Tulis

Menulis merupakan satu aktiviti atau proses yang menarik, sekurang-kurangnya untuk aku. Menerusi penulisan, aku menjalani fasa-fasa melalui frasa-frasa  secara spontan juga dalam masa yang sama penuh penelitian. Ianya seperti penjelajahan minda, penyerahan perasaan dan penyimpanan fakta.

Menerusi penulisan, aku cuba sedayanya untuk berlaku adil dengan apa yang cuba dicerita, supaya tidak berbunyi terlalu hype dan juga tidak terlalu tawar. Apapun yang aku tulis, serius atau tidak, anggaplah ia bukan sesuatu yang konklusif, sesiapa pun berhak untuk membuat andaian dan memahami mengikut pemahaman masing-masing, serta aku juga berhak untuk tidak peduli.Kekhilafan dan ketidaksempurnaan juga pastinya akan muncul di sana-sini kerana sesungguhnya ini bukan sejenis maestro.

Aku punyai kecenderungan untuk menulis panjang-panjang, sebab aku rasa kena dengan diri aku. Aku bukan jenis yang bersedia untuk bersembang kalau jumpa dalam lif, sebab nanti kerana dek singkatnya waktu, perbualan atau cerita yang nak disampaikan mati ditengah jalan tanpa dikebumi, ekor takde kepala tak jumpa, mati terkapai hidup tak puas.

Pernah dengar tak orang kata, bila kita berborak selepas waktu 12 tengah malam, percakapan kita tu akan lebih natural dan jujurnya lebih? Boleh cuba sendiri. Ajak seorang (atau lebih) kawan kau berborak pukul 12 tengahari dengan 12 pagi. Pasti ada bezanya. Kalau 12 tengahari tu waktu berasak, kebanyakkan kita akan bercakap soal luaran dan cepat-cepat beransur ke soal lain, masa pun tak berapa banyak ditambah dengan kebisingan. Cerita situ habis situ.

Berbeza dengan 12 pagi, lebih tenang, sesuatu isu diperhalusi tanpa terkejar-kejar, perasaan akan pergi lebih dalam dan pendengar juga dapat mendengar dengan kurang prejudis dan lebih mendalam.
Lagi satu, menulis ni sebenarnya membuatkan fikiran kita lebih fokus dan organize. Sebelum dia jadi tersusun tu, dia akan menerawang dahulu, memang kaedahnya begitu. Entahlah kenapa, mungkin satu proses timbal-balik sama macam minum-kencing dan makan-berak.

Bila dah selesai tulis, kau baca balik hasilnya, baru boleh sedar yang kau tulis tu sejenis maklumat atau tahi. Tapi kalau tahi pun boleh buat baja, menyumbang kepada industri pertanian negara ye tak.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Bergantung juga dengan siapa kita nak berborak pukul 12pagi. Kalau dengan kawan biasa mau di maki, "AKu nak tidur la setan" .. Rasanya kaedah perbualan lebih deep pukul 12 pagi ni cuma sesuai untuk perbualan antara kekasih hati.

    Titik

    ReplyDelete
  2. Ada betulnya juga.. 12 tengah hari dengan 12 tengah malam lain feel nya..! :)

    ...

    ReplyDelete
  3. tahi atau maklumat, tapi bila dah menulis itu sendiri adalah satu latihan untuk lebih maju dalam penulisan

    ReplyDelete