PETIK GITAR

Aku suka melihat-mendengar orang bermain gitar. Dapat pulak yang suaranya padan, memang ngam. Sound gitar cukup bersahabat dengan deria pemdengaran aku, terutamanya gitar akustik. Dia macam relaks-relak dan tak komplilated pada telinga aku. Kalau ada orang busking, memang cenderung untuk aku layan dulu selagu-dua. Kalau tiba-tiba datang muka tak malu aku, aku request lagu.

Masa aku duduk asrama dulu, memang rezeki pulak ada kawan yang handal bermain gitar. Kiranya rakan satu kelas dan satu asrama la walaupun bukan sebilik, by nature mukanya akan muncul di musim peperiksaan membawa buku nota - yang kosong. Last minute punya orang la ni, walau pintu kejayaaan hampir nak tutup pun tinggal seinci, dia jenis otak ligat boleh masuk ikut tingkap..ni yang orang cakap jalan menuju kejayaan ada banyak lorong.

Situ adalah pendedahan awal aku kepada kancah melihat orang bermain gitar secara berhadapan atau personal. Aku tak tahu dia perasan atau tak, tapi sedikit sebanyak petikan gitar dia mewarna dan memelodikan zaman duduk asrama aku. Kalau rasa tepu dan loya melihat buku, tiba-tiba dia datang bawak gitar, terasa rancak dan bergoncang sikit semangat anak muda seperti kami. Terima kasih Amirol Moreno.

Kalau penat main gitar secara duduk, dia akan main secara baring, kalau penat secara baring dia akan berdiri, sambil berjalan dan berlari pun boleh aku rasa tapi kalau dah sampai ke luar bilik aku tu dah di luar tanggungjawab aku. Lagu pulak tak payah yang susah-susah, tapi yang penting kena rugged dan tak terlalu meleleh lah yang aku suka. Tapi kawan aku tu semua dia tibai, baik lagu ganas atau lagu Raihan dan Rabbani pun diberi nafas baru..sambil pakai boxer nyanyi nasyid pun sedap, belum lagi dia berketayap kan. 

Pastu yang best bila berkumpul sembang-sembang, dia main gitar pulak seakan mengiringi jalan cerita yang sedang diketengahkan, dah macam drama plak ada background musik. Biasa kalau lewat malam memang lagu yang berbentuk melankolik dan syahdu malam berlagu sepi, mengiring rawan... dalam taman hati, gelisah menanti kau kembali..manja menagih bujukan di sisi.

Kawan aku ni kalau tengok gaya dari segi muka dan perwatakkkan memang serba-serbi ganas, rasanya ramai yang pernah kena pukul dengan dia, tak kurang jugak yang kena belikan dia makanan, tapi bila dia petik gitar memang syahdu menyentuh ke qalbu jugak kadang , tapi bila diselak soal hati dan perasaan nampak koyak jugak, so jiwa dan penghayatan tu sampai dalam lagu, rock-rock jugak tapi dalam hati ada taman bunga, ni taman yang pakej sekali dengan air pancut dan siap ada ikan koi main piano.

Begitulah pengalaman ringkas aku dengan gitar dan kawan yang suka bermain gitar. Aku ada juga belajar main gitar dengan dia, siap aku ada beli gitar pun, time tu band hujan baru nak naik so lagu Bila Aku Sudah Tiada dengan lagu Pagi Yang Gelap lah jadi baby step aku, belajar kod-kod asas, sambil tengok-tengok cara main guna software guitar apantah namanya. Time tu kalau aku petik gitar tu keluar jugaklah bunyi gitar tu, dia takdelah keluar bunyi kambing ke bunyi bayi menangis ke, cuma tu la..dengar syok sendiri bolehlah, kalau orang lain dengar mungkin boleh hilang semangat nak teruskan hidup.

Namun setelah cuba belajar dengan 2-3 orang jugak, aku dapat simpulkan muzik bukanlah permainan aku, instead of bermain gitar aku terjurus kepada bermain-main gitar, macam sama tapi tak sama, lebih elok aku jadi penggemar daripada pemain, displin musik dalam badan aku memang kurang bergetar, aku jenis sukar dibendung, aku kalau suruh ikut tempo atau ikut counting lagu memang rasa taknak ikut, rimas pulak rasanya nak kena ikut-ikut ni. Kalau PKP tu memang dah kena tidur lokap. 

Ataupun sebenarnya boleh je kalau aku berlatih lebih tekun dan istiqamah, entah aku tak tahulah, mungkin juga aku dewa kemalasan yang pakar dalam selok belok mencari alasan. 

Walaubagaimanapun, bergaya dengan gitar memang tak pernah tak A. Mungkin aku lebih ke arah poser.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Setuju! Ada orang yang memang dilahirkan pandai bermain alat muzik - belajar sendiri pun menjadi, belum pergi kelas formal lagi. Ada pula yang pandai menghargainya - irama syahdu ke, metal ke layan je - jiwa tu ikut je mood lagu tu. Seperti juga anda, akak juga belong to the latter group. Tempo ke laut hahaha.

    ReplyDelete