Kembalikan Langit Biru

Ada suatu ketika tu aku berada dalam keadaan yang sangat bosan. Aku toleh kiri aku nampak bosan, aku toleh kanan toleh depan toleh belakang aku nampak bobobobosan. Aku bukak facebook tiada apa yang menarik, tiada apa yang tidak cliche, semuanya perkara-hal berulang. Aku cuba taip status bagi memadam api kebosanan, namun tiada apa yang menarik untuk ditulis, tiada apa yang tidak cliche, semuanya perkara-hal berulang.

Setelah hampir 30 minit, masih tiada tanda-tanda facebook akan menjadi lebih menarik dan mengujakan hidup, aku capai telefon bimbit aku yang retak skrinnya lalu menghubungi Mark Zurkerberg. Dalam dua deringan Mark menjawab telefon dengan nada yang mendatar serba membosankan. Aku tanpa berbasa-basi lagi terus bertelagah dengan Mark selama lebih kurang sejam, aku beritahu Mark yang aku perlukan facebook yang lebih real dan lebih manusiawi. Aku tanyakan pada Mark, kalau diteruskan begini, kurang ampuh lah hidup aku.

"Hiduplah macam biasa, dengan bulan dan bintang, dan matahari, dan udara..dan..." jawab Mark sebelum aku mencelah.

"Tapi facebook bagaikan udara buat aku, aku perlukan udara untuk merasa hidup dan gembira'.

"Jalan kau nak merasa hidup dan gembira takde lalu depan rumah aku pun..kenapa aku nak kena kesah?".

"Arg fak yu! "

"Fak yu too..! "

Segera aku mematikan talian. Lega rasanya. Seringkali method ini berjaya, method meletakkan beban-tanggungjawab kepada orang lain untuk menentukan kemungkinan hidup kita tidak seperti yang diinginkan, make other people responsible for our own possible unhappiness. Umpama mereka berhutang kegembiraan kepada kita dan hutang itu perlu dibayar.

Tiba-tiba giliran telefon aku pula berdering. Terpapar nombor yang aku tidak tahu identitinya. Aku harap ianya panggilan dari bos aku untuk memberitahu aku bahawa aku adalah pekerja yang paling kacak dengan itu gaji aku dinaikkan 10%.

"Hello brader, kau punya kereta block aku punya kereta, boleh alihkan sekarang?" kedengaran suara lelaki yang aku kira agak tegas juga.

"Malas!" aku menjawab dengan tegas juga, aku dahlah sedang panas dengan Mark, ada pulak suruh aku alihkan kereta memang taklah.

"Hei..aku cakap betul-betul bukan main-main brader ! Kau punya kereta sekarang block kereta aku, alihkan la!"

"Mana kau dapat nombor aku?" soal aku.

"Ni ada kau ada tinggal nombor kat cermin..012-#######. Jangan sampai pecah cermin ni baru kau tahu erti penyesalan der "

"Penyesalan bagi aku adalah apabila aku pada suatu ketika dulu, telah beri pinjam duit kat kawan aku dengan niat nak membantu, sekarang bukan sahaja aku tak dapat balik duit aku, aku juga kehilangan seorang kawan".

"Oi..Baik kau datang sini cepat! Luar sini dah lah jerebu, aku kalau dah hisap jerebu kotor ni lama-lama memang otak aku jadi goyang"

"Malas!"

Tiba-tiba kedengaran seakan bunyi benda yang pecah. Aku syak lelaki tersebut telah bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta. 2-3 kali bunyi tu berterusan sehinggalah aku mematikan talian. 

Mungkin tulisan cakar ayam, atau jerebu mengaburkan pandangan lelaki tersebut, membuatkan dia tersalah dial ke nombor telefon aku. Aku mana ada pakai nombor 012. Aku harap dosa aku dimaafkan, sometimes we gotta face what coming at us, usahlah kita bermusuh-musuhan sesama manusia dan semoga langit biru dan udara segar kita dikembalikan.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment