DEGIL

Sejak dua menjak ni aku tengok banyak kucing yang tak ikut arahan PKP, ada yang jalan ke rumah jiran tak pakai mask, tak tahu nak nasihat macam mana dah, duduk rumah je la makan OAT dan cornflakes.

Pastu kalau nak beromen tu bukan main bising, romen senyap-senyap tak boleh ke. Miaw miaw, mooowe, meow.nyiauuu nyiauu nhyioou...miong maww meow.Miaw miaw, mooowe, meow.nyiauuu nyiauu nhyiow meow.Meowwww..miaw miaw miaww miooo...miawwwww.meow meow meoww. Dah macam ambulans bunyinya, dahlah time Covid ni orang panik dengar bunyi ambulans.

Kan? 
Pasti kita pernah di suatu ketika, merasakan diri boleh berbahasa kucing, dengan kucing. 

Contohnya aku, aku memang boleh berbahasa kucing. Sebab tu kalau jumpa kucing aku panggil sekor-sekor bagi ceramah sedas dua pasal memutuskan rantaian.

Aku pernah tegur kucing yang mundar mandir, aku cakap kat dia "Miaww miaww", maksudnya kau nak pergi mana. Kemudian dia jawab bersahaja "Miaw" maknanya makan. Aku tanya lagi, kali ini dengan lebih nyaring "Ngiyauuu ngiyauu meyaw" yang membawa maksud kau ni asik makan je kerjanya kan?

Pastu dia terus blah. Bajet bagus betul lah kucing ni.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment