Aku seorang Fotogenik

Aku Seorang Fotogenik


Bismillahirahmanirrahim.

Sedang berbasa-basi di pejabat sambil business as usual, rakan sepejabat yang duduk berhadapan aku, dipisahkan oleh monitor masing-masing, memberikan pendapat aneh / jarang-jarang terjadi.

"Eh Fendi , kau fotogenik".

Dari seberang meja sini, tanpa memandang mata masing-masing, aku cuba menduga maksud beliau yang bakal dipuankan hujung tahun ini. Adakah ini satu sindiran atau pendedahan berani.

"Fo-to-ge-nik?", soal aku untuk kepastian. 

"Haa..gambar-gambar kau..kalau orang tengok nampak..bla bla...bla bla...sado..bla..bla.."

Memandangkan dia duduk di seberang sana, sambil pejabat pulak tak berapa senyap, aku tak dapatlah nak mendengar butir bicaranya secara lengkap. Tapi, apa yang aku dapat tangkap, dia melempar kekaguman secara separa sedar.

"Ha-ha, fotogenik eh.." respon aku nak tak nak, sebenarnya tak dapat terima hal ni. Boleh je aku balas dengan uacapan terima kasih aku memang dulu model sambilan tapi sekarang dah tak banyak job, tapi tak terluah tekak kerana masih memikirkan tentang aku yang fotogenik ini, membuat aku jadi kusut.

Facebook dan Instagram misalnya, bukan gambaran sebenar kehidupan, obviously. 

Apabila aku hendak post gambar, aku akan pilih gambar yang aku nak tunjukkan, dalam 10 gambar tu mungkin aku akan pilih 1 gambar paling okey dan semua orang dapat lihat, tapi sebenarnya ada lagi 9 gambar selekeh yang korang tak dapat lihat. Jadi tak patut juga kalau gambar-gambar dapat menceritakan kehidupan sebenar. Itu tak kira lagi gambar paling okeh tu pun dah siap diubahsuai.

Mungkin rakan sepejabat aku tu perasan aku macam ragu-ragu soal fotogenik ni, dia pun menambah hujah lebih lanjut untuk menyakinkan aku.

"Fotogenik la...okeylah daripada nak compare kalau depan-depan..haha". Dia komen pastu tergelak sendiri. Aku pun tamatkan kekusutan sampai di situ, sambil mengutip serpihan konfiden diri yang jatuh berselerakan di lantai.


melayu fotogenik gambar lelaki

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

29 comments:

  1. Untung fotogenik... buat apa2 gaya je memang menarik perhatian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ada fotogenik, atau, tukang amik gambar superb

      Delete
  2. Facebook dan instagram bukan gambaran sebenar kehidupan. Silap2 boleh jadi topeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi tempat untuk buat sosial eksperimen

      Delete
  3. apa maksud, nmpk ok dlm gambar dr jumpa depan2?

    hahahah.

    deep tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi aku rasa itu dah cukup straight-forward

      Delete
  4. nasib baik fotogenik. bukan fotogedik :P

    ReplyDelete
  5. Memang ada sesetengah org yg fotogenik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi lebih ramai yang acah-acah fotogenik.

      Persoalannya, adalah saya?haha

      Delete
  6. Fotogenik imej wajah yang ok dilensa kamera..xpyh nk bergaya lebih2

    ReplyDelete
  7. yep IG dan Facebook tempat fantasi sebenarnya..
    :)

    untunglaa fotogenikk :)

    ReplyDelete
  8. tak fotogenik..fotogedik yang lebih..haha..saya le tu..

    ReplyDelete
  9. untung a fotogenik.. kakak kalau nak kan 1 gambar, berpuluh kali snap tau.. sebab nak gambar yang paling cantik.. tapi !! tak cantik jugak.. maka berhuhu saja la.. hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini kita kena mendalami pengertian redha

      Delete
  10. Hahahaha... lucu part kutip keyakinan diri. Tak mungkin la nak posting gambar pakai seluar pendek atau posting gambar waktu makan yang gelojoh. Confirm la filter bro. 9 gambar lagi, untuk tatapan sendiri dan keluarga. ekekeke.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. biasanya org cameraman atau director pandai tgk org tu fotogenik atau tak... klu pakar dh ckp fotogenik tu, betul la kot. Mata kamera x seperti mata manusia dan tidak sama sekali dengan mata Ya Basir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga diberi cahaya melihat keindahan yang sebenar

      Delete
  13. Wah fotogenik Dan sado tuh hihi... Kita semua fotogenik atau fotogedik on our ways

    ReplyDelete
  14. Amboiii. Untung org fotogenik nii :D

    ReplyDelete