Tranformasi Tulisan Tangan

Tranformasi Tulisan Tangan


Tulisan tangan aku mengalami beberapa peringkat transformasi. Di awal sekolah rendah tidak menampakkan sebarang corak yang ketara, namun apabila masuk remaja tulisan aku mula berubah menjadi bulat-bulat dan kecil macam semut api. 

Mungkin sebab tu aku cenderung untuk menulis karangan yang panjang, sebab aku ingatkan aku belum mencapai jumlah perkataan yang minimum dalam karangan padahal karangan satu muka surat aku sama dengan 2 muka surat orang lain. Tulisan tangan begitu tak kekal lama, bila melanjutkan pelajaran kemudiannya, aku mula catat nota ringkas secara pantas.

Tulisan tangan aku mula hilang pedoman hidup, dia pergi melulu ke mana saja yang dikehendakinya. Kadang meleret, kadang menegak, memanjang, membulat, memang kena dengan aura acah-acah fikiran rebel ketika itu, bila mana terlalu banyak anasir yang bermastautin dalam kepala membuatkan tangan tak boleh nak catch-up...itu yang bila nak final exam aku akan kurung semua nota-nota aku dalam almari, kemudian buat muka comel pergi pinjam nota awek-awek clasmate untuk di fotokopi.

Nota seorang awek ni bukan saja kemas, bersih,lengkap, warna-warni, ada emoticon, bahkan berbau wangi. 

2-3 semester sebelum habis belajar aku dah kurang pegang pen, dengan adanya laptop dengan komputer, aku lebih senang untuk menaip daripada menulis. Bukan niat untuk nampak bijak-bijak, tapi hmmm entahlah, mungkin mata aku sendiri sakit melihat tulisan sendiri, bila dah siap tulis satu page tu rasa macam nak marah bercampur rasa nak berak. Jadi, untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku memilih untuk menaip dan menyelamatkan pokok-pokok di Amazon.

Setelah sekian lama melupakan rupa tulisan tangan aku, kini, kenangan lama menjelma kembali. Bila banyak menulis guna pen sejak akhir-akhir ni, maka terlihatlah satu seni tulisan baru aku, kali ni dia dah berkacuk antara cacing dengan cakar ayam. Hipotesis aku mengatakan bahawa tulisan tangan tersebut terbentuk hasil dari ekosistem semulajadi, secara kuhususnya boleh dilihat melalui rantaian makanan seperti di bawah:

CACING ---> AYAM--->FENDI=Tulisan Fendi

Apapun, sebenarnya bergantung juga pada persekitaran, kalau situasi menekan-nekan tulisan aku:jadi bergelimpangan. Kalau aku tengok balik pun aku pelik "ni aku tulis ke aku tandatangan". Kesimpulannya, aku akan tarik nafas dahulu, bawa bertenang sebelum tulis hal yang penting dan kurangkan makan ayam.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. klu dh biasa taip guna keybord mmg janggal rasanya menulis dgn tangan

    ReplyDelete
  2. zaman sekolah aku menulis apa sahaja dengan tulisan berangkai.. semua puji lawa2.. sampai aku rasa membazir je aku tulis nota panjang2 bukan orang nak baca nota pun, nak tengok tulisan je rupanya. kechik hati.

    tapi bila dah masuk poli dan jadi budak letrik, tulisan sambung2 yang tampak jiwang ala Hail Amir tu dah tak cocok dengan imej baju bengkel aku. Maka, tulisan aku bertukar jadi keras, tegak dan tak berperenggan lagi.

    sebenarnya aku rindu tulisan berangkai aku yang dulu.. mana entah bawa diri, tak balik-balik lagi sampai hari ni..

    :p

    ...

    ReplyDelete
  3. Tulisan aku macam tulisan doktor. Bayangkan buruknya. Kadang cemburu dengan org yg ada tulisan tgn yg cantik. Biasa nya perempuan tulisan cantik2 .. sekarang aku tertanya2, aku ni betul2 perempuan ke ? hmmmm.. k down.~

    ReplyDelete