Auto Feed Blog

Maksud dan Pemahaman Disebalik PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG

Monday, May 01, 2017 Fendi Rocka 2 Comments

Disebalik PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG


Maksud dan Pemahaman Disebalik lagu PEJAMKAN MATA - MALIQUE feat DAYANG



Malique merupakan seorang pengkarya yang phenomena. Setiap karya meninggalkan sesuatu yang berbaloi untuk didalami dari aspek artistik mahupun komersil. Secara spesifik, Malique adalah seorang rappers, keunggulan Malique terserlah terutamanya pada senikata lagu-lagu beliau. Lagu Mantera Beradu dan Maafkan Kamu adalah masterpiece dan evergreen.

Pada awal kemunculan Malique bersama Joe Flizzow menerusi Too Phat juga sesuatu yang phenomenal. Cuma beza Malique dulu dan kini pada nuansa lagu dan liriknya yang sudah melayu dan sasteratik. Siapa sangka Malique yang dulu pekat pada lidah dan ranggi gaya hip hopnya seakan mat saleh, kini meneruskan perjuangan muziknya bertunjangkan kekuatan kata-kata, nada-madah, puitistik nan indah dalam bahasa ibunda, tanpa kekok malah seperti dilahirkan untuk berbuat demikian.

Lagu terbaru Malique bersama Dayang Nurfaizah tidak kurang mantap. Vokal Dayang anggun seperti biasa, cuma dari senikata lagu ini banyak yang boleh dibicarakan. Secara teknikal, susunan rima dan kata berada dalam kedudukan tepat / sempurna, cuma dari segi maksud dan pemahaman aku dapati ada sedikit sebanyak percabangan.

Sebagai seorang pendengar, aku mempunyai rasa dan pandangan tersendiri terhadap mesej atau maksud lagu Pejamkan Mata, dengan bantuan kulit album terbaru beliau TKO (yang meletakkan gambaran 3 karektor dengan bukaan mata berbeza).

Foto ni ambil dari theVocket.com


(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal

Awal lagu ini menceritakan tentang kebebasan hidup atau keghairahan dalam menjalaninya. Tentang kita yang tidak banyak bersoal, hanya mengikut mana yang dirasakan sesuai dengan keadaan selesa. Meski seperti diperintah atau dibuli tanpa sedar, kehidupan sebegini sangat menyeronokkan sambil nafsu yang dipenuhi segala hajatnya dengan kesenangan dunia. Digambarkan pada kulit album bahagian belakang, mata ketiga di tutup sambil mata 'dunia' terbuka luas.


Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghur, runsing… jah.


Baris-baris seterusnya disusun dengan kemas seperti memberitahu ada yang tidak kena dalam kehidupan, sesuatu yang memenatkan dan dia meneruskan pencarian menjawab segala persoalan yang berlingkaran. Sehingga dia menjumpai kunci kepada soalannya, dia mulai terasa bebas pada erti kata yang baru. Ini boleh dirujuk semula pada kulit album depan di mana mata ketiganya terbuka, untuk membuka mata ketiga ini bukan perkara yang mudah, kerana perlu menutup mata yang melihat 'dunia' dahulu.



(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi

Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

Rangkap seterusnya menceritakan tentang suasana berada di dimensi yang baru. Yang aku faham, suasananya gelap dan sunyi(hembus lilin)/ suci dari duniawi. Mungkin sesuatu yang ghaib yang hanya boleh dirasai dalam hati sendiri. Boleh baca sendiri rangkap di atas untuk anda memahami dan terjemah. Mungkin seperti yang kita sering diingatkan, bila melepaskan dunia, nikmat dan keamanan dalam jiwa kita sudah jadi yang dipertua utama.

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

Korus untuk lagu ini adalah satu statement yang kukuh, memujuk atau mengajak. Disuruh untuk pejamkan mata bukan untuk tidur sebenarnya, tapi untuk bangun. Dengan menutup mata yang lesu (kabur) melihat porak dunia, kita akan dibukakan mata hati untuk mendapatkan ketenangan (menghapus derita).

(Malique)
(Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya)

Dalam rangkap Malique ini, seakan sedikit sebanyak menyokong kefahaman aku tentang rankap-rangkap di atas. Malique menyebut dengan jelas untuk tidak diperhambakan dunia, sesuatu yang sukar tapi dia cuba. Nirvana di sana pada aku merujuk pada kehidupan selepas mati, Samsara adalah sekarang.


(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir


Rangkap Dayang ini mengajak untuk kembali kepada fitrah, mungkin juga untuk menyerah pada redha dan qada qadar. Demi melenyapkan segala gusar dan resah dunia.

Akhir sekali, meski banyak cakap pasal mata. sebenarnya jika diteliti, anda boleh lihat pada karekter yang ditunjukkan pada kulit album bahawa bukan sahaja mata yang terpejam, malah telinga juga ditutup dan mulut seperti dipenjara atau see no evil hear no evil talk no evil gitu. Betul-betul ber'puasa' secara lahiriah dan batiniah, hapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan, arasy yang tiada penghuni mengugut buli, tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan.


Atau, jika mahu pemahaman yang lebih mudah / perspektif lain. Boleh juga dikatakan lagu ini dimetaforakan dari kebosanan seorang pekerja makan gaji yang selama ini diperintah dan dibuli orang atasan. Saban hari dibuli dan dimaki walau dah beri komitmen tak terperi, tertekan lah dibuatnya, balik lewat malam lalu dia pun pekena pil atau minum atau hisap sesuatu yang mengkahayalkan untuk dia escape dari penjara dunia realitinya. Cuma persoalannya, seperti dilemma Neo dalam filem Matrix, pil warna merah atau biru yang dililih? (  wikipedia : in the filem, the main character, Neo, is offered the choice between a red pill and a blue pill. The red pill would allow him to escape from the Matrix and into the real world, therefore living the "truth of reality" even though it is a harsher, more difficult life; the blue pill would lead him to staying in the Matrix, living in a pretend comfortable world.) Sambil berada di awang-awangan, antara sedar dan tidak, mata separa tertutup beliau mengimpikan hari esok lebih baik dari hari ini.

nota:  kita mung-kin memahami mengikut penerimaan tersendiri, disebaliknya hanya penulis lagu ini lebih mengetahui, perbezaannya kita raikan. Salute Tuan Jeneral!


Glosari
Kencana – emas.
Gawai – kerja, tugas; pegawai orang yang menjalankan tugas; pegawai.
Kedana – serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.
Sawai – bersawai tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus), menurun.
Lembayung – biru bercampur merah; biru kemerah-merahan.
Hering – burung pemakan bangkai.
Canggung – kekok, kaku, janggal.
Resiprokal – bersifat saling berbalasan / timbal balik.
Equivokal – samar-samar / tidak pasti.
Logaritma – istilah angka ganda bagi sesuatu angka dasar yang digunakan untuk mendapat angka tertentu.
Tafakur – perihal merenung memikirkan sesuatu.
Kantor – ibu pejabat.
Diktator – orang yang memerintah dengan kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab – dalam arab bermaksud “anak muda.”
Kasur – alas tidur, tilam.
Masyghul – (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu.
Runsing – susah hati kerana tidak sampai maksud.
Solusi – penyelesaian masalah.
Revolusi- perubahan.
Lorazepam – ubat untuk anxiety disorder atau despresi.
Ambien – ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam.
Risperdal – ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik.
Afdal/af·dal/ – lebih baik; lebih utama.
Astral/as·tral/ – mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma – ajaran (kepercayaan) yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma – yang menjejaskan reputasi / aib.
Pituitari – Kelenjar endokrin utama.
Nirwana – 1 keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga.
Samsara – “mengembara” atau “dunia”, dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.





You Might Also Like

2 comments:

Anonymous said...

"Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk"

Bagi pemahaman aku, verse ni cerita pasal solat. Bila mula angkat takbir, dipaksa diam. Dengar imam baca surah, patuh and if faham maksud surah tu mungkin akan terpaku tunduk. Sujudnya rujuk telunjuk, dia menceritakan bahawa tenang nyaa bila dalam keadaan tahiyat

Padat posting ni.

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki