Auto Feed Blog

Moga Tidak Kalah

Tuesday, March 21, 2017 Fendi Rocka 1 Comments


Moga Tidak Kalah

Di sebalik perkhabaran membanggakan adik aku mendapat semua A dalam peperiksaan, mak aku masih menanti laporan dari pemeriksaan doktor berkenaan sakit beliau. Serta wanita kegemaran aku, sudah meletak jawatan sebagai seorang pekerja untuk mengejar bayang-bayang impiannya.

Adik aku tidak nampak pandainya, mungkin kerana dia jenis merendah diri, mungkin jugak aku tak cukup menguji untuk tahu beliau pandai ke tidak. Dulu aku pernah juga mengajar dia sebelum peperiksaan, masa sekolah rendahlah tapinya, tapi ternyata beliau kini lebih pandai daripada aku, sekurang-kurangnya dalam subjek Matematik Tambahan, Matematik dan Perakaunan. Sebagaimana ikhlasnya seorang guru, mengajar supaya pelajarnya menjadi lebih pandai darinya, aku bangga adik aku lebih pandai. 

Setelah mengadu sakit untuk beberapa bulan, mak aku dimasukkan ke wad. Setelah pemeriksaan awal dijalankan, doktor seakan mahu mengesahkan (secara tidak rasmi) jenis sakit mak aku, dari nada dan tutur, sakit bukan main-main. Seterusnya, kami mendapatkan lagi pemeriksaan di hospital yang pakar, setelah mengalami debaran emosi dan fizikal, hasil diagnosis akan diketahui tidak lama lagi. Sambil itu, beliau turut mendapatkan rawatan alternatif yang punyai kredibiliti begitu baik di kalangan orang kita, yang mengesahkan sakit yang dialami ada berkait dengan jin. Ah sudah.

Demi mengejar dan melaksanakan impian, ada pengorbanan yang dipertaruh di perjalanan yang samsara. Wanita kegemaran ialah seorang yang berani dan aku bukan sebongkah batu yang menghalang. Pemberani harus mara, tanpa membiarkan langkahnya keliru di gelanggang bukan permainan. Punch it or go home.

Tetap. 
Biar berapa E atau A pun yang adik aku ada, tetap beliau adik aku yang membanggakan. Meski apa jenis keputusan pun untuk mak aku, masih beliau mak aku tanpa seinci beza dalam hati kami. Walau sekeras mana impian membawa beliau, moga tidak kalah.





Cuma yang aku kurang pasti, mana lebih jahat, jin atau kanser?

1 comments:

Perkara Mistik di Kedai Mamak

Monday, March 20, 2017 Fendi Rocka 1 Comments

Perkara Mistik di Kedai Mamak


Perkara mistik yang sering menimpa aku di kedai mamak adalah bila order telur separuh masak, sampai ke sudah tak muncul-muncul sehingga redha membulat, ingatkan tersalah amik order tapi bila nak bayar ada pulak telurnya. Aku dah alami peristiwa mistik ni di 3-4 kedai mamak yang berlainan, semacam ada pakatan. Selain itu, kalau mintak cili potong pun seringkali dipandang enteng, 2-3 kali mintak pun tak dapat-dapat. Sampaikan redha membulat, lagi. 

Perkara cliche yang tepat hampir setiap kali, adalah bila duduk berdekatan sekumpulan lelaki remaja, atau lelaki bercampur perempuan lingkungan umur 25 tahun ke bawah yang sedang melepak, pasti akan meniti di telinga kita perkataan-perkataan berikut diulangi di setiap baris perbualan mereka #babi, #sial, #pukimak, #pantat, kadang dalam sebaris ada kesemuanya. Aku dah alami peristiwa cliche ni di 3-4 kedai mamak yang berlainan, semacam ada pakatan.



Perkara yang aku geram pulak, bila setiap kali harga makanan atau minuman naik, alasannya kerana harga minyak naik jadi terpaksalah naikkan harga jugak. Yang tak pernah terjadi, bila umum harga minyak turun, harga kat kedai mamak tak pernah pulak nak turun. Kalau lama-lama macam ni, aku pun boleh berbahasa seperti remaja lingkungan umur 25 tahun ke bawah yang sedang melepak dengan perkataan-perkataan berikut diulangi di setiap baris perbualan  #babi, #sial, #pukimak, #pantat, kadang dalam sebaris ada kesemuanya.

1 comments:

Aneh

Tuesday, March 07, 2017 Fendi Rocka 0 Comments

Ketika di pejabat tadi, aku seperti kebiasaannya bersibuk-sibuk dengan pekerjaan.

Seorang rakan wanita menegur kulit muka aku "Licinnya kulit muka kau".

Lalu diseli dengan soalan "Ada pakai apa-apa produk ke kebelakangan ni?" 

Terasa kecil bila rocker seperti aku diperlakukan sebegini rupa.

Pencuci muka aku tu, dah lebih setahun tak habis-habis lagi. Pakai pun sebulan sekali atau paling kerap pum sebulan dua kali. Baru semalam pakai, hari ni dah rakan pejabat kata licin.

Kalaulah aku amalkan setiap hari, bertukar jadi Song Joong Ki agaknya. Kurang-kurang pun jadi Fattah Amin.

0 comments:

Supermodel

Google+ Followers

Pautan

Nota Kaki

Nota Kaki