SIRI BERCAKAP DENGAN PELARI : FARWALIS


SIRI BERCAKAP DENGAN PELARI : FARWALIS



Siri kali ni aku nak tanya-tanya soalan kepada seorang pelari yang aku kenal menerusi blog di suatu ketika dahulu, kemudian di facebook di mana secara langsung dan tak langsung aku ada mengikuti post demi post Farwalis berkenaan dengan larian. 

Pada persepsi aku, beliau sertai larian marathon ni sambil beliau mengembara atau melancong ke tempat orang, benda ni sebenarnya ada terdetik juga dalam diri aku, betapa feel kalau dapat travel sambil marathon, maknanya aku tak suka sangat pergi melancong sekadar menikmati hotel dan membeli-belah, sebenarnya lagi telus kalau dapat menelusuri jalan dan berpeleseran secara sihat , betul tak?

Bagaimanapun, aku masih belum puas dengan tulisan beliau berkenaan larian . So aku nak tanyakan beberapa soalan lanjut yang aku kira dapat sedikit sbanyak menyelami jiwa seorang pelari . 

FENDI : Boleh beritahu tak larian mana tak kira jarak yang kau rasa route / persekitaran paling memuaskan dan sebabnya. Contohnya Marathon Kelantan, sebab sepanjang jalan melalui 20 buah masjid.

FARWALIS : Oh. Kalau selain trail, paling sedap Bali la. Bali Marathon Tapi aku buat HM je

Yang sedap ni Bali sebab suasana dia. Kalau dari SL di Bali Safari akan naik sampai ke Gianyar tempat yang tinggi sikit dan berbukit. Tapi tak tinggi sangat tahap trail. Kiri kanan penuh sawah padi, pohon kemboja, dan penduduk sekitar bagi semangat. 

FENDI : Bali tempat pelancongan popular memang sedap la. Senang tak nak join sana, banyak karenah ke sama je mcm kat Malaysia

FARWALIS: Siap ada tarian tradisional Bali. Memang meriah. Takde lagi larian penuh adat budaya macam ni. Heheh. Nak join, untuk foreigner senang je sebab ada quota. Masa orang2 sana tengah berebut daftar, rileksssss dulu seminggu dua. Lepas tu daftar atas kuota foreigner.Settle. Sebab dia under Maybank, register pakai kad Maybank dapat lagi diskaun. Bali sendiri memang dah cantik (untuk orang yang suka adat dan budaya) so bila lari kanan kiri penuh ukiran Bali, syok la.

FENDI : Alamak, lain macam racun ni.

FARWALIS : Memang sedap Bali tu. Cuma kena gerak awal pergi flag off sebab macet. Haha.

FENDI : Soalan seterusnya ni, aku rasa kau pun banyak bertanya kat diri sendiri, kenapa kau masuk marathon atau larian denai? Padahal pergi tengok wayang dan pergi gym kan lebih convenient. Adakah sebab marathon tu ada unsur kebatinan dan kependekaran atau sebab-sebab lain?

FARWALIS : Lari ni satu kepuasan. Bila lari, aku akan banyak berfikir tentang hidup. Bila aku ada masalah, masa lari ni la aku berfikir dan berbincang dengan diri sendiri, dan lepas lari macam lepas semua beban. Fikiran aku kembali tenanggggg. Jadi, makin lama aku makin ketagih. Makin nak improve timing dan distance. Bab lari masuk hutan, sebagai seorang yang suka alam, tapi ada kekangan masa. Aku pilih lari dalam hutan. Pantas (day pack) dalam masa yang sama boleh dekat dengan alam. Air terjun, puncak gunung, denai, bukit, lembah dan semua la yang ada dalam tu.

FENDI : Hutan memang boleh menenangkan
Dari segi udara, bunyi , bau , makanan...trafik jen xde. (apa aku merepek)

FARWALIS : Lepas tu masuk trail pulak, cari event yang cantik with a view. Contohnya Cameron Ultra, TMBT, dan banyak lagi event dekat Pulau Jawa yang masih belum aku pergi.



FENDI : Latihan kau macam mana, adakah kau jenis persiapkan diri kau dengan segala teknikaliti dan diet, atau kau jenis rockers yang nyanyi asal sedap je ada jiwa pitching tak semestinya kena ikut buku macam nak bertanding dalam Juara Lagu. Macam mana mana kau bahagikan masa kerja hakiki dengan latihan.

FARWALIS : Selalunya balik kerja aku akan pastikan balik tepat pada masanya. Bawa motor sepantas kilat, sampai rumah tukar baju dan terus lari dalam 5-7km. Kalau lari malam, dapatlah buat jauh sikit, dalam 10km. Kalau hujung minggu, jauhlah sikit dalam 20km atau kalau masuk hutan, dalam 6-7 jam.

FENDI : Ada skema latihan rupanya, aku baru nak expect kau cakap benih elok campak ke laut jadi pulau jugak.

FARWALIS : Kahkah. Aku kena la serius sikit. Baru la orang semua ikut. Kalau dorang pun main hentam kang. Krem je la manjang. Ewahhh

FENDI : Insipirasi ada tak? movie ke. Kau masuk hutan, panjat bukit, lari jauh-jauh takkan takde inspirasi ye dak. 

FARWALIS : Inspirasi aku dari Shaolin Soccer.

FENDI : Apa planning untuk 2020? Nak berehat? Nak pulun lagi? Nak beat masa sendiri / best time. Wuhan Marathon 2020 ada daftar tak.

FARWALIS :Planning 2020 belum nampak lagi. Tunggu duit bonus baru berani daftar event lari. So far baru KLSCM buat FM. 

FENDI : Terima kasih jawab soalan aku, jumpa nanti di KLSCM.

Untuk kupasan lebih mendalam dan peribadi lagi tentang dunia larian beliau, boleh baca dengan lebih tenang di blog peribadi beliau - www.nusadankejora.com

Lepas ni kalau rasa malas nak training atau berlari, mungkin boleh try tengok Shaolin Soccer.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment