Bertuah VS Berusaha


Bertuah VS Berusaha


Hadiah cabutan bertuah selalunya besar dan gempak, orang berebut dan meloncat untuk jadi bertuah. Ironinya, demi untuk menjayakan marketing stunt, hadiahnya lebih solid daripada hadiah untuk pemenang acara utama. 

Acara utama tu maksud aku kalau diadakan marathon, pemenang nombor 1 - 10 tu yang berlatih, berlari, berpeluh dan berhujan-panas tu hadiahnya taklah sehebat hadiah cabutan bertuahnya. 

Makan malam menghargai pekerja, hadiah untuk pekerja berkualiti bulanan atau tahunan (yang tanpa kompromi membangun diri dan profil syarikat) taklah sepopular seperti hadiah cabutan bertuah yang diberi penekanan dan publisiti besar-besaran. 

Antara hadiah cabutan bertuah yang lumayan aku selalu dengar atau pernah doa sambil tangan memegang nombor cabutan adalah kereta, motosikal, percutian di luar kemampuan aku, kamera high-tech, telefon bimbit cerdik dan paling kuman pun televisyen la.



Membuatkan aku terfikir, ini secara tak langsung tentunya akan menjana satu demam pemikiran, di mana kita lebih mahu mencapai hasil kerana 'tuah' daripada 'usaha'. Untuk aku sendiri, nampaknya perlu lebih berusaha untuk menjadi lebih bertuah. Korang? Pernah menang cabutan bertuah mende? Aku tanya ni jawablah.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

11 comments:

  1. Pernah dpt sekali je. Memang kalau ada cabutan bertuah tu tak mengharap apa lgsg sbb tau dah. Hehe. Baru2 ni adik ipar bgtau kawan dia masuk marathon dan ada cabutan bertuah. Kawan dia dpt kereta axia tu. Mmg rezeki sungguh. Huhu

    ReplyDelete
  2. Pernah. Dapat tilam n bantal. Rasa mcm kena perli pun ada.

    Pastu pernah dapat peti sejuk. Tapi tak pernah bersua sebab lepas gi tuntut terus uruskan penghantaran kpd manusia yg katanya nak guna n bayar ansur2. Tp smpai hari ni satu sen pn dia tak bayar. Tp tak kisahlah. Bukan aku beli pn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali kalau kau menang basikal ke kereta ke, telefon ke, bagi terus kat aku.

      alaa bukan kau beli pun.

      Delete
  3. hehe, tak pernah lagi berjaya dpt cabutan bertuah.
    malas nak join coz mmg tak da tuah ...
    #afbdotmy, mrs pip dtg melawat ...

    ReplyDelete
  4. hahaha... tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu... tuah dan usaha sudah jua ditentukanNya... kalau bertuah adalah usahanya... kalau usaha ada lah tuannya...

    ReplyDelete
  5. pertama kali dan terakhir kali (setakat hari ni) aku dapat cabutan bertuah adalah dapat Milo Tin Besor siap ikat reben kilat warna kuning. Masa dapat milo setin tu, punya kembang hidung sampai aku peluk erat-erat tin milo tu penuh bangga.

    pertama kali dalam hidup oiii...! kahh kahhh..

    ...

    ReplyDelete
  6. Rush Dari usaha adalah lebih bermakna kan

    ReplyDelete