GEMUK!!


GEMUK!!


‌Bila tengok orang gemuk berlari-lari di taman, aku rasa nak tepuk tangan sebab rasa terinspirasi dengan semangat yang terbakar menjadi tenaga dan seterusnya bertukar bentuk menjadi tindakan. Kiranya semangat tu tak beku. Aku faham betapa sukar untuk mempunyai keazaman berterusan untuk bersenam atau berusaha ke arah menjadi manusia yang lebih bersungguh dari sebelumnya. Tentunya dia mempunyai "REASON" yang sangat besar. 
‌Kau bayangkan lah nak kurus bukannya mudah, itu baru hal membakar lemak, belum hal mengawal trafik makanan yang lalu lintas kat mulut / diet. Kau boleh diet 2 bulan untuk sedapkan isipadu badan, tapi bila berhenti diet 2 minggu je badan dan macam pelampung. Mengatasi nafsu dan adiksi / kebiasaan kepada makanan dan minuman manis is another level punya cobaan. Diet tu umpama pelayaran, biasanya ke laut.

‌Untuk jangka masa panjang, memerlukan displin tahap pendekar. Macam bertapa 3 hari 3 malam di kubur atau rumah tinggal tempat orang mati dibunuh, akan ada gangguan yang akan membuat kita cabut lari dari segala penderitaan, hanya yang fokus dan kebal jiwa raga mampu mengharunginya. Respek. Lebih-lebih lagi bagi yang membaca blog ni,  sebab aku suka letak gambar makanan

.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. bertapa tu mcm cerita pendakar bujang lapok dah haha. Kepada mereka2 yg sdgn berusaha tangga kejayaan utk kurus atau kekal sihat tubuh badan jangan give up! good luck!

    ReplyDelete