Starbuck dan Babi


Setiap tahun Starbuck akan menyambut hari ulangtahun kebabian. Masyarakat akan menerima mesej yang mengatakan Starbuck haram. Mesej yang menggunapakai nama ustaz dan juga Jakim, bukan biasa-biasa dia punya pergi. Kalau orang petik nama aku untuk hal yang langsung aku tak sebut, atau sekadar menguis dan memanipulasi ayat aku pun aku dah annoying, inikan pula guna nama ustaz dan Jakim sebuah institusi yang ber-reputasi tinggi. Tuduhan yang berat kepada Jakim dan Starbuck.


Namun, biar berkali-kali, dibusukkan, diharam-haramkan atau dibabikan, Starbuck terus mengaut untung. Ini memang kena dengan pepatah pemasaran 'there is no bad publicity, just good stories'. Sedar tak sedar , Starbuck makin meniti di bibir, di jari jemari netizen..seterusnya ditekak yang menyedut Frapuccino. Benda percuma memang best ,dalam hal ni, publisiti percuma....penjimatan ratus ribu secara tahunan. Lain kali kalau ada orang membabikan anda, bersujud syukurlah.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Haha makin dibabikan makin glamor gitew ...tak perlu buat iklan berbayar.

    ReplyDelete
  2. haha title tak tahan tu. betul, perasan juga. setiap tahun isu ni bangkit. apalah salah binatang tu kan

    ReplyDelete