Rumi yang sunyi



Menulis ni perlukan kesunyian. Kesunyian tu umpama kertas kosong bagi sebatang pen. Kalau kertas tu tak berapa kosong, agak sukar untuk rumi menari. Dalam dunia yang binggit, agak sukar untuk mendapatkan satu ruang atau sudut untuk fikiran berlapang. Mungkin solat adalah jawapan, menanggalkan segalanya dan menghadap yang hakiki. Tanpa rehat, fikiran akan non-stop menerima masuk segala hal tanpa tahu punca, habuk-mabuk dan sampahsarap berkumpul dan boleh membawa kepada bau busuk. Maka, pada setiap masa perlu lakukan rutin pembersihan, itu aku percaya.

Apapun, ramai yang boleh menulis dalam keadaan bising dan serabut. Dengan teknik yang betul, apa-apa keadaan pun masih boleh menulis dengan kaedah. Lagi-lagi bila menulis itu adalah pekerjaan atau sumber rezeki. Seperti seorang pemuzik, bila-bila masa boleh menghasilkan lagu-lagu yang baik buat hiburan semua, namun nak dapatkan soul tu mungkin tak semua dapat capai. Sama juga dengan art melukis, menyanyi atau main bola sekalipun, semuanya berteknik, tapi yang betul-betul art, kena ada tatasusilanya, kadang datang secara seperais, itu yang lebih real dan surreal.


Langit tiba-tiba gelap, tak pasti sama ada sebab hari sudah mahu malam atau hujan nak turun sekejap lagi. Jam sudah pukul 645 petang. Perut sudah berdering. 3 hari 2 malam aku di Terengganu sekeping kepok lekor pun aku tak telan, sekembali di PJ baru aku kirim kat rakan pejabat untuk beli keropok lekor sebagai makan tengahari. Hari tu aku pergi Cameron Highland 2-3 hari sebiji strawberi pun tak telan. Manusia selalu tak mengambil peluang bila berkesempatan, sebaliknya selalu memikirkan apa yang belum berkesempatan, dan ianya berputar selagi waktu mampu.

Tengok drama televisyen pun boleh menangis dengan apa yang berlaku pada watak dalam tv, maknanya hidupnya mungkin agak stabil dan perlukan watak televisyen untuk sedikit warna kehidupan. Ada orang yang kalau nak sedih takyah bukak tv, bukak statement bank pun boleh jadi sendu. Aku suka tengok siri komedi, setelah seharian sibuk bekerja dengan tegang, nak legakan lah sikit supaya awet muda ye tak. Paling suka tengok bola, perlawanan team kegemaran aku Liverpool yang berlangsung jauh nun di eropah, yang deme sikit pun tak tahu kewujudan aku di sini. Yang sunyi lalu menulis sesuatu yang rawak.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment