TEAH AIS CINCAU KAYANGAN

Salah satu air kegemaran aku adalah air teh ais cincau.

Banyak dah orang bukak kedai di tepian jalan yang jual teh ais cincau. Spesis pun dah bermutasi dengan pelbagai nama-nama menarik teh ais padu, teh ais pyorr, teh ais cincau viral meletop, teh ais cincau anak dara..dan lain-lain kluster lagi tapi asasnya adalah air teh ais yang dicampur dengan cincau, simple, kalau taknak cincau boleh beritahu, kalau nak lebih cincau pun boleh beritahu..jangan nak berahsia pulak dengan penjual.

Dia kalau pekena time tengahari atau lepas jogging paling kayangan. Feel dia macam minum air Boba jugak cuma harga teh ais cincau ni sesuailah untuk kluster B40 macam aku, takdelah terfikir pasal hutang rumah hutang kredit kad bagai kalau nak beli teh ais cincau kan, kalau nak belanja kawan pun keikhlasan tu masih pekat.

Cuma aku ada pengalaman tak berapa ngam jugak sepanjang meminati teh ais cincau ni. Pertamanya pada bazaar ramadhan tahun lepas, punyalah cari teh ais cincau sampailah ternampak banner besar macam gambar menteri nak pilihanraya , dalam banner tu tersergam sebuah karya teh ais cincau yang padu yang cukup mengucar-kacirkan iman aku yang sedang berpuasa, terus aku lafazkan niat membeli kat abang tu teh ais cincau besar punya. Abang tu pun terima pesanan dan bungkuskan untuk aku, lepas aku dah keluarkan duit dia boleh cakap “Cincau takde eh hari ni, dah habis tak sempat amik stok”.

Terus aku rasa down dan rasa nak buka puasa terus, tapi aku kuatkan balik semangat aku untuk teruskan hidup. 

Lagi satu kisah pasal teh ais cincau ni yang bukan sahaja buat aku kecewa, malah buat aku hilang punca. Aku pergi kedai aku tanya kat waiter ada teh ais cincau tak. Dia jawab takde. Kemudian aku tanya lagi.

Cincau ada tak?

“Ada” dia jawab.

Teh ais ada tak?

“Ada” dia jawab.

Haa...buatkan teh ais campur dengan cincau sikit.

“Takde”

Apa yang takde.

“Teh ais cincau takde”.

Cincau ada tak?

“Ada” dia jawab.

Campurkan teh ais dengan cincau.

“Takde”

Sebab aku tak reti nak bergaduh, aku order benda lain je.

Teh ais cincau

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment