NORMALISASI & INSPIRASi SI SIPUT

Normalisasi


Aku ada seorang kawan yang dulu beratnya nak dekat 100kg, tapi sekarang dia lagi ringan dari aku. Setelah aku buat pemerhatian dan sedikit soal jawab, dapat aku simpulkan kunci kepada pintu kejayaan dia ke arah pengurusan badan ideal adalah konsistensi dan seterusnya normalisasi.

Diet yang konsisten dan senaman yang dijadikan amalan hidup. 2 perkara ni kena pegang seperti kau pegang isteri kau pada minggu pertama perkahwinan, penuh kasih sayang dan janji..ada yang mandi pun taknak lepas aku dengar. Jangan dibuat macam manifesto sudahlah, hari ni cakap lain esok buat lain.

Diet dia memang kental. Aku dah test beberapa kali keteguhan diet dia, memang tak serupa gadis-gadis yang nampak kedai ECO 2.10, aku pernah bawak dia masuk A&W dan suruh dia order apa je sebab aku yang bayar...sudahnya dia order kentang. Masa kat foodcourt dalam shopping mall pun, berderetan menu pun tak menggoyangkan dia sebab akhirnya dia order roti bakar.

Kawan aku tu kalau masuk hari kedua tak berjogging dia akan rasa gelisah, itu baru dua hari, kalau dua minggu aku rasa dia boleh jadi zombi. Inilah yang dikatakan normalisasi, bila mana benda yang kita sangkakan berat tapi bila dah jadi darah dan daging, dah jadi perkara rutin bukan perkara yang kena buat, ia akan terasa mudah dah biasa seperti bangun pagi kena gosok gigi dan sebelum tido kena pastikan pintu rumah dah berkunci.

Rutin dan normalisasi ni bukan perkara yang membuahkan hasil dalam satu malam macam kita ubah setting telefon bimbit kita. Dia kena bermula dari sekecil-kecil hal , yang nampaknya seperti renyah tapi sebenarnya tanpa kita sedar sangat signifikan dalam perjuangan. Umpamanya kita nak latih diri kita jangan jadi pemarah dan taknak jadi orang yang super-complain segala jenis bapak kau nak complain sampai menyesakkan kepala otak, kau jangan expect kau nak latih diri tu dengan menahan sabar ketika kena maki dengan bos atau menahan sabar ketika anjing gigit bontot, cuba bermula dengan menahan sabar ketika beratur mencari parking di shopping mall... masa cari tu jangan menggelupur macam setan dibacakan ayat suci, masa bawa kereta jangan start kau tekan minyak sampai ke destinasi kau carutkan semua benda, cuba bertenang sedikit demi sedikit dan jadikan ketenangan sebagai sahabat.

Siput yang nampak lembab dan bebal tu pun mampu memusnahkan kebun kalau mereka buat kerja perlahan dan konsisten siang malam, tahu-tahu je pokok dah reput bila angin tolak sikit je terus tumbang. Belum aku cerita pasal semut atau pasukan LIverpool yang menjadi juara Europe Champions League, Juara Piala Super Eropah dan Juara Kelab-Kelab Dunia pada tahun lepas. Maksudnya perlu konsisten walau ditekan badai, itu yang aku fikirkan lah.

Macam dunia sekarang ni semua orang sembang kat internet taknak perang taknak perang, peace no war, tapi secara realitinya apa yang berlaku bila aku lepak kedai mamak dari kanak-kanak hingga bapak-bapak bermain permainan perang di telefon bimbit. Dari kecil dah “shot!” , “Kill!!” Dan “Fire!!!” kemudian kita nak menyemai sifat aman apakebende, kita dah bakar semangat berperang lah kawan, apa yang tak best, bila kita anggap itu sekadar game, kita anggap ia tak signifikan tapi...memang ni lah yang akan membentuk pola pemikiran kita, tak perlu aku cerita lagi pasal siput babi.

Untuk mencipta rutin, memang kena berperang sikitlah dengan rusuhan jiwa, itu okeh. Aku pun banyak nak kena ubah setting ni, inspirasi kena ada . Raikan perubahan yang molek, clean the house, get rid of the dust. Stop being who you were and become who you are.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Oh sungguh well said post ini. Saya setuju tahap infiniti 😊

    ReplyDelete