DIAM

Ada orang diam dituduh sombong padahal dia pemalu. Ada pulak orang diam dituduh pemalu, sedangkan dia sombong.

Macam aku by nature rasanya agak diam or maybe actually im a boring person. barangkali my hobby favourite thing to do outside of work/ office job is to sleep (?),kalau lepak mana-mana pun lebih banyak diam dan statik, serupa kayu..sikit lagi nak dijadikan perabot.

Tapi bila diam, ada pulak yang anggap aku menyembunyikan pendapat atau perasaan, kadang betul jugak, kadang tak betul, aku statik tu sebenarnya ada sesi buat kelakar dengan diri sendiri yang publik tak dapat akses masuk, kadang aku memang diam sebab aku takde apa yang nak cakapkan melainkan perkara redundant, lepas tu kalau ada pulak orang tekan-tekan untuk aku cakap, memang kacau rembesan enzim aku, kadang request bagi pendapat lah, tak boleh tengok aku diam, tu yang kadang benda keluar dari mulut serupa orang mabuk buat manifesto. Padahal boleh je aku guna frasa " Sebenarnya saya kurang arif dalam hal ni untuk memberikan sebarang pendapat". Orang kata lebih baik tak tahu dari memandai-mandai.

Memberi tak semestinya lebih baik dari menerima. Menerima adakalanya lebih sukar dari memberi. Pendapat misalnya.
Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment