ketinggian yang cukup untuk membuka pintu taubat anda. Kalau jiwa tak cukup kental, jangan lah nak buat hero hindustan nau, itulah nasihat aku pada diri sendiri.

Nasihat aku pada korang, kalau nak jump-jump ni, elok pakai baju elok-elok sebab masa kau terjun tu kan kelajuan dia too fast and too furious, kut yang baru lepas mandi terus main bungy jump.. naik je baju seluar terus hilang tak ke menzalimi diri sendiri.

Info :

Harga tiket bagi warganegara Malaysia adalah RM 120 untuk umur 13 tahun dan ke atas. 

Bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas hanyalah RM96. 

Belian tiket ini termasuk dengan semua jenis taman tema termasuk semua jenis permainan dan aktiviti di dalam Sunway Lagoon kecuali aktiviti seperti Bungy Jump, G force X dan Go Kart. 

Harga bagi warganegara Malaysia untuk Bungy Jump ialah RM 80 manakala warga asing ialah RM138. 

Tiket G Force X pula RM 32 untuk warganegara dan RM 64 untuk warga asing. 

Tiket Go-Kart RM 22 untuk satu tempat duduk dan RM27 bagi dua tempat duduk. 

Nak jimat boleh beli tiket kombo untuk aktiviti Bungy Jump dan G Force X yang bernilai RM101 untuk warganegara dan RM 160 untuk warga asing.

Lepas agak-agak dah puas berenang satu pusingan tu, aku pun bergerak ke bahagian amusement park pulak. Sebenarnya aku pun tak tahu aku pergi ke bahagian amusement park ke linkin park ke, yang aku tahu ada suara orang terlolong-lolong dari atas bukit nun di sana. Dalam hati aku ni mesti dorang naik benda-bukan lah ni.

Sampai je kat atas, suara lolongan pelbagai jantina makin kuat, rupa-rupanya kat sebelah aku ada benda mainan yang macam jam berpusing 360 darjah tu. Pirate apantah namanya. Benda-benda hiburan berat macam ni tak pernah aku buat, kiri kanan telinga aku dengar bisikan mengajak aku naik, tanpa aku sedari tiba-tiba aku dah bersusun dalam barisan untuk naik haiwan tunggangan tu.

Layankan je lah kan. Lagipun benda yang pusing-pusing gini elok jugak kalau nak keringkan baju ye tak. Untuk orang yang pertama kali macam aku, kira menguji jugaklah kerapuhan hati. Aku jerit jugaklah sikit-sikit, serba salah pulak kalau tak jerit langsung, kang brader yang jaga mesin tu kecik hati cemana.


Tomahawk


Yang game kedua ni aku ingat biasa-biasa je, aku cadang nak keringkan rambut pulaklah sebab konsep dia sama jugak pusing 360 darjah (kepala kat bawah kaki kat atas). Cuma bezanya tadi dia lock dada dengan peha, yang Tomahawk ni dia hanya lock dada dan lebih berdesup dari yang tadi. Maka, bila dia berpusing tu bontot terangkat dari kerusi, ada rasa macam nak tercampak sikit, nak buat apa pun tak boleh melainkan jerit je lah pastu mula lah berhalusinasi "benda ni memang patut macam ni ke, benda ni memang patut macam ni ke, bukan kena ketat lagi ke, bukan kena ketat lagi". 

Yang ni aku rasa dorang menjerit lagi tinggi pitchingnya. Aku suspek dorang naik menatang ni memang buat modal nak jerit lah, mungkin kat rumah atau kat ofis memang dah lama gatal tekak so sini memang tempat yang sesuai untuk lepaskan. Jangan tak tahu yang menjerit boleh membuatkan kita lebih sihat, lebih muda dan segar. Kau percayalah cakap aku ni.

Bagi yang berjiwa kucing, yang santai-santai mak enon pun ada jenis yang duduk dalam mangkuk pastu dia berhayun/ pusing-pusing kat atas, kira santai lah boleh sambil-sambil nak berborak tentang transformasi nasional 2050. Nak main tepuk amai-amai pun sempat. 

Dengar cerita ada rumah hantu kat Sunway Lagoon Scream Park, aku tak pastilah hantu apa yang bekerja siang-siang buta, yang ni aku skip la memandangkan perut pun dah lapar. Perut lapar kang aku pulak jadi hantunya makan orang.

Turun bawah balik ada pulak Wildlife Park, situ boleh tengok harimau, singa putih(entah produk apa dia pakai) atau cinta monyet. Aku sempat tengok ikan koi renang-renang tapi tak lama lah sebab macam sombong pulak ikan koi tu. Macam- macam kan. Memang tak cukup masa untuk pergi semua kawasan dalam satu hari. Kalau tidak boleh stay lama, pilihla park mana yang memenuhi kehendak dan minat korang. Kalau nak habiskan semua, memang kena bermalam kat hotel sebelah gamaknya.


Hensem tak?

Hotel-hotel Sunway







Kalau korang nak tau, terdapat 3 jenis Hotel Sunway iaitu Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel dan Sunway Resort Hotel dan Spa. Dahulu Sunway Clio Hotel dikenali sebagai Sunway Pyramid Hotel West. Hotel ini dihubungkan dengan bahagian selatan daripada pusat membeli belah Sunway Pyramid. Hotel 27 tingkat ini berkonsepkan nasyid kontemporari. Tiada halangan untuk melihat gadis-gadis pemandangan taman tema Sunway Lagoon dari bilik hotel. 
Kalau nak betul-betul depan Lagoon Theme Park, aku cadangkan kau menginap lah kat Sunway Resort Hotel dan Spa. Selain tu, dari hotel ini boleh access terus dengan kemudahan pusat membeli-belah iaitu Sunway Pyramid. Lepas tengok wayang boleh jalan kaki balik hotel. Dari segi kemudahan hotel ni boleh rujuk pada bintang la. Layanan daripada pihak hotel juga semestinya 5 bintang. Harga memang bergetar tulang rusuk, tapi okehlah takdelah sampai kena jual buah pingang. 
Di sini terdapat lebih kurang 439 jenis bilik yang terdiri daripada premier room, club room dan suites. Terdapat juga 17 villa yang disediakan oleh pihak hotel. Jadi korang boleh membuat pilihan mengikut pada budget korang okey! Kalau nak survey boleh layari web Traveloka dan sebagainya.

Pengalaman bercuti di Sunway Lagoon memang berbaloi dan menyeronokkan. Tak perlu nak cuti panjang,  sabtu dan ahad pun boleh singgah. Bagi yang di luar lembah klang pulak usah khuatir kerana seleksi hotel-hotel untuk penginapan pun super-duper awesome.  Jangan berlengah lagi untuk book sunway hotels on traveloka. Selamat bercuti semua. 





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. dah pergi sekali dulu. tapi rasa macam nak gi lagi. hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak nak pergi. Takut kejang lutut n kejang poket. Hee..

    ReplyDelete
  3. Paling menarik hatiku ini - bungy jumping! Huwaaa teringin laa nak try bungy jumping tu.

    Bytheway, Best laa Sunway Lagoon ni. Macam-macam ada. Nak pergi la lepas ni. Thanks for this awesome review abg ondi ^-^

    ReplyDelete
  4. terkekek-kekek aku baca bab berhalusinasi "benda ni memang patut macam ni ke..? bukan patut ketatkan lagi ke..?" hahahhahhaaa.. Sebab aku pernah naik menatang tu.. tobat nasuhah tak naik lagi dah..!! ampunnnnn.. :p

    nanti plan nak bawa anak-anak try la sunway lagoon ni.. bagi yang sulung tu abis UPSR dulu bulan 9 ni.. :)

    ...

    ReplyDelete