IT CHAPTER 2

IT Chapter 2


Filem kali ini berkisar tentang mencari kekuatan diri untuk mengatasi ketakutan yang menghuni / sembunyi di dalam kita.  Initipati filem ini adalah jalinan dari filem yang sebelum ini, tak banyak beza, cuma digerakkan lagi ke dalam dan dalam.

Memandangkan aku dah dapat tangkap dengan penceritaan dari filem yang pertama, jadi filem chapter 2 ni meneruskan lagi perjalanan filem psikologi+thriller ni dan seterusnya memberi konklusi.



Dalam diri kita ada ruang untuk ketakutan, ada orang ruangnya kecil, ada yang besar, ada orang ruangnya sangat tampak dan ada pula tersembunyi. Dalam cerita ini setiap watak mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri , yang telah ditinggal lama , sehingga tiba-tiba ruang itu muncul kembali dan menyedarkan semua bahawa ketakutan itu tak pernah hilang pun. Pilihan yang ada , sama ada break the vicious cycle atau live with it. Macam pokok yang dah ditebang, akan tumbuh kembali, kerana akarnya masih utuh.

Kita banyak membiarkan hidup diselubungi ketakutan atau jelmaan ketakutan. Malam tak boleh tidur sebab terdengar ada bunyi seperti menguis-nguis di tingkap rumah, menggigil dan menahan kencing sampai ke subuh, bila hari dah dah siang, baru sedar rupa-rupanya itu adalah bunyi suratkhabar yang ditiup angin.

Takutkan suratkhabar bukanlah perkara yang menyeronokkan.

Aku suka scene satu watak ni bila selama ini dia menyalahkan diri sendiri kerana membuatkan adik dia mati. Berlaku conversation selama ini antara dia dan suara hati dia , aku percaya dia kalah pada setiap perdebatan dalamannya yang membuatkan inner peace berbolak-balik dilambung serba-salah. Sampai satu tahap, dia kena pecahkan rantaian yang membelenggu. Kau biasa bercakap dengan diri kau? Sesi self talk lah lebih kurang, banyak perkara tercetus dari self-talk, kau kena ada meeting dengan diri kau, self talk tu biarlah logik, jangan asik bincang nak makan apa je.

Satu lagi scene yang aku suka adalah dihujung cerita. Memang agak visual cara penyampaianya kerana ini adalah filem bukan novel, tapi secara lahiriahnya babak tersebut menyampaikan amanat 'Make your problem smaller, then you can defeat them'.  Penamat yang simple, tapi kadang banyak benda yang boleh settle dengan simple approach. Make it simple, then settle. Just a tweak somewhere in our brain can change a lot.

Dalam filem ini , mereka kena berlawan dengan satu makhluk entah intraterrestrial entah extraterretrial yang datang entah dari langit ke berapa. Untuk menang, mereka perlu mengalahkan setan / parasit dalam diri mereka sendiri terlebih dahulu. Persoalannya, nak lawan setan di luar susah, atau setan dalam diri kita yang susah?



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: