Simpy Salvation


Emovere ?

Akhir-akhir ni, banyak pulak dengar orang mengeluh. Bukan mengeluh soal minyak/beras naik rege, bukan soal kena lempang, bukan juga mengeluh kerana menjadi mangsa fenomena atau bencana alam, sakit gout pun bukan. Tapi, sebab, bosan. Beruntung jugak orang yang mengeluh sebab bosan ni / selalu merasa BOSAN.

Bosan ni aku tafsirkan mengikut konteksnya, sebagai berada dalam situasi atau keadaan yang tidak memberikan rasa exciting. Adakah bosan satu elemen yang teruk? Nampak gaya bosan sudah menjadi new term for pain. Bila orang cakap " Arghh Bosan la" , lihat pada riak mereka seperti berada dalam kesakitan. Sakit sedikit-sedikit, lama kelamaan akan mudarat / gangguan minda.

Bagaimana nak mengatasi masalah mudah bosan ni? Aku boleh listkan sampai 100 perkara nak hilangkan bosan dan sesiapa pun boleh pilih di antaranya mana yang berkenaan dan berkenan, namun aku tahu kesannya hanya sementara. Tak lama kemudian 'sakit' itu akan kembali. Adakah wujud ubat untuk bosan? Atau hanya bius sahaja?

Secara peribadi, aku susah untuk merasa bosan. To-do list aku terlalu panjang untuk memberi laluan pada bosan memotong barisan. Meskipun to-do list yang panjang tersebut mempunyai tetapan masa yang beza-beza, tetap jua tak dapat nak tapakkan kebosanan secara percuma. 

Its good to have an interesting life /  personality, dalam masa yang sama,the opposite, aku suka untuk merasakan diri aku seorang yang membosankan (betul/tidak bukan persoalan), aku boleh bersahabat dengan kebosanan. Bosan ada masanya, membuat aku menghargai rasa ketenangan dan kesunyian setelah atau sebelum datangnya ujian dunia. Bila merungut kebosanan, diberikan pula ujian, merungut pula pada ujian. Haruskan disuapkan diri kita dengan rasa exciting dan kegembiraan berpanjangan?

Boredom is vital for relationship

Aku ada tertengok video dari Mark Manson (penulis buku the subtle art of not giving a fuck) tentang betapa kebolehtahanan pasangan dalam mengharungi kebosanan mempengaruhi survival hubungan mereka. Pasangan pada masa kini, meletakkan hidup yang meriah dan 'hebat' sebagai relationship goal, misalnya melancong ke sana sini dan melakukan aktiviti-akviti luar biasa bersama. Kalau takde semua itu, masuk ke stage penamatan cinta euphoria, mereka akan anggap hubungan mereka tidak baik dan dingin, incompleteness. Boleh terima subculture begini?

Namun, apa yang aku nak cerita, yang memeranjatkan mengenai faktor hubungan menjadi kuat,adalah pasangan yang boleh tahan dengan value bosan pasangannya, able to be boring together, spend year after year doing 'boring stuff', cenderung untuk kekal lama. Contohnya pasangan dulu-dulu, tak bosan dengar isteri membebel, takde pun naik jet / candle light  dinner, isteri duduk rumah pun tak bosan tengok muka dan perangai suami, bertahun-tahun / seumur hidup tak bercuti ke luar negara pun masih merasa bahagia yang tersendiri ketika duduk di kerusi depan rumah atau jalan-jalan di persisir kampung. Boredom need to be approve again by society?

Kemeriahan dan keseronokkan mencari kelainan ni okay, okay bila kita nak mencuba pengalaman baru. Namun kebergantungam kepadanya akan menyebabkan minda kita rasa kosong tatkala kehilangannya. Minda kita akan terus-menerus minta disogok dengan perkara luaran. Lepas tu, fikiran ni akan kegersangan, semua tak puas hati. Pada aku, bosan ni perkara pokoknya kerana fikiran yang menguasai kita. Dalamannya kita haus. Kita biarkan fikiran-fikiran itu merantai dan menjelmakan kebosanan, makan datanglah bosan, walhal kita kena sentiasa mengawasi fikiran kita supaya tidak sewenangnya membekal bosan. Situasi ni boleh juga digunapakai untuk situasi lain. Rasa cemburu, marah tak tentu hala, tergugat, sibukkan salah orang dan sebagainya. Bila fikiran kita telah set bosan sebagai sakit, maka padanlah muka. Penat merawat sakit yang bukan sakit.

That pain or suffering arises through desire or craving and that to be free of pain we need to control the supply



Kalau betul rasa bosan, jawablah semua persoalan aku di atas, moga dapat membuang masa lapang anda.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Kalau waktu kerja, jarang rasa bosan sebab to-do-list yang panjang. Habis waktu kerja, rehat dan menikmati waktu tu dengan sebaiknya. Sentiasa set dalam kepala "this is precious" kemudian ZZzZzzz .. Bila malam, layan movie atau keluar jumpa kawan. Bila weekend, balik kampung visit parents atau keluar shopping. Kadang ke gym atau jogging di taman. Ada waktu terluang sikit, pegi travel atau bercuti domestic. Kalau rajin, join run event.

    Istilah bosan ni pada Zhi, cuma dalam hubungan je. Bila terpaksa menghadap masalah yg sama. Contoh si dia buat salah. Minta maaf, kemudian buat salah yg sama. Eh bosan lah! Sebab tu selalu gagal dalam hubungan. Sebab malas nak hadap masalah yg sama.

    #lulz.

    PAda Zhi, mungkin cara untuk melawan rasa "Bosan" adalah "Menerima". Contoh, menerima keadaan/situasi, menerima seseorang dengan seadanya, menerima tanggungjawab dan menerima apa juga yang Tuhan dah aturkan untuk kita. Mungkin kita akan kata "bosan" sebab kita tak nak menerima. Mungkin lah.

    p/s : Kalau kata buat benda yg sama tu buat kita rasa bosan, cuba lah kata solat 5 waktu tu membosankan.. Haha.. moga tak dipanah petir esok hari.
    kihkihkih..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa.. kena panah petir..! taubat weiii.. :p

      ...

      Delete
  2. Aku pun boleh dan suka bersahabat dengan bosan. Jadi bosan tu bukanlah bosan lagi namanya. Dan bosan bukanlah satu kesakitan bagi aku malah kadang-kala satu kenikmatan sebab bosan boleh jadi alasan paling ideal untuk aku berehat dan direhatkan.. :)

    Dalam hubungan, ya Pokchik seorang manusia pembosan. Gila bosan wehh hidup dia. Tak ada hobi. Tak ada best friend. Tapi aku boleh tahan dengan tahap kebosanan dia yang tinggi tu. Sebab apa..? Sebab aku rasa kebosanan dia adalah cabaran utk aku. Aku sebagai alat pembasmi kebosanan dia. Setiap kali tiba hujung minggu, aku yang akan fikirkan dan rancangkan semua aktiviti untuk membunuh kebosanan dia.

    Hal paling utama adalah keseimbangan. Kan..? Sorang pembosan, sorang tak sempat bosan. Sorang tak ada kawan, sorang lagi banyaaaaakkk sangat kawan sampai tak terlayan. Sorang tak ada hobi, sorang lagi terlebih hobi malah bertukar-tukar hobi setiap minggu (hahahahaha..!) See.. yang penting balance.. thats all.. :)

    Selamat menikmati kebosanan. Peace.

    ...

    ReplyDelete