Tanda-tanda anda dijangkiti virus run /marathon

Tanda-tanda anda dijangkiti virus run /marathon


1. Baju run penuh dalam almari, pergi mamak pakai baju run, pergi karaoke pakai baju marathon, tidur pakai baju run, pergi kenduri kahwin pun pakai baju run memang dah tenat. Profile picture facebook confirmlah gambar pakai baju run.

2. Jadi lebih bijak geografi tempatan. Bagi yang mengikuti run antarabandar, anda akan terdedah dengan lokasi bandar-bandar di Malaysia. Bila orang sembang pasal Ipoh, automatik kau dah tahu serba sedikit tentang Ipoh sebab kau dah menapak kat sana. Keadaan muka bumi pun kau arif mana yang berbukit mana yang flat pun kau tahu.

3. Tiba-tiba kau rasa orang lain jalan slow. Padahal sebenarnya kau yang jalan laju sebab terbiasa nak kejar cut-off time. Kalau jalan shopping mall tu pulak dah pandai cilok sana sini, pastu marah / membebel kat kawan kau sebab jalan lambat.

4. Bila pergi ofis kau parking kereta paling hujung paling jauh nun tempat anjing beromen. Tujuannya supaya kau dapat cergaskan badan dan dapatkan sedikit latihan, pastu nak pergi kedai pun jalan kaki bai, kononnya persiapan untuk run yang seterusnya.

5. Pening sebab banyak sangat daftar run, pastu kau lupa mana satu kau dah daftar mana satu kau belum daftar. Pastu kalau kawan-kawan nak ajak jumpa, soalan yang dia kena tanya dulu “Minggu ni kau ada run tak?” pastu kau jawab “nanti aku kena check dulu”.

#Wheelrunners



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment: