Ambivalen

Dah lama tak buat review buku. Kadang aku dah baca buku sedap, aku tak buat review sebab rasa macam review aku tak dapat do justice to the book. Kali ni aku ingat nak tinggal komen sikitlah, tak cecah tahap review lagi. Dapat gaji tempoh hari, aku ada beli buku yang dah lama aku perhatikan kat rak buku MPH. Dari tahun lepas aku pegang buku ni, tapi aku letak balik, aku pegang, aku letak balik. Aku kalau nak beli buku bahasa melayu dan hasil tangan orang Malaysia ni memang agak selektif, teragak-agak dan terkemut-kemut, tapi kali entah bakteria apa merasuk aku dah terkendong ke kaunter pembayaran.

Buku ni tajuknya Ambivalen. Kemain kemas tajuknya, macam nama saintifik. Ambivalen menurut Kamus Dewan ianya bermaksud mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap seseorang, sesuatu atau keadaan. Yakni ianya seperti rasa benci dan sayang pada seseorang pada masa yang sama. Aku pun pernah rasa perasaan ambivalen ni, masa tu aku rasa nak terberak dan dalam masa yang sama mengantuk tahap gajah-gajah. Memang hebat perasaan ambivalen ni.

Apa yang menarik mengenai buku ini? 


Percayalah cakap aku, menariknya buku ini terletak pada Kulit buku depan dan belakangnya, sahaja. Aku melihat buku ini berjaya lari tema novel-novel melayu picisan dan tipikal, dari segi kulit bukunya! Boleh nampak adanya pembaharuan dan anjakan paradigma di kulitnya, namun sayang isinya masih kisah anak dato, yang ada maid, ada pemandu peribadi, kemudian bisnes antarabangsa juta-juta, bercinta dengan orang biasa-biasa, ada konflik dalaman dan jiwa-jiwa sikit - multiple personality disorder, akhirnya kahwin dan pregnant dijadikan pengakhiran cerita agung ini. 



Kalaulah aku tahu, baik aku beli kulitnya saja. 

Kulit Belakang

Kulit Depan

Patutnya novel ni diberi tajuk Kekasihku Bukan Kekasihmu Harap Maklum atau Tergantung Sepi Tak Bertali Ikat Tepi, tak payah nak Ambivalen sangat.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. perghhh example ambivalen abg ondi tak boleh blah hahaha. haritu ada nampak novel ni kat kedai buku tapi tak rasa nak beli sebab kulit buku dia yang ermmmmm .. hahaha.

    ReplyDelete