Mahal Murah

Aku kat KLIA 2.

Nak isi perut lalu aku dan gadis pun pergi ke tingkat 2M mencari pengisian. Di sana ada deretan pilihan makanan, aku berhenti di kiosk nasi campur melihatkan kepelbagaian yang ada. Si gadis jadi cerewat soal harga, gadis pun bertanya soal lauk dan harga pada pekedai, aku tak mendengar perbualan mereka dengan sempurna tapi boleh disimpulkan harga ikannya mahal. Gadis meninggalkan aku untuk membeli makanan di kiosk nasi campur tersebut sambil dia pergi meneruskan pencarian.

Setibanya di meja makan, kelihatan gadis bersama nasi lemaknya, aku membawa nasi putih, ayam dan sayur.  Gadis bertanya harga makanan aku, mesti mahal katanya, belasan ringgit. Aku cakap..'rahsia'. Gadis meminta aku meneka harga makanannya, aku menolak untuk meneka. Dia suruh aku teka lagi, aku masih menolak. Gadis ni saja nak menang lah tu dapat beli makanan dengan harga murah. 

Seraya habis santapan kami, si gadis tiba-tiba menyampaikan hasrat, nanti nak beli air bubble Taiwan, Xing Fu Tang, aku terpaksa google untuk tahu ejaannya yang sebenar. Mungkin gadis lupa minuman sebegini bukan murah. Atau, murah atau mahal sesuatu, bukan terletak pada harga, tapi pada kehendak dan penawaran yang berunding di pasaran  yang terletak dalam hati kita.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: