Jangan menilai orang sekadar luaran?

Jangan menilai orang sekadar luaran?


Kalau kau sedang mencari kepastian, jangan memakai topeng sangka-sangkaan dan mencari jawapan di corak wajah aku. Lebih sahih kalau kita bersoal-jawab tanpa prejudis bagi mencerahkan mendungnya awan kelabu. 

Hubungan wajah aku dan emosi atau perasaan aku agak tidak linear. Mungkin masa aku kemalangan dulu ada wayar yang tertukar, ada internal algoritma yang dah tergodam, membuatkan aku (mungkin) tidak seperti setting original. 

Sebab tu aku prefer berada dalam mode 'mute' kalau orang lain tengah ada masalah atau sedang dilanda keresahan. Takut aku tersalah cakap yang dianggap kurang sensitif dan menyakiti pula hati orang, aduh.Mungkin niat aku lain, tapi terjemahannya barangkali di luar kawalan aku ye tak.

 Kalau aku tengah excited, mungkin muka aku tak nampak macam excited, tapi percayalah kalau aku cakap aku tengah excited tu maknanya aku tengah excited lah janganlah kau pertikaikan keexcitedtan aku okeh. Contohnya kalau ayah aku bagi duit belanja sekolah lebih, mestilah aku excited sebab aku akan gunakan duit tu untuk beli kaset OAG atau butterfinger, rocker dalam badan aku dah terlompat-lompat, tapi apa yang kau nampak dari luaran adalah muka seorang remaja yang seperti tiada spirit untuk meneruskan kancah hidup.

 Masa belajar di unibesiti dulu, time peperiksaan, bila bukak je kertas soalan, bila aku imbas soalan sekali lalu dapat soalan-soalan mengejut yang aku rasa macam tak dapat jawab, benda pertama yang aku buat adalah gelakkan soalan tu, lepas tu aku tersengih-sengih dah macam dapat sms dari crush kelas sebelah. Jenis muka tenang yang macam tahu semua jawapan padahal...sedang struggle memikirkan ranjau masa hadapan.

Lagi satu, muka aku macam muka orang banyak wang ke, sebab sejak dulu ramai yang nak pinjam kat aku wang, cuba kau bagitahu aku..muka ni ada macam muka anak Tan Sri ke, seriously aku tak punya banyak wang. Ada tu ada, tapi wang-wang tersebut dah pilih jalan dia sendiri. Wang-wang tersebut ada kaki dan kuat berlari. Ada juga yang ada sayap dan terbang tanpa aku sedari. Setahu aku muka aku macam Shafiq Kyle, itu betul.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment