Dukun Dan Dain Said - Setelah Lebih Sedekad


Dukun Dan Dain Said - Setelah Lebih Sedekad

filem dukun review

( Bacaan lebih crispy jika sudah menonton Bunohan dan Interchange, mungkin juga Pak Ya Cong Codei)

1. Selepas membikin filem Dukun dan kemudiannya tidak ditayang, pengarahnya bernama Dain Said telah menghasilkan 2 lagi filem yang aku suka iaitu Bunohan dan Interchange. Ketiga-tiganya berunsurkan elemen mistik yang berkesinambungan dengan sejarah atau mitos. Tema sebegini boleh dikatakan segar dalam industri filem melayu. Jangan samakan dengan filem hantu-hantu mekap (tiada pertembungan dengan hantu dalam filem ini).

2. Sama seperti Bunohan dan Interchange, filem Dukun membariskan pelakon-pelakon terbaik tanahair. Ummie Aida, Faizal Hussein, Bront Palarae dan Namron (sekadar menyebut beberapa nama), bukan sahaja pelakon utama malah pelakon tambahan pun bukan calang-calang. Pelakon yang tampil membawa watak, bukan tampil dengan follower instagram yang ramai.

3. Dukun, bagi aku sebenarnya lebih kepada surreal / crime daripada seram, sama juga seperti Bunohan dan Interchange. Aku tak dapat lari dari menyebut kedua-dua filem arahan Dain Said tersebut. Nampaknya , karya pengarahannya betul-betul meninggalkan cop mohor / trademark dalam filem. Maafkan aku untuk itu.  Filem ini amat visualisasi, kena jamah dan terjemah menerusi frame by frame, aku pun tak arif nak menelaah sedalamnya.

4. Sebenarnya , banyak persoalan yang muncul tatkala menonton filem ini, jalan ceritanya / plot akan membawa penonton berfikir dan berfantasi sendiri, izinkan saya menyebut sekali lagi, sama seperti ketika menonton Bunohan dan Interchange. Timbulnya tanda tanya tidak bermaksud filem-filem ini longgar, sebenarnya filem ini jenis tidak menyuap sebaliknya mengajak penglibatan penonton.

5. Filem Dukun, meskipun ada masanya terasa seperti sebuah dokumentari, meletakkan persepsi yang berlainan dalam mezahirkan kes kematian / pembunuhan kejam. Sekali lagi, izinkan saya sekali lagi, sebagaimana filem Bunohan dan Interchange, semuanya berkait dengan kisah pembunuhan dan mata filem dikaburkan antara baik dan jahat. Hal ni sebenarnya lebih realistik, filem-filem tipikal selalunya membangun watak orang baik sebaik-baik, orang jahat pula sejahatnya, sedangkan realiti hidup diri manusia sebenarnya bukan semudah itu (sila rujuk watak Pak Ya Cong Codei).
filem dukun review


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. "semuanya berkait dengan kisah pembunuhan dan mata filem dikaburkan antara baik dan jahat. Hal ni sebenarnya lebih realistik, filem-filem tipikal selalunya membangun watak orang baik sebaik-baik, orang jahat pula sejahatnya, sedangkan realiti hidup diri manusia sebenarnya bukan semudah itu". kalau abg ondi suka genre cerita macam ni. cuba lah tengok drama korea yang kc baru habis tengok sekarang. best! tajuk dia - Tunnel. hehee.

    ReplyDelete
  2. Rupanya cerita ni dah lama buat yek.. mama baru tau

    ReplyDelete
  3. rasa bersalah sangat sebab tak pernah tonton kelima-lima karya yang disebutkan. apa lah teruk sangat aku nih...!

    Interchange dengan Dukun aku tak pernah (belum) tengok.
    Bunohan pernah tengok separuh (spoiled sebab tak paham)
    Pak Ya Cong Co Dei tu tak pernah tengok juga sebab aku tak ada ASTROK (alasan)

    semua salah hindustan..!

    :p

    ...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tengok semua movie yg dinyatakan di atas.

    ReplyDelete