Menulis ni perlukan kesunyian. Kesunyian tu umpama kertas kosong bagi sebatang pen. Kalau kertas tu tak berapa kosong, agak sukar untuk rumi menari. Dalam dunia yang binggit, agak sukar untuk mendapatkan satu ruang atau sudut untuk fikiran berlapang. Mungkin solat adalah jawapan, menanggalkan segalanya dan menghadap yang hakiki. Tanpa rehat, fikiran akan non-stop menerima masuk segala hal tanpa tahu punca, habuk-mabuk dan sampahsarap berkumpul dan boleh membawa kepada bau busuk. Maka, pada setiap masa perlu lakukan rutin pembersihan, itu aku percaya.

Apapun, ramai yang boleh menulis dalam keadaan bising dan serabut. Dengan teknik yang betul, apa-apa keadaan pun masih boleh menulis dengan kaedah. Lagi-lagi bila menulis itu adalah pekerjaan atau sumber rezeki. Seperti seorang pemuzik, bila-bila masa boleh menghasilkan lagu-lagu yang baik buat hiburan semua, namun nak dapatkan soul tu mungkin tak semua dapat capai. Sama juga dengan art melukis, menyanyi atau main bola sekalipun, semuanya berteknik, tapi yang betul-betul art, kena ada tatasusilanya, kadang datang secara seperais, itu yang lebih real dan surreal.


Langit tiba-tiba gelap, tak pasti sama ada sebab hari sudah mahu malam atau hujan nak turun sekejap lagi. Jam sudah pukul 645 petang. Perut sudah berdering. 3 hari 2 malam aku di Terengganu sekeping kepok lekor pun aku tak telan, sekembali di PJ baru aku kirim kat rakan pejabat untuk beli keropok lekor sebagai makan tengahari. Hari tu aku pergi Cameron Highland 2-3 hari sebiji strawberi pun tak telan. Manusia selalu tak mengambil peluang bila berkesempatan, sebaliknya selalu memikirkan apa yang belum berkesempatan, dan ianya berputar selagi waktu mampu.

Tengok drama televisyen pun boleh menangis dengan apa yang berlaku pada watak dalam tv, maknanya hidupnya mungkin agak stabil dan perlukan watak televisyen untuk sedikit warna kehidupan. Ada orang yang kalau nak sedih takyah bukak tv, bukak statement bank pun boleh jadi sendu. Aku suka tengok siri komedi, setelah seharian sibuk bekerja dengan tegang, nak legakan lah sikit supaya awet muda ye tak. Paling suka tengok bola, perlawanan team kegemaran aku Liverpool yang berlangsung jauh nun di eropah, yang deme sikit pun tak tahu kewujudan aku di sini. Yang sunyi lalu menulis sesuatu yang rawak.



Low expectation on life, sometimes.

Pernah dulu bila ada makwe bagitahu dia suka kat aku, aku pelik dan tanya apahal suka kat aku, mengapa dan kenapa, penuh dengan persoalan dan siasatan, sungguh besar dan lebar keraguan aku bahawa ada makwe yang minat kat aku. Sambil memandang cermin, aku pun bermonolog..Takkan lah aku ni natural beauty.

Bila aku buat jenaka dan orang gelak, aku jadik pelik sebab macam kelakar sangat pulak jenaka aku sampai ada yang gelak-gelak tak henti, aku rasa macam biasa je.  Bila aku bayang balik jenaka aku andaikan dilakukan oleh orang lain, okeylah kelakar jugak kadang. Mungkin sebab tu muka berjenaka aku tak beza banyak daripada muka serius aku, ianya hanya dipisahkan satu garis halus dan diliputi kekacakan.

Yang paling tak boleh blah, pernah suatu ketika dulu bila mana hari gaji pun tiba, aku semak payslip, wah elaun prestasi aku dapat penuh boleh makan sedap ni, aku pun pergi call boss aku tanya apahal aku dapat penuh. Bos aku pun keliru apahal pagi-pagi buta orang belum siap sarapan aku dah call dia nak tanya dapat elaun, biasa orang call sebab tak dapat.

Lepas tu aku rasa macam bodoh.



42 CERITA BAB MAKAN.....๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

1. Paling sedap,
    Makan free..

2. Paling mahal,
    Makan angin..

3. Paling pahit, 
    Makan hati..

4. Paling lama nak pencen,
    Makan gaji..

5. Paling susah,
    Makan pasir..

6. Paling celupar,
    Makan penampar..

7. Paling terkesan,
    Makan dalam..

8. Paling sikit,
    Makan tepi..

9. Paling best,
    Makan tidur makan tidur..

10. Paling bahaya,
      Break tak makan..

11. Paling berdosa,
      Makan rasuah..

12. Paling teruk,
      Makan tuan..

13. Paling cantikkk,
      Pandai makan.. pandai simpan...

14. Paling malas,
      Dah makan tak pandai basuh..

15. Paling cela,
      Makan yang haram..

16. Paling dulu,
      Makan garam..

17. Paling takut,
      Makan diri..

18. Paling bosan,
      Makan tahun..

19. Paling tidak terasa,
      Makan usia..

20. Paling degil,
      Tak makan saman..

21. Paling boring,
      Makan masa..

22. Paling hina,
      Makan kawan..

23. Paling bahaya,
      Makan jalan..

24. Paling baik,
      Kena bagi makan..

25. Paling comel,
      Tak makan tua..

26. Paling bengang,
      Dah pancing tak makan²..

27. Paling kecewa,
      Harap pagar, pagar makan padi..

28. Paling derita,
      Pantang makan..

29. Paling risau,
      Budak² tak mahu makan..

30. Paling sibuk,
      Cari makan..

31. Paling sopan,
      Makan beradab..๐Ÿ˜Œ

32. Paling kerap,
      Salah makan..๐Ÿ˜‡

33. Paling tak jujur,
      Makan hak orang..๐Ÿคช

34. Paling engkar,
      Curi² makan..๐Ÿ˜Œ

35. Paling seronok,
      Makan kenduri..๐Ÿ˜€

36. Paling diingat,
      Jaga makan..๐Ÿคญ

37. Paling tak sihat,
      Makan tak pantang.. ๐Ÿ˜†

38. Paling sihat,
      Makan bila lapar..๐Ÿ‘

39. Paling mulia,
      Makan nasihat..๐Ÿ˜„

40. Paling sedih..
Makan hati berulam jantung๐Ÿ‘

41.Paling takut..Makan tak henti henti๐Ÿ˜–

42. Paling akhir,
      Makan kena orang tolong suapkan.. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ



Taman Tasik Cyberjaya
























Ada masanya, apa yang tinggal hanya untuk berhenti ,berjeda dan berserah, buka ikatan fikiran, usah dibayangi, kontangkan imaginasi tanpa infiniti ,seru semula roh yang menari-cari. Bernafas dengan percuma, bentangkan yakin pada magis alam. Kun fa yu kun.

Dunia mungkin penuh kerapuhan , biar tandus segala isi luar dan dalam kita, kasih sayang tuhan takkan pernah habis.


Aku kat KLIA 2.

Nak isi perut lalu aku dan gadis pun pergi ke tingkat 2M mencari pengisian. Di sana ada deretan pilihan makanan, aku berhenti di kiosk nasi campur melihatkan kepelbagaian yang ada. Si gadis jadi cerewat soal harga, gadis pun bertanya soal lauk dan harga pada pekedai, aku tak mendengar perbualan mereka dengan sempurna tapi boleh disimpulkan harga ikannya mahal. Gadis meninggalkan aku untuk membeli makanan di kiosk nasi campur tersebut sambil dia pergi meneruskan pencarian.

Setibanya di meja makan, kelihatan gadis bersama nasi lemaknya, aku membawa nasi putih, ayam dan sayur.  Gadis bertanya harga makanan aku, mesti mahal katanya, belasan ringgit. Aku cakap..'rahsia'. Gadis meminta aku meneka harga makanannya, aku menolak untuk meneka. Dia suruh aku teka lagi, aku masih menolak. Gadis ni saja nak menang lah tu dapat beli makanan dengan harga murah. 

Seraya habis santapan kami, si gadis tiba-tiba menyampaikan hasrat, nanti nak beli air bubble Taiwan, Xing Fu Tang, aku terpaksa google untuk tahu ejaannya yang sebenar. Mungkin gadis lupa minuman sebegini bukan murah. Atau, murah atau mahal sesuatu, bukan terletak pada harga, tapi pada kehendak dan penawaran yang berunding di pasaran  yang terletak dalam hati kita.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home