Auto Feed Blog

Kesilapan di Hari Raya

Saturday, July 01, 2017 Fendi Rocka 2 Comments




Aku paling tak suka kalau kena teka umur orang berapa. Tak kiralah orang tu sendiri yang suruh teka out of thin air, atau aku tanya kemudian dijawabnya 'cuba teka' atau 'rasa-rasanya berapa?"

Kalau perempuan yang suruh teka memang leceh sikit sebab kena pakai formula:

(Berapa yang aku teka ikut ikhlas hati) - 3 tahun = Jawapan yang  aku perlu bagi

Contoh, 30 - 3 = 27 tahun.
Umur seorang wanita


Ada unsur curi hati sikit.

Itu kalau perempuan lah, kalau lelaki aku terus jawab ikut ikhlas hati. Ini bukan bermaksud aku tak ikhlas dengan perempuan, secara lazimnya aku sentiasa ikhlas, tapi kau tahulah perempuan macam mana bila hal umur ni, aku taknaklah memburukkan lagi insecurity dalam diri mereka pada awal perkenalan.

Tapi masa pergi beraya hari tu rasanya aku dah terbuat dosa besar. Sedang elok minum air dan pekena biskit raya beraneka jenis, aku disuruh pulak teka umur sorang perempuan ni merangkap tuan rumah, aku cakaplah 32 tahun, katanya salah. Aku diskaun lah jadi 30 tahun, salah jugak. Rupa-rupanya umur dia baru masuk 22 tahun je. MasyaAllah, false alarm betul lah.

Terus aku cakap mungkin sebab malam mata aku tak berapa nak nampak, lagipun drive jauh-jauh ni mata jadi kurang bermaya. Dalam hati aku berdoa supaya tak kena santau lah di hari raya yang mulia ini.

You Might Also Like

2 comments:

cinta said...

Time tu mesti bunyi cengkerik yg sgt byk yg kau sorang je boleh dengar. Keh3.

AimNub Haris said...

hahahahahaa... :p
tu kira nasib baik lah, kalau kurang baik silap-silap mandi dengan balang biskut kau malam tu.. Lain kali guna khidmat tok nujum..!

:)

...

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki