Maderfaka

Apa Khabar Dunia?

Helaian akhbar hari ni ada cerita tentang seorang emak yang menyewakan dua anak perempuannya untuk digondam secara seksual. Mungkin inilah yang dikatakan pepatah Jerman, Maderfaka. Aku tak pasti ini adalah keruntuhan moral semata-mata atau boleh dikait dengan keruntuhan ekonomi senasib dengan Giant menutup 5 buah cawangan di negara kita. 

Kodak tak laku disebabkan sudah tidak berdaya saing dalam memenuhi trend semasa, orang sekarang semua dah guna telefon pintar, foto boleh snap tanpa perlu bayar apa-apa. Tak puas dengan foto, boleh rakam video. Ini faktor teknologi aku rasa.

Toys R Us pun dah bangkrap di luar negara, aku suspek sebab budak-budak dah tak main dah permainan fizikal gitu, sekarang majoriti layan konsol atau online games. Kalau begini, faktornya bukan ekonomi tapi perubahan minat/tabiat dan kecenderungan manusia. Demand berubah arah kepada games online yang mencatat peningkatan jualan.

Kedai buku macam Borders misalnya,di Malaysia dulu kemain besar kedainya, sekarang makin kecil dan terasing, ada yang dah tutup. Buku fizikal pun sudah banyak dijual secara online, serta ada buku yang diterbit sekali dengan versi ebook, malah lebih murah. Ini mungkin faktornya teknologi dan juga kecenderungan manusia, dua-dua pun releven.

Kemanusiaan juga tak terlepas, boleh bangkrap dan boleh dijual murah. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Manusia skrg penuh dengan sifat kebinatangan. Semoga kita dijauhkan dr sifat sedemikian.

    ReplyDelete
  2. Bahaya dunia sekarang keruntuhan dimana2

    ReplyDelete
  3. omg last line tu, perfect.

    short and just overwhelming-ly whole.

    ReplyDelete