Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata


Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata
 

Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata , maksud video muzik pejamkan mata


Ekoran dari nota aku sebelum ini mengenai maksud dan pemahaman di sebalik lagu pejamkan mata di http://www.notapurba.com/2017/05/maksud-dan-pemahaman-disebalik-pejamkan.html

Minggu lepas dah dilancarkan muzik video lagu Pejamkan Mata oleh Malique feat Dayang Nurfaizah. Bukan main sedap tarikh pelancaran, 8/8 pukul 8 malam kalau tak silap aku.

Agak lambat jugak musik video ni nak keluar, sedangkan lagu tersebut dah lama jadi siulan dan bualan.

Sebagai penggemar lagu Pejamkan Mata, video muzik lagu tersebut aku boleh terima dengan hati yang terbuka, orang kata do justice to the song, kau paham-paham je la industri muzik melayu ni bukan kesah sangat kat muzik video, selalu je lagu melayu sedap pastu bila keluar video muzik aku rasa macam muzik video tu sendiri nak hancurkan lagu tersebut secara tak langsung.

Meskipun aku tak rasa muzik video tu diolah sendiri oleh penulis lagunya Malique, namun sedikit sebanyak gerak cerita dalamnya adalah terinspirasi dari lagu Pejamkan Mata. Dengan durasi hanya 3:57 minit, setiap detik adalah signifikan.

Apa yang menarik adalah barisan pelakon terpilih bukan yang biasa-biasa, nama gah jugak seperti Beto Kusyairi, Johan As’ari, Uqasha Senrose dan pelakon cilik Nik Adam Mika. Sekali pandang, semua jenis handal berlakon lah, bukannya amik model buat posing-posing. 

Korang boleh tengok video klip ni di saluran-saluran yang berkenaan dan amik tahu / tafsir sendiri mesej apa yang cuba disampaikan. 

Shoot memang baek. Ala-ala slo-mo. Persekitarannya adalah di dalam sebuah bas tak berapa baharu, yang membawa penumpang pada perkiraan aku ada 8 orang kesemuanya (sorang duduk kat driver seat), sedang terawang-awang di cakerawala. Memberikan efek seperti layang-layang terputus talinya

Tiba-tiba teringat lagu nasyid.

"Tanpa cintamu...tetaplah kau di sana, aku tanpa cintamu, bagai layang-layang terputus talinya"

Setiap pelakon yang aku sebut tadi memainkan peranan penting dalam watak masing-masing. Setiap mereka, diberi pasangan regu, dapat dilihat dengan jelas, sedang berperang dengan dunia yang dikendong. Atau dibuli. Atau dihamba / dihambat. (pilih yang berkenaan)

Beto Kusyairi, dia nampaknya macam ada bawak briefcase, memakai baju kemeja kemas bertali leher dan pakai jam. Muka penat. Melambangkan seorang pekerja yang patuh dan tunduk, meskipun diherdik dan dibuli. Pasangan regunya aku rasa bos lah kan. Apa boleh buat, nak cari makan, nak isi perut, kenalah tahan maki, sampai nak tersembur air liur ke muka ni ha..tahan je la Beto, aku paham perasaan kau nak tumbok muka dia. Ini faktor ekonomi lah ni.

Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata , maksud video muzik pejamkan mata


Uqasha Senrose, memang lawa. Itu fakta. Watak yang disampaikan oleh Uqasha adalah seorang wanita yang ditindas dan sukar untuk lari dari penindasan. Geram pulak aku tengok mamat sebelah tarik-tarik baju Uqasha (amboi kemain), pastu nak campak-campak duit apehal. Ni sebenarnya nak gambarkan apa tuan-tuan? Hmm, mungkin sebab kertas yang dicampakkan tu, menyukarkan untuk membuat pilihan wang atau harga diri mana lebih bernilai. Di tangannya ada foto, aku rasa foto orang kesayangan dia, bukan foto aku.

Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata , maksud video muzik pejamkan mata



Nik Adam Mika, sebenarnya aku tak kenal pun adik Nik ni, lepas selidik sikit pakai google dapatlah nama dia. Siapa kata budak-budak takde tekanan? Ni aku tengok adik Nik main watak budak yang 'diceramah' dan mungkin ditekan emosi dan mental. Regunya orang dewasa yang entah apa kehendaknya ntah, mungkin si dewasa tu sedang mencorak dan mengarah budak ni lah apa yang patut apa yang tak patut, nampak macam kena buli sebab si dewasa yang tak kelihatan mukanya ni bukak kasut dia then kesat-kesat kat baju adik Nik.

Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata , maksud video muzik pejamkan mata


Johan As’ari pulak, dia punya regu atau lawan lain macam sikit, bukan pembuli bahkan bukan manusia, dia senyap sunyi je kat belakang gaya gigil macam terperangkap di lembah ketagihan. Boleh nampak imej pil-pil dan penyuntik. Diktator untuk Johan ni dadah lah aku syak, dadah yang mengawal keliling jiwa dia.

Sedang mereka semua terkurung sepi, di dalam bas yang terapungan, entah destinasi mana dituju, lalu pulak seseorang penuh misteri dan simbolik (yakni pemandu bas tersebut) yang bertutup muka menyapa sorang demi sorang. Mungkin driver tu menyapa nak bagitahu dah 'sampai'. Tersentak lalu situasi jadi gamat. Beto tiba-tiba macam bertukar jadi super saiya peringkat ketiga melawan balik regunya yang dari tadi dok menguasai. Uqasha pulak macam naik minyak melempang mamat sebelahnya yang sibuk tarik-tarik baju dia. Adik Nik tadi pun sama juga, kecik-kecik dah tunjuk taring. Johan pulak mencampak barang yang dipegangnya, tak perasan apa yang dicampak, tapi nampak marah betul dia.

Feel masa dorang semua bangkit amuk tu mengingatkan aku pada scene dalam komik mutiara naga masa Gohan membelasah teruk Cell walaupun pada mulanya Gohan tak sedar pun keupayaan tinggi dia.

Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata , maksud video muzik pejamkan mata


Apa yang nak disampaikan tak berapa direct, untuk durasi yang pendek tu memang muzik video ni (aku rasa) sengaja dibiar bebas untuk diterjemah mengikut perspektif kornea masing-masing. Seakan-akan mengajak kita untuk bangkit dari mengikut telunjuk, menurut sistem yang menzalimi, entah sistem dunia secara lahiriahnya atau mungkin sistem dalam fikiran kita sendiri.

Tak payah nak serius sangat, yang penting hasil kerja sebegini harus disokong. Akhir kata, Dayang Nurfaizah nampak elegen dalam muzik video ni, biar derita menghapus derita katanya.
Mesej di sebalik Video Muzik Pejamkan Mata , maksud video muzik pejamkan mata


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

11 comments:

  1. Good review.
    Suka tengok video tersurat dan tersirat macam ni :)

    ReplyDelete
  2. Kau mengingatkan aku yg berpuluh tahun dulu aku tak dapat beli komik mutiara naga no.43 (kalau tak silap) sebab sold out. Jadi koleksi tak cukup lah.

    ReplyDelete
  3. bersungguh-sungguh aku baca ni.. sebab aku belum tengok muzik video tu.. okey pergi sekarang..! zassssssss...

    *nanti aku datang komen balik*

    ...

    ReplyDelete
  4. 1. Gambar yang Uqasha pegang tu nampak macam gambar anak kecik. Anak dia kot.
    2. Yang paling menyeramkan aku adalah mata Dayang Nurfaizah. kahh.. kahhh..!
    3. Lagu Malique paling susah aku nak faham (setakat ni)

    ehh.. enjoy dengar lagu ni kat radio tapi tak payah arr muzik video tu.. tak power macam lagu..!

    :p

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi elok video klip tak power macam lagu daripada video klip lagi elok dari lagu.

      video klip omputeh aku perati banyak yang sedap nak tengok, tapi lagu biaserr.

      Delete
  5. Baguslah at least Ada juga message

    ReplyDelete