Ulat



Nak balik kampung, cari tiket bas semua dah habis. Balik kampung tetap jua kena balik kampung, tak cukup liberal nak beraya di bandar melainkan tak dapat cuti. Malam raya melilau di stesen bas, dengan harapan ada bas tambahan atau ada yang tak jadi balik kampung ingin trade tiket, nasib diserah bulat. Tiba-tiba muncul seseorang, seperti sudah berjanji membawa tiket. Destinasi yang sama, waktu dan tarikh yang tepat seperti sudah termaktub. Bezanya, harga berkali ganda, melambung. Saya perkenalkan, orang itu kita panggil ulat tiket. Sikit-sikitlah dia kunyah tepi.

Nak tengok perlawanan bola Final di stadium, keazaban barisan yang beratur membeli tiket lebih berjela daripada perbarisan kemerdekaan, ada yang menunggu 5-6 jam pun tak dapat apa-apa melainkan kepundekkan. Takpe, ni kalau datang lewat-lewat sikit sebelum game start, biasanya ada lah tu orang yang akan muncul dengan tiket-tiket panas. Perlawanan yang sama, waktu dan tempat berlawan pun sama. Bezanya, harga berkali ganda, melambung-lambung. Saya perkenalkan, orang itu kita panggil sebagai ulat tiket. Kuat betul dia punya gigit.

Dah lama menumpang menyewa, terasa mahu beli rumah untuk berteduh dan jadikan harta. Nak beli yang mahal tiada kemampuan, cubalah cari yang berpatutan tapi belum sempat habis kira-kira dah habis slot. Tapi takpelah, kita sewalah dulu buat sementara, lepas 1-2 tahun nanti ada lah tu orang akan jual balik. Rumah yang sama, lokasi yang sama. Bezanya, harga berkali ganda, meroket ke Marikh. Tapi yang ni kita tak panggil ulat ye tuan-tuan dan puan-puan, bukan, ini kita panggil sebagai pakar hartanah, atau, sifu. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. huhu.

    yang bab rumah tu, kalau ada duit better buat di tanah sendiri ja la.

    rumah kan keperluan, there is no choice either.

    ReplyDelete
  2. Sifu hartanah boleh buat duit

    ReplyDelete